Saprofit Kota
Ilmu ibarat lampu yang menyuluh. Carilah ilmu sebanyak-banyaknya agar hidup anda disinari cahaya yang mencukupi. Semoga laman ini sentiasa memberi input yang baru dan berguna buat kalian.
ILmu perkahwinan
Peringatan buat yang belum, akan dan sudah mendirikan rumahtangga.
Agak panjang.Selamat membaca bagi mereka yang cintakan ilmu..
Khutbah Nikah
Mengapa Allah mensyariatkan perkahwinan?
Kenapa manusia dibenarkan malah diperintahkan berkahwin?
RasulAllah SAW telah bersabda,
Wahai para pemuda,sesiapa dikalangan kamu yang telah mempunyai persediaan dan kemahuan, hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya dia dapat lebih menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Riwayat imam Bukhari.
Dari Saidatina Aisyah RA bahawa Rasulallah SAW melarang perbuatan membujang kerana ingin beribadah. Riwayat Imam Nasa'i.
Walaupun manusia disuruh berkahwin untuk menunaikan tuntutan biologi seorang lelaki kepada perempuan, juga seorang perempuan kepada lelaki,juga untuk melahirkan zuriat, namun ia adalah keperluan dan kepentingan di pihak manusia.
Kalau begitu apa kehendak Allah dan apa maksud Allah dari perkahwinan itu?
Sebenarnya tuhan mahu hamba-hambanya bertambah taqwa kepadanya melalui perkahwinan. Tuhan mahu hamba-hambanya bertambah takut kepadanya sehinggakan hamba-hambanya sanggup mengabdikan diri kepadanya.
Sedangkan orang yang tidak berkahwin tidak mempunyai sebab-sebab yang banyak untuk menambah taqwa dan pengabdian diri kepada Allah.
Apabila seseorang itu berkahwin, akan menjadi banyaklah sebab-sebab untuk dia mendapat taqwa. Maka perkahwinannya menurut Allah dan rasul akan menjadi jambatan untuk mendapatkan taqwa.
Sedangkan taqwa itu sangat penting.Ia merupakan aset umat islam dunia akhirat. Ia adalah keselamatan dunia akhirat. Ia adalah kemenangan dunia akhirat.Ia adalah perlindungan dunia akhirat.
Bagaimanakah perkahwinan boleh menjadikan seorang perempuan bertambah bertaqwa kepada Allah?
Dengan perkahwinan,seorang perempuan kena mengambil tanggungjawab dan membuktikan kepada Allah bahawa dia dapat menjadikan suaminya sebagai pemimpin dan dia dapat menjadi setaat-taat pengikut.Itulah yang tuhan mahukan kepada seorang perempuan dari sebuah perkahwinan.
Melalui perkahwinan,seorang perempuan mesti berjanji kepada tuhan bahawa ‘aku mesti menjadi seorang pengikut yang taat dan isteri yang taat'. Kalau seorang isteri tidak taat atau kurang taat,maka hukumannya ialah neraka Allah nauzubillah.
Sedangkan kepada isteri-isteri solehah, dikatakan kepada mereka pilihlah pintu syurga mana yang kamu mahu untuk memasukinya. Tetapi syurga tidak sama sekali dibukakan kepada perempuan yang tidak mampu taat.
Ketaatan yang paling penting yang diminta pada seorang wanita oleh Allah dan rasul ialah dalam hal menunaikan keperluan kelamin suami. Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk bersama sekalipun di atas belakang unta, wajiblah isteri menunaikannya. Mana-mana perempuan yang menganggapnya tidak munasabah dan menangguhkannya, maka neraka lah padahnya.
Mana-mana perempuan yang melewatkannya, sudah dianggap pecah amanah sedangkan menangguhkannya dengan berkata nanti sekejap pun,seorang isteri itu dianggap khianat. Dia sudah terkeluar daripada ketaatan. Bukankah Rasulallah SAW berpesan tunaikanlah walaupun berada di atas belakang unta.
Namun wanita pada masa kini sudah terlalu memperlekehkan Allah dan Rasul. Tidak hairanlah ada suara-suara halus yang menyatakan seorang suami yang mendatangi isterinya tanpa kerelaan isterinya boleh dianggap perogol dan boleh dikenakan hukuman. Akibat menentang Allah dan Rasul,penceraian dan kemusnahan rumah tangga telah menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat.
Sedangkan tuhan mahu, apabila seorang perempuan berkahwin, menjadi bertaqwa dan takut kepadanya dengan menunjukkan ketaatan isteri pada suami. Sementelahan ketaatan yang sangat dimaksudkan itu ialah sehingga dalam hal menunaikan hajat suami walaupun di atas belakang unta.
Tuhan mahu mendidik perempuan melalui perintah ini. Siapa yang lulus masuk syurga dan siapa yang gagal masuk neraka.
Dalam hadis lain pula, Rasulallah SAW telah bersabda apabila seorang lelaki mengajak seorang isteri menunaikan hajatnya, hendaklah dia (isteri) menunaikannya walaupun di atas tempat pembakar roti. Riwayat Imam Al-Tarmizi dan Imam Nasa’i.
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Rasulallah SAW telah bersabda apabila seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur dan isteri tidak memenuhinya lalu dia (suami) tidur dalam keadaan marah terhadapnya, maka malaikat melaknatnya hingga ke Subuh.
Dari Ummu Salamah RA ,dia telah berkata Rasulallah SAW telah bersabda mana-mana perempuan yang suami telah meredhainya , maka masuklah dia ke dalam syurga. Riwayat Imam Al-Tarmizi.
Kenapa amaran terhadap wanita sedahsyat itu? Tuhan bermaksud menjadikan isteri takut kepadaNYA dan gerun terhadapNYA supaya terbinalah rumahtangga Islam yang digeruni oleh yahudi. Yahudi nak lihat sangat bagaimana golongan terdahulu berjaya melahirkan suami yang boleh menundukkan isteri yang ramai sedangkan mereka menghadapi seorang isteri pun merasakan bagaikan nak gila dibuatnya.
Ketaatan ini mesti dibagikan sejak-sejak awal memulakan perkahwinan supaya setiap pasangan yang berkahwin tidak memulakannya dengan dosa. Akibat tidak taat kepada suami, adalah neraka dunia sebelum neraka akhirat. Apabila perempuan banyak bercakap dalam hal rumahtangga ditakuti akhirnya akan membawa kepada perempuan menjadi pemimpin dalam rumahtangga. Maka terjadilah dalam sebuah rumahtangga neraka dunia.
Sepatutnya, kita mahu mempamerkan kepada dunia bagaimana Islam berjaya menjinakkan isteri kepada suami hingga terkejutlah masyarakat dunia yang menganggap suami adalah hak milik mereka. Sebaliknya apabila isteri sangat mentaati suami, terbinalah sebuah kehidupan yang penuh kasih sayang dan harmoni dalam sebuah rumahtangga. Ia diibaratkan sekuntum bunga yang wangi dan indah memukau siapa sahaja yang melihatnya.
Kehidupan rumahtangga beginilah yang dapat menyelesaikan masalah masyarakat yang berpunca dari kerosakan dan fitnah wanita yang sedang diusahakan oleh Yahudi.
Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud sesungguhnya dunia itu terdiri daripada perhiasan sedangkan sebaik-baik perhiasan dunia itu adalah wanita solehah. Riwayat Imam Muslim.
Kepada seorang lelaki pula, bagaimana perkahwinan memberikan satu peluang yang luas kepadanya untuk mendapatkan taqwa. Apabila seorang lelaki berkahwin,maka dia hendaklah menjadi seorang pemimpin kepada isterinya. Pemimpin yang mesti memimpin pengikutnya iaitu isterinya sehingga takut dan sayang kepadanya supaya dengan itu isteri menjadi taat kepadanya. Bukan sekadar kata-kata, malah gerak geri dan jelingan sahaja dapat difahami dan ditaati oleh isterinya.
Itulah yang mesti dilakukan oleh seorang suami sekiranya dia mahu mendapatkan syurga. Seorang lelaki mesti berkebolehan untuk menjadi seorang pemimpin yang bukan sehaja disayangi oleh isteri-isterinya, tetapi juga ditakuti. Kalau dia tidak mampu melakukannya,maka sebenarnya dia telah menempah neraka dunia dalam rumahtangganya, sebelum neraka sebenar di akhirat nanti, nauzubillah.
Demikianlah perkahwinan boleh membawa seorang lelaki ke neraka. Firman Allah yang bermaksud :-
“Orang lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita dengan kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada sebahagian kamu terhadap yang lain dan dengan apa yang……di hadapan mereka.” Surah An-Nisa’:34
Seterusnya seorang suami hendaklah mendidik isterinya agar dapat memberikan taqwa sebagai pegangan hidup . Memang dengan pendapatan yang kecil dan kemampuan kewangan suami yang terhad, tidak cukup untuk memberi kesempurnaan duniawi dalam rumahtangga. Tetapi apabila suami isteri menjadikan taqwa pakaian hidup mereka, Allah akan menjamin kehidupan mereka. Dengan taqwa itulah keperluan mereka Allah akan cukupkan.
Oleh itu semua isteri hendaklah bertaqwa kepada Allah,ingin membangunkan islam lahiriyah dan batiniyah. Mereka hendaklah menjadikan hidup mereka untuk tuhan, bekerja untuk tuhan dan membangunkan agama tuhan bermula dari hati. Apabila seseorang telah menjadikan hidupannya untuk Allah,maka Allahlah jadi sumber kekuatan dalam kehidupannya hingga dicukupkan semua keperluannya.
Firman Allah yang bermaksud barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya DIA akan memberikan kepadanya jalan keluar dari masalah dan diberi rezeki dari sumber yang tidak disangkanya dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya akan Allah cukupkan keperluannya.
Oleh itu, tidak mengapa kalau suami tidak dapat menguruskan wang. Tetapi dia mesti memberikan kehidupan yang mendapat tuhan. Kerana dapat tuhan,dapatlah kemenangan, dapatlah segala-galanya. Pasti kita tertanya-tanya bagaimana hidup seperti itu sedangkan orang-orang dunia mengatakan wang adalah segala-galanya dalam kehidupan.
Hidup bertuhan adalah sesuatu yang tidak logik, tetapi telah dibuktikan kebenarannya. Bukankah tuhan itu sendiri tidak logik tetapi kita wajib meyakini kewujudannya. Ketahuilah sebenarnya kesusahan adalah satu keperluan kepada semua hamba untuk menjadikan mereka bertaqwa iaitu mendapatkan cinta Allah dan rasul.
Dalam sejarah kehidupan sahabat, pernah seorang sahabat bertemu dengan Rasulallah SAW dan berkata saya mencintai Rasulallah SAW. Lalu Rasulallah SAW memberitahunya kalau benar kamu mencintaiku, maka bersedialah untuk menjadi miskin kerana aku mencintai golongan miskin.
Ada sahabat lain pula berkata kepada RasulAllah SAW bahawa dia mencintai Allah. RasulAllah SAW berkata kepadanya kalau benar kamu mencintai Allah bersedialah untuk menjadi susah kerana Allah sukakan kesusahan.
Hari ini, orang membelai anaknya dengan kemewahan dan kekayaan dengan harapan anaknya akan berjaya menjadi wira bagsa dan negara tetapi hakikatnya berlaku sebaliknya,rosak agamanya malah menjadi musuh kepada ibu bapanya sendiri.
Mendidik dalam kesusahan adalah satu keperluan untuk mendidik manusia. Walaupun kita tidak meminta kesusahan, tetapi kita kenalah bersedia dan sangat menerimanya .
Seorang lelaki telah berkata kepada Rasulallah SAW, wahai RasulAllah, demi Allah, sesungguhnya aku mencintai kamu, demi Allah aku mencintai kamu,demi demi Allah aku mencintai kamu, demi Allah aku mencintai kamu. Sabda Rasulallah SAW, sekiranya kamu mencintai aku maka peliharalahlah ketahanan kepada kemiskinan, sesungguhnya kemiskinan lebih hebat mendatangi pencintaku dari air deras yang sampai ke muka bumi. Riwayat Imam Nawawi dalam Biyadatul solehin, hadis 484.
RasulAllah SAW bersabda yang bermaksud Aku telah melihat ke dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang-orang miskin dan aku telah melihat ke dalam neraka lalu aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita. Riwayat Imam Nawawi dalam Biyadatul solehin, hadis 488.
Orang perempuan mesti disusahkan,demikian pendapat tuhan. Namun kesusahan itu mesti berlaku dalam kasih sayang suaminya. Kalau dia disusahkan dalam kemarahan suaminya, dia akan jadi benci kepada suaminya.
Demikianlah bukti-bukti bahawa kesusahan dalam kehidupan rumahtangga telah membawa hasil yang besar. Musuh-musuh Islam ketakutan kepada pejuang-pejuang yang takut kepada Allah. Sedangkan untuk menjadi takut kepada Allah seorang suami mesti menjadi pemimpin yang adil dan seorang isteri mesti menjadi pengikut yang taat dan isteri yang solehah.
Demikianlah sebelum memasuki alam perkahwinan , sebenarnya seorang lelaki mestilah mempersiapkan dirinya untuk menjadi seorang pemimpin yang mampu memimpin bakal isterinya hingga menjadi takut dan sayang kepadanya lalu si isteri dapat menjadi isteri yang solehah yang setaat-taatnya kepada suami.
Untuk mampu melakukannya, suami hendaklah bertaqwa kepada Allah dan mengusahakan cara hidup untuk Allah.
Manakala seorang perempuan mestilah dilatih untuk menjadi pengikut yang taat dengan kesusahan supaya dia dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri,seorang ibu dan seorang madu yang takut kepada Allah dan rasulnya serta kepadanya suaminya.
Sanggupkah kita melakukannya??
Kalau kita tekad melakukannya kerana Allah, moga dikurniakan kita syurga yang disegerakan, Al-Jannatul Adilah sebelum syurga di akhirat dan benar-benar melahirkan sebuah keluarga Islam yang menguatkan jemaah Islam dan akhirnya akan memartabatkan Islam sehingga daulah dan terbina empayar. InsyaAllah!
Sukarnya mujahadah
Suka dan duka ada batasnya.
TUhan,Kalau bukan keranamu,
Sudilah membantu dalam mujahadahku,
Kalau kau mampu menempuhnya
Gula Vs Darah
Sebenarnya tidak ada apa pun yang menariknya tentang pemeriksaan darah ini melainkan hasil ujikaji menyatakan paras gula dalam darah anda berada pada paras yang selamat iaitu bawah 6 sebelum makan dan bawah 10 selepas makan.
Terpanggil saya untuk melakukan pemeriksaan darah ini kerana tabiat pemakanan saya semakin hari semakin meruncing. Kalau paginya digalakkan minum susu, maka dengan sukacitanya saya memilih teh tarik untuk menjadi santapan nafsu.
Bagaimana pula dengan tengah hari? tak kan teh tarik lagi kan?
Ya Allah! Teh tarik juga?? Dah la makan nasi,balas dengan teh tarik,
petang teh tarik lagi..isyh isyh..
Apo lah kono ko nie jang...macam orang tua!!
Sekadar monolog dalaman..
Syukur pada tuhan,bacaan paras gula saya selepas makan adalah 6.1 , paras yang sangat selamat..
Sebenarnya ada sesuatu yang seronok untuk dikongsikan. Kedua-dua kali pemeriksaan yang saya jalani adalah di farmasi yang sama.
Kalau dahulu seorang kakak yang comel telah memegang tangan saya tanpa lapik untuk melukakan jari dan mengambil sampel darah saya; membuatkan saya berfikir panjang untuk melakukan pemeriksaan untuk kali yang berikutnya, kali ini saya nekad.. Saya harus menyuarakan!
Alhamdulillah,atas jasa baik kakak tu juga,akhirnya dia memakai sarung tangan. Ketika pemeriksaan dijalankan, seorang kakak farmacist lain datang menghampiri kami dan memberi sindiran yang tak lah berapa nak tajam. Katanya, wajib ke pakai sarung tangan??
Saya dan kakak itu hanya tersenyum. walaupun panas juga telinga ini mendengarnya.
Syukur,semoga ia menjadi usaha saya dalam mempertahankan syariat saya sebagai seorang Islam. Terima kasih kakak comel. Semoga Allah merahmati kakak..
p/s- Teringin untuk membeli satu set alatan tersebut. Boleh hadiahkan kepada mereka yang memerlukan. Tak perlu keluar duit Rm5 untuk setiap kali pemeriksaan. Mungkin hanya angan-angan mat jenin. Saya tengah pokai sekarang..
Setelah sekian lama bermujahadah..
Biar nampak jahat pada nafsu kamu..
demi merealisasikan kehendak bersama..
Aku rela melakukannya..
Maafkan aku sekiranya ianya menyakitkan..
Jangan dinilai kesakitan itu hanya pada kamu..
Aku turut merasainya..
Maafkan aku..
Sesungguhnya apa yang berlaku itu ada baiknya..
Semoga satu hari nanti kita bertemu semula dalam redhaNYA
InsyaAllah..
P/s:-
1- Nafsu kita memang perlu disakit-sakitkan.. usah bersikap lemah.. teruskan berjuang untuk Islam..
2- Semoga dilembutkan hatinya untuk memaafkan ku..
Surah Al-Kafirun..
Man!!Cepat!
Tengok tu, besarnya!
Alang berjaya menarik perhatianku untuk menoleh ke arah jari telunjuknya..Kelihatan sebuah kuil Hindu yang besar di tepi jalan..
"Allah!! Aku tertipu", bisik hatiku..
"Har,baca cepat,sapa suruh tengok..Haha.."
Sapa Alang lagi,sambil ketawa sinis.. Puas sungguh hatinya dapat mengenakan aku.
"Kau tengok jugak,kena baca sekali lah!"
Aku cuba menyuarakan ketidakpuashatian..
"Aku dah baca tadi. Kau tu yang belum, baca cepat!"
Balas Alang dengan tegas..
Dengan muka yang masam,terpaksa juga aku membaca Surah Al-kafirun..Terasa beratnya denda itu pada masa dahulu..Geramnya...
"Bismillahirrahman arrahim..Qul ya aiyuhal kafirun......"
........
Cerita dulu-dulu, alahai, zaman kanak-kanakku..Manisnya bila dikenang kembali. Rasa nak ketawa pun ada..
Bagaimana didikan abah membentuk satu peraturan dalam diri kami adik beradik.Samada rela atau terpaksa, peraturan mesti dipatuhi..
Dulu abah pesan, bila nampak tanah perkuburan orang bukan Islam, bila nampak tempat sembahyang orang bukan Islam, kena baca surah Al-Kafirun.
Bila nampak perkuburan orang Islam pula,sedekahkan Al-Fatihah buat semua Ahli penghuninya..
Hingga sekarang, didikan abah masih melekat di kepala kami. Kalau dulu pakai buat je,ilmunya tiada. Selepas belajar, baru faham, semua itu sunat sahaja.
Semoga terus diberi kekuatan untuk mengamalkannya. Biar sekecil mana sekalipun usaha ibadah kita, asalkan dilakukan ikhlas keranaNya, InsyaAllah ada nilaian dari yang maha esa..
Mengertilah S..
Kerna luaranmu lagaknya ustazah..
Lewat ini, kecacatan kamu terserlah,
Tergamak juga kamu memutuskan ukhwah,
juga pertalian darah..
Sudahlah perjuangan kami kamu hina dan kecam,
Macamlah ilmu kamu sudah tinggi mencapai langit..
Wahai S,
Berhentilah kamu menabur fitnah,
Aku disini kasihankan kamu,
Perlukah kamu jadi begitu..
Adakah kemurkaan tuhan yang kamu cari..
Kembalilah kepada asalmu, fitrah yang suci,
Semoga Allah merahmati..
Jika kamu masih begini,
Tunggu sahajalah, Allah lebih mengetahui..
p/s- Aku tidak pernah memusuhi kamu..
Ya Allah, jauhilah aku dari fitnah dajjal dan fitnah wanita..
Untukmu sahabatku..
Alhamdulillah..
Tercapai hasratku untuk berbicara dari hati ke hati dengan sahabat seperjuanganku.. Lama sungguh perbualan kami..Dari satu kisah ke satu kisah kami kongsikan.. Jarang sekali ada peluang sebegini.. Masing-masing sibuk dengan urusan yang pelbagai.. Mujur,malam ini..
Terima kasih tuhan atas nikmatmu yang tidak terhingga..
Ada sesuatu yang menyentuh aku sebenarnya.. Kisah malam ini banyak berkisar perkara yang mnggembirakan..Banyak perkara yang baik berlaku di dalam keluarganya.. Alhamdulillah.. Aku tumpang gembira..
Dalam kegembiraan itu juga, seego-ego lelaki, tumpah juga air mataku ke bumi.. Mengenangkan sesuatu yang berat, berlaku di dalam keluargaku, dan pastinya tidak akan ku kongsikan disini..
Biarlah rahsia..
Terima kasih Siti Nurhaliza untuk tajuk lagu..
Inilah sumbangan ku yang terakhir untukmu sahabat..Moga bertemu lagi di lain masa..Sekadar ini dapat kucoretkan.. Terima kasih jadi sahabat terbaik saya..
p/s-
Syukur Alhamdulillah..
Matlamatku tercapai..
Sekarang aman rasanya..
Sudah boleh pulang ke desa..
SA,jom balik..
selamat tinggal semua..
Mungkinkah...
Hmm, moga kepulangan ku ke desa nanti menyelesaikan segalanya.
Semester hadapan ini akan menjalani latihan industri.. 6 bulan tempohnya. Saya mahu jadi pekerja yang baik. InsyaAllah..

aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-mu
Kurasakan Damainya Hatiku
Sabda-mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku
Jangan Biarkan Damai ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia
Bila ku Jauh Dari Diri-mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-mu
Terngiang-ngiang lagu ini di telinga. Ya Allah, tabahkanlah..
Bakal sibuk.. Mungkinkah ini yang terakhir..
Cubaan, Kesedihan, Cabaran & Peperiksaan
"Hai mambang tanah, mambang api, mambang air, mambang angin... cubaan.."
Bukan bacaan mantera ini yang hendak saya fokuskan..tetapi perkataaan cubaannya itu menarik perhatian saya..
..
.....
..
Kematian itu pasti. Ajal maut hanya tuhan yang tahu..
Si fulan bte fulan kematian neneknya seminggu yang lalu..Kasihan~
Dia hilang selera makan, malas ke kelas, bla bla bla..(benda tak elok tak best cerita)
Kenapa? salah ke bersedih....
Siapa kata tak perlu bersedih. Banyak perkara berlaku dalam kehidupan
kita amat menyedihkan dan menyakitkan.
Tetapi,perlukah kesedihan itu berlarutan untuk satu tempoh yang panjang? hinggakan kita tiada semangat untuk melalui liku-liku hari mendatang.
Oh manusia..sedarlah..
Banyak perkara lain dalam kehidupan ini untuk digembirakan.Takkan hanya satu kesedihan yang kecil membunuh segala kegembiraan yang ada..
Sesungguhnya kehidupan kita ini satu amanah. Amanah yang besar buat kita sebagai hamba, malah sebagai khalifah untuk mentadbir bumi ini. Makmurkanlah bumi ini sebaiknya.Teruskan tanggungjawabmu dalam bidang yang dicebur, memberi khidmat dan bakti kepada orang lain..
Dalam masa yang sama, kita tetap hamba. Mengejar cinta dan redha tuhan itu paling mustahak. Apapun perkara yang dibuat, syariat tuhan itu adalah landasannya.
Kita orang Islam, ada pedoman diri. Kita mengaku kita ada tuhan, kita tahu doa itu senjata, kita tahu semua itu takdir,datangnya dariNya, jadi tiada alasan untuk tidak redha dengan apa yang berlaku.
Ayuh bangkit semula wahai teman. Positifkan semula fikiranmu.Jangan terus bersikap lemah. Jom pandang ke hadapan. Banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh. Ini baru sedikit. Esok lusa pasti lebih besar.
P/s:- Penulis sedih juga..Peperiksaan Mekanik getaran hari tu teruklah,silap strategi..Benda dah jadi,biarlah..Jadi pengajaran lah nampaknya.. Tinggal 2 kertas lagi untuk dijawab..Doakan..
Lagi..mengisi ruangan.....
Sememangnya tidak akan ada manusia yang sempurna, yang serba-serbi tahu. Pasti ada kelemahan pada satu-satu perkara. Menjadi sebab juga kenapa kita saling memerlukan.
Memanglah..Kalau dah namanya kejadian, pasti ada kekurangannya..
Maka menjadi tugas kita lah untuk berusaha menutupi dan mengatasi kelemahan yang ada. Kalau anda seorang yang kurang pandai, maka berusahalah dengan sungguh-sungguh, buat latihan dengan banyaknya. Contoh lainnya,jika anda tahu anda tidak pandai masak, belajar lah dari sekarang.. haha..perli tajam nie.. =)
Aku sendiri banyak kelemahan. Banyak perkara yang nak dipelajari lagi. Buta seni lagi, bahaya tu..huhu..


Sekadar iklan.. Nostalgia seniman-seniman negara. Ada sorang yang "fail" jadi seniman. Lukisan waktu sekolah menengah selalu dapat C .. paling baik pun dapat B je.. Ape la nak jadi dengan dia..
Bang long dahulunya pernah menyertai pertandingan melukis sempena hari kemerdekaan di Bandar Melaka. Tuah badan,bang long berjaya mendapat hadiah. Bakat seni lukisan dari abah nampaknya pergi ke dia lar..
Abang long sekarang dah berusia 26 tahun. Bakal mendirikan rumahtangga Islam tahun hadapan..InsyaAllah..Sama-sama doakan..
Kau mahukan dunia??
Ambillah..
Tak sedikit pun mahu aku rebutkan..
Ku yakin akan rezeki yang telah diperuntukkan..
Lagipun..
Ada sesuatu yang lebih besar menanti..
Yang lebih besar nilaiannya..Maharnya adalah pengorbanan..
Maafkan segala kekasaranku dahulu..
Kerna jelik dengan sikapmu yang terburu-buru..
Padahal ku tahu, tuhan yang mengtakdirkan ianya berlaku..
p/s-Ya Allah rezekikan aku hingga ke hujung perjuangan..
Angkatkanlah mazmumahku dangan berkat mursyidku wahai tuhan..
Terganggu..
Namun, tuhan izinkan entri ini dihasilkan dan dipaparkan juga..
Inilah yang dikatakan manusia hanya merancang, ketentuan itu dariNya.
Mungkin ada sebab tertentu untuk aku mencoretnya di sini..
Anggaplah ia sekadar luahan seseorang yang kurang kasih sayang..
Sepertimana komen sahabatku, blog hanya untuk mereka yang kurang kasih sayang..
Benar! tepat sekali pandangan kamu itu..
Aku kurang kasih sayang..
Kurangnya kasih sayang tuhan..
akibat hijab dari dosa dan maksiat yang ku amalkan..
Akhir-akhir ini, pelbagai gangguan impuls terjadi.
Menjadikan kekuatan jiwa ini semakin terhakis dan menipis.
Kesibukan,konflik dan pergeseran, masalah kesihatan, dan
1001 macam lagi permasalahan tuhan datangkan satu persatu..
Adakah benar itu "masalah" yang tuhan datangkan??
Mungkin tidak..Hanya insan selemah aku yang mengatakan ianya satu masalah
Apakah semua ini saja-saja tuhan datangkan??
Tidak sama sekali.. Pasti ada hikmah yang menanti di akhirnya..
Ibu....
Kenangan-kenangan silam bermain-main di benaknya. Saat-saat indahnya bersama ayah dan ibu tercinta, kedamaian dan kemesraan keluarga..Langsung tidak ada konflik dan sengketa..Aduhai, indahnya..
Tetapi..Entah apalah kesilapan yang berlaku akhir-akhir ini. Segalanya berubah dalam sekelip mata..Ingin sahaja dia meluahkan sesuatu pada ayahnya. Namun tiada kekuatan..
Apakah salah Ibu wahai ayahku??
Sejak perpisahan itu berlaku, Siti tidak lagi berjumpa dengan ibu. Hanya seorang bapa jadi tempat dia bermanja. Siapalah ayah untuk mengganti kasih seorang ibu. Bermacam-macam perasaan menghantui diri. Tidak semena-mena, bergenang air matanya..
Ibu!!
Saya rindukan Ibu!!!
Jeritan hati yang tidak kedengaran itu semakin menggila..Siti tidak lagi mampu menahan air matanya..
Ke manakah Ibu??
Pulanglah! aku perlukan kasih sayangmu..
Ibu..
Hari ini Hari Jadi ibu yang ke 49..
Siti tak lupa Ibu..
Takkan pernah melupai Ibu..
Selamat Hari Lahir Ibu
Semoga Allah tabahkan hati Ibu dalam perjuangan ini
Apa yang perlu ibu tahu...
SAYA SAYANGKAN IBU!!
p/s-Penulis sedang mengesat air matanya...Ini entri emosi.. TT
Terima kasih bang!
Sesudah menjamu selera, program aku diisi dengan berbual dan bertukar cerita antara sepupu-sepupu terdekat dan saudara-mara yang lain.
" Tengok tu! "
Suami sepupuku, abang Amir menunding jari menunjukkan sesuatu. Kelihatan dua orang kanak-kanak berusia sekitar 3 ke 4 tahun sibuk bermain gadjet canggih tidak jauh dari kerusi duduk kami. Abang Amir hanya menggelengkan kepala.
" Kenapa bang? "
Aku bertanya kebingungan. Ape salah mereka bermain gadjet tadi. Ini zaman mereka, zaman yang sudah maju, zaman yang tidak sama dengan zaman yang telah aku dan abang Amir lalui. Abang Amir kemudiannya menerangkan sesuatu kepada ku.
Owh! Baru aku faham. Selaku ayah kepada dua orang anak kecilnya, abang Amir menyatakan betapa risaunya dia akan perkembangan zaman yang berlaku. Lihatlah, seawal usia itu, kanak-kanak tadi sudah mampu memegang, dan bermain gadjet secanggih itu.
Tak hairanlah jika kanak-kanak zaman ini akan lebih mudah terdedah dengan elemen perosak bersumberkan Internet dan sebagainya. Dahsyatnya Internet,dunia maya tanpa sepadan; abang Amir menggelengkan kepalanya lagi.
" Sebab itu kita selaku mak ayah kena sangat-sangat memantau anak-anak "
Tokok abang Amir lagi dengan riak-riak mukanya sekali. Terkesan juga aku, kesal sungguh dia.
Abang Amir dan isterinya Kak Zati kedua-duanya bekerja di tempat yang berasingan. Setiap hari, mereka menghantar anak-anak ke taska dan nurseri untuk dijaga.
Bang Amir memberitahu aku lagi, zaman ini kos sara hidup memang sangat tinggi yang mana memaksa si Ibu dan si Ayah keduanya-duanya bekerja. Maka, terpaksa juga mereka menghantar anak-anak mereka ke sana sepanjang masa bekerja mereka.
Bagaimanapun, pemantauan harus terus berjalan. Perkembangan anak-anak jangan diabaikan begitu sahaja. Tak boleh diserahkan 100% tugas itu kepada pengasuh. Rosak anak-anak itu nanti, ujar bang Amir lagi.
Si isteri pula kenalah faham, bila suami mengizinkan mereka bekerja, berkarier, masa untuk anak-anak akan hilang dengan banyaknya. Potensi anak-anak terbiar dan kurang kasih sayang dengan mudahnya boleh berlaku.
Maka seharusnya, jangan dibiarkan batas-batas selaku ibu, pembantu suami dalam mendidik anak-anak dilanggari. Sebaiknya, perbincangan antara suami dan isteri perlu diadakan sentiasa. Agar masalah-masalah teknikal ini diatasi bersama.
Terima kasih Bang Amir, banyak juga saya belajar dari abang. Saya nak exam bang. Belum lagi nak kahwin. HAHA..
Ok, nak study.. Jangan lupa doakan saya ya..Sekadar satu perkongsian bersama..Alhamdulillah.. :)
Menuju puncak gemilang cahaya
"Umi nak anak umi jadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat.."
Perbualan telefon empat tahun lalu sewaktu bergelar pelajar matrikulasi..
Ini hasrat ibu saya. Ibu anda?? tanyalah sendiri.. Sementara masih sempat; sebelum ibu pergi meninggalkan anda, atau anda pergi meninggalkan ibu.
Bagaimanapun, saya percaya setiap ibu pasti mempunyai hasrat dan harapan yang sebegini kepada anak-anaknya.
Saya memandang hasrat ibu sebagai satu amanah yang dipikulkan. Kejayaan kita merealisasikannya dikira ibadah kerana ianya sangat menggembirakan mereka. Besar hati mereka melihat anak-anak berjaya.
Bahkan lebih berharga lagi apabila doa anak-anak yang soleh-solehah mengiringi mereka di alam Barzakah nanti,alam perantaraan Dunia dan Akhirat.
“Apabila seseorang manusia itu mati, terputuslah daripadanya segala amalan melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah,Ilmu yang bermanfaat, dan Anak soleh yang mendoakannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Berikut adalah jadual peperiksaan akhir saya untuk sem ini..Semoga restu dan doa mereka memudahkan saya dalam menghadapi minggu peperiksaan nanti. Kalian pun juga jangan lupa doakan ya..
05 November, 11.30pg---> Instrumentasi
09 November, 03.00 ptg--> Pemindahan haba
11 November, 03.00 ptg--> Getaran Mekanik
16 November, 08.30pg---> Undang-undang Kejuruteraan
16 November 03.00 ptg--> Kejuruteraan Kawalan
p/s- Bakal jadi serajin semut =)
nota putus cinta
Cintalah Allah,
kemudian Rasul,
kemudian Ibu bapamu,
barulah yang lain-lain..
Jadilah kamu wanita yang hebat
Kuatkan imanmu, cekalkan hati
Teruskan perjuangan di sana..
Maaf..
kerna hadiah-hadiah pemberianku,
cinta duniamu makin menebal
Maaf..
kerna layananku selalu,
kamu leka,lalai dan lari dari tuhan
Maaf..
kerna ketidaksabaranku,
kamu jadi benci dengan ujian tuhan
Maaf juga..
kerna kelemahanku,
aku gagal mendidik diriku dan dirimu
untuk bersama perjuangkan Islam
Kasihan kamu..
Cukuplah,kamu tidak patut dirosakkan lagi
ku lepaskan kamu dengan redha; lillahitaala..
Relakanku pergi..usah bersedih..
Pergiku dengan satu tekad..
Ketahuilah!
Allah itu maha adil lagi maha mengetahui
Allah yang menemukan kita
Allah yang memisahkan kita
Allah juga yang mengenalkan kita
Allah jua yang menjodohkan kita
DIA tahu apa yang terbaik untuk kita
Ayuh kita kembali kepadanya..
salam perpisahan..
wslm wbt..
nota putus cinta--> mencari cinta hakiki..
17 Oktober 2010, 2 am..
Andai kau membacanya..
Pergi kau!
Pergilah jauh meninggalkanku.
........
Kerosakan demi kerosakan berjaya dicetuskan.
Tidak puaskah engkau??
........
Bilakah ianya kan berakhir?
........
Pergilah. Aku sudah maafkan segalanya..
p/s-
Akhirnya dendammu terbalas juga.
Sedangkan aku di sini terbaring kelukaan..
Melentur buluh biar dari rebungnya
Maka, jadilah anak-anak seperti pahat dengan penukul, disuruh sekali, sekali tulah buat. Tak disuruh, tak berbuat. Suruh sembahyang pun dah jadi susah.. Allahuakbar..
Sebenarnya, peribahasa ni sesuai juga di aplikasikan dalam membentuk minat anak-anak. Supaya mereka tahu hala tuju dan bidang dan kerjaya mereka di masa hadapan.
Kenapa pilih bidang kejuruteraan??
Saya minat!!
Riang sahaja hati menjawab persoalan itu..
Menandakan minat yang diterap dari kecil menjadi panduan diri dalam memilih bidang yang diceburi.
Ingat lagi, kalau dahulunya, abah kerap membelikan alat-alat permainan berkonsepkan mekanikal hingga kami adik beradik sering bergaduh berebutkan permainan tersebut. Contoh yang mudah sekali ialah jentera pengorek tanah mainan atau panggilan popularnya "kereta bajak". Gembira sungguh tatkala diberi permainan tersebut, habis kotor seluar dan baju bermain di atas tanah.
Begitu juga dengan permainan gasing, Ada yang ku buat sendiri dari buah pinang dan ada juga yang dibeli dari kedai. Tak lupa juga akan kereta mini berenjinkan Tamiya. Wah,seronok sekali bila mngimbau nostalgia lama itu. Bermain sahaja dan tidak langsung mempunyai masalah untuk difikirkan.
Seawal usia sekolah rendah, membaiki dan mengubahsuai menjadi hobi dalam mengisi masa lapang. Apa lagi yang hendak diubahsuai jika bukan basikal. Basikal yang asalnya sedikit rosak, setelah kubaiki menjadi semakin rosak. Kata Ummi, aku ni seperti tikus membaiki labu. Namun tidak sedikit pun mematahkan semangatku.
Setelah bijak sedikit, aku belajar membuat sambungan-sambungan litar sendiri, bermain dengan bateri, mentol, dan juga enjin mini. Gabus dan kotak dipotong untuk membuat sebuah bot kecil, dan enjin dipasang dibelakangnya. Seronok juga melepaskan bot itu belayar di dalam kolam bilik air rumah. Mujur umi abah sporting..hehe..
Pernah sekali, aku kasihan melihat abah yang kehilangan pengecas bateri telefon bimbit PDA nya, lantas aku mencari kepala-kepala plug lama di stor, dan membuat penyambungan wayar. Akhirnya, terhasillah satu pengecas bateri telefon yang baru. Setelah itu, aku mencubanya pada telefon abah.
Pop!! letupan kecil tadi mematikan terus telefon abah. Bau hangit meresap ke dalam lubang hidung. Allah, tak ada pasal, cari pasal. Habis aku kena marah. Rupanya, aku lupa untuk memastikan kepala plug tadi sesuai Voltannya dengan telefon tadi. Salah siapa? aku juga..
Alhamdulillah, kini, aku tidak lagi terlalu bergantung dengan kedai-kedai perkhidmatan dan servis, sudah banyak yang mampu kulakukan sendiri. Tukar minyak hitam kuda tua SA pun aku mampu buat. Benar! Pengalaman banyak memberi pengajaran dalam hidup.
Jadi, carilah pengalaman sebanyak mungkin di usia rebung ini kerana ia bakal menentukan kualiti kita di usia buluh nanti..wallahuaklam..
Iktibar bersama..
" KAU cakap betul-betul, jangan sampai tangan aku naik lagi!! " sergahku kepada seorang junior sekolah.
" Betul bang, saya tak buat ", pelajar itu menafikan dalam keadaan ketakutan.
" Habis, pukul 3 pagi semalam, aku nampak kau lari macam lipas kudung balik asrama, dari mana tu? " sergahku lagi.
Pelajar itu hanya berdiam diri, kering idea agaknya setelah mengeluarkan beberapa versi penipuan yang begitu kreatif, hampir-hampir memperdayaku. Agak kesal juga, dalam seawal usia itu, lima tahun lebih muda daripadaku, dia sudah bijak menipu.
Apa yang terjadi sebenarnya??
Semalamnya, sekitar dua ke tiga pagi...
Aku dan 4 orang pelajar tingkatan lima lain duduk bertenggek di atas tembok tingkat tiga asrama. Perbuatan itu sebenarnya agak membahayakan diri, bila-bila masa je boleh jatuh ke bawah, buatnya syaitan tolak ke kan. Gayat juga, tapi sudah lali, betul kata orang tua-tua, alah bisa tegal biasa.
Dari satu cerita ke satu cerita kami kongsikan, kadang-kadang terasa juga banyak perbualan kosong daripada yang ilmiahnya. Mujur ada sedikit jajan menemani, menyerikan lagi majlis lepak dan sembang kosong kami, agenda biasa bagi pelajar senior di malam harinya, sekiranya warden tak bertugas..
Tiba-tiba..
Seorang pelajar berlari laju dari tingkat bawah hingga ke aras kami lepak tadi. Ternampak sahaja kami, dia cepat memperlahankan langkahnya.
" Dari mana kau ni? tercungap-cungap je " tegur kawanku.
" Tak de bang, saya tengah minum air water cooler kat bawah tadi, tiba-tiba saya kena sergah, ingatkan hantu tadi, tu yang saya lari, takut "
" Hmm, dah! pergi balik bilik, cepat tidur, esok ada kelas kan " balasku.
Kami hanya menerima cerita budak tadi bulat-bulat sahaja, tak langsung memikirkan kesahihan ceritanya. Tak lama kemudian, Pak Guard datang membuat rondaan,bersama lampu suluhnya. Tak pernah pula Pak Guard masuk ke dalam asrama lelaki, satu perkara yang asing sekali.
Kami cepat-cepat balik ke bilik, tidak mahu cari pasal. Lagipun sudah lewat pagi, baik tidur sekejap, kurang sikit mengantuk di dalam kelas nanti.
Keesokan harinya, selepas solat subuh, aku yang sudah siap berpakaian seragam sekolah segera ke Dewan Makan untuk bersarapan. Tak sangka guru agama sekolah, Ustaz Tengku turut menemaniku bersarapan. Terkejut! Aku dikabarkan pihak keselamatan sekolah cuba mengejar seorang penceroboh aspuri semalamnya, tetapi gagal.
Tak menunggu lama, petang tu juga aku memanggil pelajar tadi ke bilik. Aku menyuruhnya berdiri separuh, lagaknya se akan-akan pembawa motosikal, denda tradisi yang bakal melenguhkan peha mangsa. Selagi pengakuan tak dibuat, denda akan terus berjalan.
Sempat juga aku mengarahkan anak-anak buahku menyelongkar almarinya. Mereka berjaya menemui sekeping Vcd lucah dan beberapa pil; mungkin ubat, mungkin tidak. Wallahuaklam.
Hmm, agak kesal juga, aku ada melakukan beberapa sentuhan kasar yang boleh mencederakan pelajar tadi. Mungkin, satu hari nanti, aku perlu mencari pelajar itu semula untuk meminta maaf. Walaupun pelajar itu akhirnya mengaku bersalah, 'siapalah aku untuk menghukumnya' nya. Ya Allah, ampunilah ketelanjuranku ini..
Pelajar tingkatan satu itu akhirnya diserahkan kepada guru disiplin. Mungkin sebagai langkah menebus kesalahanku memukul pelajar tadi, aku dan kawan-kawan merayu agar pihak sekolah tidak membuangnya dan memberi peluang kedua atas sebab usianya yang masih mentah.
Alhamdulillah, sekolah sekadar memberi amaran; menggantung persekolahan pelajar tadi selama dua minggu.Adakah kisah ini tamat di sini sahaja?
Tidak, malangnya...
Setelah aku bergelar pelajar matrikulasi, aku dikabarkan pelajar itu (sudah tingkatan dua) dibuang sekolah atas kesalahan menunjukkan kemaluannya pada pelajar perempuan kelasnya pula. MasyaAllah...Bayangkanlah, seawal usia 13 dan 14 tahun tu...
" Ya Allah, kasihanilah pelajar ini. Berilah hidayah dan petunjuk kepadanya, jadilah dia insan berguna di masa hadapan "
........................................................................................................
p/s- Wahai anak-anak gadis di luar sana, hati-hatilah yer, banyak pemangsa sedang mengintai kamu. Yang amalkan berpakaian seksi,ketat, mempamerkan dada tu, kekalkanlah yer. InsyaAllah mudah nak jadi mangsa nanti.
Agak sinis, tapi cukup untuk menjadi iktibar bersama. Maaf andai ada kekasaran bahasa dalam entri ini. Sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah..
Siapa kita untuk menghukum..
"Mengapa manusia-manusia keparat ini harus berada di dalam sangkar ini, memalukan kaum Melayu sungguh", bisik hatinya..
Teringat dia akan anak tunggalnya di rumah, Ahmad yang sudah menjejakkan kaki ke IPTA, merupakan tonggak keluarga, satu-satunya tempat Shahrul menaruhkan harapan. Ahmad sekarang sudah berada di tahun 2 pengajiannya dalam bidang Sains Nuklear.
Bahagianya Shahrul bila Ahmad sudah bekerja nanti; masa untuk menikmati hasil segala pelaburannya sepanjang pengajian Ahmad di universiti. Tidak perlulah dia terus bekerja lagi, bersakit-sakit mata melihat pencemaran-pencemaran yang berlaku dalam penjara tersebut. Sudah tiba masa dia berehat di rumah dan merasa hasil gaji Ahmad.
Di benaknya, Shahrul bercita-cita untuk menggunakan wang pemberian tersebut untuk membeli sebuah kereta baru,Perodua Myvi .
" Wah, megahnya pandu kereta baru keliling kampung. Jika ditanya nanti, akan kukatakan kereta ni Ahmad yang belikan untuk ayahnya. Biar mereka tahu untungnya aku ada anak yang baik dan berjaya ", bisik hatinya lagi..
Lamunannya tiba-tiba lenyap, suasana menjadi hingar-bingar seketika. Rupanya berlaku satu pergaduhan kecil antara dua penghuni . Tumbuk menumbuk dan sedikit adegan aksi yang berlaku nyata membuatkan Shahrul begitu berang sekali.
Terus di capainya kayu cota elektriknya dan meluru ke arah mereka berdua. Beberapa hentakan kayu singgah di muka mereka,disusuli dengan sepakan yang kuat membuatkan dua penghuni tadi terbaring di atas tanah.Shahrul yang tegap itu bukanlah tandingan.
Dia yang yang masih lagi keberangan terus mengherdik mereka.
" Hiduplah kau dalam penjara ni sampai bila-bila. Jangan fikir nak keluar dari sini. Dari kecik sampailah besar asyik menyusahkan sahaja. Baik korang mati daripada hidup menyusahkan orang lain!! ".
Tamat bab pertama..Dipendekkan cerita..
Setahun kemudian, Shahrul menerima kabaran anaknya pula disabitkan bersalah melakukan kes rompakan dan dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 3 tahun di sebuah penjara yang lain. Terbantut pengajian Ahmad di universitinya. Shahrul hanya mampu menggelengkan kepala. Akibat pengaruh rakan sebaya, anaknya pula jadi mangsa.
Lihatlah, adilnya Tuhan dalam menghukum. Kita herdik manusia, bagaimana tuhan herdik kita semula. Siapalah kita untuk menghukum.
Sekian..
p/s- Mengherdik mereka yang terlanjur melakukan dosa,kesilapan dan kesalahan bukanlah satu cara yang tepat.Mana tahu mereka sudah benar-benar bertaubat. Pastilah kedudukan mereka yang bertaubat ini lebih mulia dari kita yang sibuk mencaci dan mengherdik orang hingga lupa akan kesilapan diri.
Sebaiknya,doakanlah semoga kita bersama diberikan hidayah dan petunjuk selalu. Hidup memang penuh dengan dugaan.Kadang-kadang kita tersaring, cepat-cepatlah bertaubat, kembali kepada yang esa..
Doa Pejuang
Engkaulah keselamatan dan daripadaMulah keselamatan,
Kau maha suci Tuhan kami dan maha tinggi,
Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Kami dengar dan kami taat.
Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepadaMu lah kesudahan kami.
Oh Tuhan,
Tolonglah tentera-tentera Muslimin dan askar-askar yang mengesakan Tuhan,
dan binasakanlah orang-orang kafir dan orang-orang degil dan pembawa-pembawa bida'ah dan orang-orang yang menyekutukanMu dan hancurkanlah musuh-musuhmu, musuh agama Islam.Dan tolonglah kami terhadap mereka Wahai Tuhan sekelian alam.
Wahai Tuhan,pecahkanlah kumpulan mereka dan turunkanlah seksa yang pedih keatas mereka dengan kekuasaanMu, wahai Tuhan sekelian alam.
Wahai Tuhan kami, tolonglah kami mengatasi kaum kafir.
Wahai Tuhan,ampunkanlah kami dari dosa-dosa kami, dan matikanlah kami sebagai orang Islam
Dan moga-moga Allah sejahterakan penghulu kami, Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat sekeliannya. Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang mulia daripada segala sifat kekurangan. Dan salam keatas sekelian Rasul-rasul dan pujian yang sebenar ialah bagi Allah, Tuhan sekelian alam..
Selamat tinggal 'remaja' ku..
Sudah tiba masanya....
aku melangkah ke alam dewasa..
memikirkan tanggungjawab dan perananku di masa hadapan..
bekerjaya, berperanan dalam masyarakat, memberi khidmat dan bakti..
membuat persediaan ke arah membina rumahtangga islam yang berjaya, bertunjangkan iman, berlandaskan syariat..
tinggalkan segala keseronokan yang sia-sia..
bina jati diri dan prinsip hidup yang sebaiknya..
jadikan diri berani menghadapi ujian dan cabaran hidup
yang sememangnya ada..
bukan jadi si pengecut yang asyik lari dari permasalahan,
akhirnya semakin melarat, makan diri dan akhirnya diri juga yang merana..
aku mahu cepat dewasa..
bantulah aku wahai tuhan dalam melalui jalan pendewasaan ini..
Ianya jalan yang panjang, sukar dan berliku...
Seni-Seni itu Semakin Hilang..
Walaubagaimanapun, dalam kegembiraan itu, masih lagi tak dapat lari dari mendengar berita-berita yang sedikit mendukacitakan..Konflik juga, tetapi konflik rumah tangga. Berlaku kepada seorang saudaraku, agak jauh juga,saudara bau-bau bacang lah kiranya.. Bagaimanalah tergamak seorang mak mertua mengatakan menyesal mengahwinkan anak perempuannya dengan saudaraku ini.. Mana tak kecil hati member nie.. Yang pasti, salah yang utama adalah pada si anak perempuan tadi. Bagaimanalah aib si suami boleh diceritakan pada orang lain..Walaupun pada si ibunya..Tak layak juga aku nak menghukum wanita tadi dengan istilah nusyuz, moga-moga Allah damaikan hati si suami tadi untuk memaafi isteri dan ibu mertuanya..amin..
Wahai gadis-gadis yang belum berkahwin di luar sana.. Ingat formula nie, selagi kamu belum berkahwin, komitmen utama kamu adalah pada ibu ayah,bukan pakwe, bukan bopren. Bila dah kahwin pula, komitmen utama bertukar kepada si suami. Hormat dan taatilah suami kerana bukan suami yang minta untuk ditaati, tapi Allah yang meminta kamu untuk mentaati suami selayaknya, selagi dia benar-benar menjadi seorang suami,iaitu pemimpin atau ketua dan pendidik. Simpanlah aib suami sebaiknya, jadilah isteri mithali, ibu kepada anak-anak yang soleh solehah, penyokong suami, membina rumahtangga yang aman damai, kekal harmoni, berpandukan syariat Islam..
Begitu juga dalam hal-hal yang lain. Sebenarnya banyak seni-seni yang perlu dipelajari dalam kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Di dalam masyarakat misalnya,ada seni-seni yang harus diketahui dalam membina keharmonian dan mendidik diri diri menjadi seorang pemimpin yang berjaya kelak.
Antara yang dapat dikongsikan..
Bila tetamu datang ke rumah, anak-anak lebih selesa menyorok di bilik, atau sekadar buat hal sendiri, menonton televisyen ke..tidak mahu bersama ibu dan ayah duduk melayan mereka, paling tidak sekadar duduk diam dan menjadi pendengar yang baik.Bersalaman dan berada sekejap pun dah kira cukup baik..
Anak-anak gadis sudah hilang malunya, bersosial tanpa mengira adab-adab yang perlu dijaga..Sedangkan kita tahu, gadis Melayu terkenal dengan kesopanannya, lembah lembut dan pemalunya.. Sampaikan kalau dilamar, perkataan setujunya adalah pada tunduk malunya atau senyuman malu-malu kucingnya, bukan jawapan 'saya setuju' atau 'ya,saya hendak!'.. Pernah juga aku dengar hal ini berlaku. Memang tak salah pun, cuma tak ada seni lah.. Tak manis...Berbalik pada budaya bersosial tadi, bersosial-bersosial juga, tapi jangan dikorbankan adab dan perintah agama yer..
Contoh lain, perhubungan lelaki dan perempuan misalnya, tak kisahlah, suami isteri ke, tunang ke, bopren-gepren ke.. wujudnya satu pihak yang sekadar menjadi pacat, pandai menerima, tidak pandai memberi semula..bukan ke tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima..sekurang-kurangnya jadilah lintah ke, paling tidak boleh digunakan dalam perubatan tradisional kita,menghisap darah-darah kotor..Apelah salahnya jika saling bertukar-tukar hadiah ,barulah wujud interaksi positif, dua-dua pihak rasa dihargai. Jadi, terhindar dari prasangka pentingkan diri, istilah pisau cukur dan sebagainya..
Cukup lah beberapa sahaja yang disebutkan..Yang lain,anda sendiri boleh fikirkan sendiri..
Persoalannya:-
Apakah punca hilangnya seni-seni itu?
Wallahuaklam..
Pendidikan...Dulu, kini dan selamanya....
Penampar jepun singgah di pipiku.. tersembur gula-gula 'hantu' dari mulut.. Adess...Berpinar mataku sekejap..Apelah ustazah nie, takkan sebab makan gula-gula dalam kelas pun kena lempang, bisik hatiku.. dah la tak cakap apa-apa, tau-tau je singgah pelempang di pipi..Kan bagus kalau minta aku luahkan gula-gula tu dengan pendekatan yang lebih baik,berbentuk nasihat ke..
Hmmm, kalau difikirkan sekarang, agak geram juga dengan hukuman yang ustazah jatuhkan dahulu.. Ustazah tu sekarang dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Secara jujurnya, aku pernah terfikir untuk menjadi Ustaz, kemudian mengajar di sekolah yang mana anak ustazah tadi belajar. Kemudian menghukum anak ustazah tadi dengan hukuman yang setimpal, tamparan seorang jejaka berdarah muda..hoho..jahatnya aku..nafsu, nafsu.. astagfirullahalazim..
Itulah kisah dilempang oleh ustazahku yang comel, agak berusia dan tak kahwin lagi (pada masa itu, sekarang dah kahwin), a.k.a anak dara lanjut usia(andalusia). Faham-faham lah, orang perempuan kalau dah lanjut usia, tak kahwin lagi, akan kenalah penyakit kurang keyakinan diri, emosi pun selalu tak stabil. Patutlah berdesing telinga ni kena lempang.. Takpelah..lempang pun lempang lah..janji ustazah comel.. hehe..Sebab lempang tu jugaklah aku jadi manusia sekarang..percaya tak?
Kisah di atas cuba kukaitkan dengan sistem pendidikan sekarang. Sekarang ni, nak cubit pelajar pun takut.. apetah lagi nak lempang.. Silap-silap hari bulan mak ayah pelajar tu datang dan lempang balik cikgu tadi.. Situasi ini memang cukup berbeza dengan dahulunya. Kalau dulu aku kena lempang, orang dulu-dulu lagilah hebat ek..kena sepak terajang agaknya..
Tak kisah lah ape pun pendekatan dahulu dan sekarang, paling penting sekali, kita yang muda ni, selaku bakal ibu bapa, pemimpin dan juga pendidik, harus bijak menyesuaikan pendekatan kita dengan zaman.. Kalau sekarang ni, kekerasan bukan lagi satu pendekatan yang betul dalam memberikan didikan. Pendekatan psikologi, secara berhikmah perlu diambil, di samping kita tidak lupa,bahawa tiap sesuatu yang berlaku, tuhan yang aturkan.. Ini yang paling mustahak sekali. Kadang-kadang hidup kita ni terlalu sekular, seolah-olah kita yang mampu menyelesaikan kemelut yang ada. Sedangkan kita tahu, manusia hanya mampu berusaha dan berikhtiar (merancang), yang mengaturkan tuhan juga.. Banyakkan berdoa, InsyaAllah, Allah membantu hambaya yang inginkan kebaikan..Jadi, siapa yang ada kawan meragam ke, adik bermasalah ke, anak murid nakal ke kalau kerja dia cikgu, kenalah rajin berdoa..tapi jangan lupa berusaha(menasihatkan secara berhikmah) juga, kerana usaha itu adalah tuntutan.. Berjaya tak berjaya itu kerja tuhan..
Sekian..sekadar secebis ilmu...wallahuaklam..
P/s- entri ni patutnya aku post waktu sambutan hari guru yang lepas..maaflah atas kelewatan..
LAst Kopek
Tidak bercadang untuk menulis panjang, nak kongsikan lirik lagu kat bawah ni. Semoga dapat dihayati dan difahami sebaiknya..
Hakikat Hari Raya
Di sini TIDAK ada Hari Riang,
Juga TIDAK ada Hari Gembira,
TIDAK ada Hari Merdeka..
Yang ADA hanya Hari Bersyukur,
Menyatakan segala nikmat ALLAH,
Hari mengagih-agihkan nikmat,
Agar semua manusia merasa..
Hari Raya di Akhirat sahaja,
Hari Riang hanya di sana,
Hari Gembira di sana jua,
Hari Merdeka di sana semuanya..
"Diluah mati emak, ditelan mati bapak"
Bila dipendam, sakit dalam..bila diluahkan lain jadinya..
Apalah perasaan anda bila melukai hati seseorang yer.. Kawan anda ke, keluarga ke..Bukan kita mahu atau berniat untuk melukakan.. Tapi itulah dia, lumrah alam.. Salah faham, perselisihan, mesti datang.. takkan ada nya perhubungan tanpa ada ujian.. Ujian tanda tuhan sayang kan kita..
Bak kata orang tua-tua, 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hati manusia' .. Semoga tuhan tabahkan hati aku dan kawan-kawan..
Semoga kemaafan yang dipinta diterima..Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini..
p/s- InsyaAllah, cuba mengelakkan iaNya dari berulang.. Manusia merancang, Allah menentukan..
Semalam dan Hari Ini
Semalam juga, selepas solat Isya' , aku bersalaman dengan orang yang berhampiran. Di sebelah kananku semasa bersolat tadi ialah seorang pak cik lingkungan 60-an yang iras wajahnya saling tak tumpah seperti arwah atok. Semasa bersalaman, pak cik tadi tersenyum padaku; dan aku membalas senyumannya. Tiba-tiba aku sebak seketika, satu perasaan rindu yang agak kuat pada arwah atok menular dalam diri. Entah ape lagi la perasaan aku ketika itu. Biasalah, lelaki mana pandai nak bercerita tentang perasaan-perasaan ni.. Yang aku sedar, sedikit air bergenang dimataku..
Hari ini ( pagi 15 Ramadhan), seorang rakanku pulang semula ke perantauan untuk menyambung pengajiannya. Selamat maju jaya sahabat. Aku akan merinduimu sentiasa.. Semoga ukhwah antara kita kekal selamanya. InsyaALLah..
P/s-
" Ya Allah, andai pernah ada kebaikan yang aku lakukan semata-mata keranamu, kuhadiahkan pahala nya buat arwah atok Hadi bin Yunus. Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama para muttaqin.. Amin.."
1- Jika ada sesiapa yang membaca entri ini, kalau tidak keberatan, hadiahkanlah al-fatihah buat arwah atok saya yer..terima kasih atas kebaikan yang anda lakukan..
2- Tahun ini nak sangat jumpa malam Lailatul Qadar (satu luahan dari hati), ada sesiapa yang tahu amalan apakah yang bagus dilakukan agar direzekikan berjumpa dengan malam istimewa ini..Sila kongsikanlah..Saya mahu tahu juga..
25 Ramadhan 1424 (2003)
Sehinggalah satu malam, M mengalami satu peristiwa yang pelik dalam hidupnya..
Tepat pukul 11 malam, rumah menjadi gelap gelita. Agak berbeza dengan kebiasaan, keluarga M masuk tidur lebih awal pada malam itu. M yang belum mengantuk hanya berbaring di atas katil, tidak mampu memaksa diri untuk melelapkan mata. Dalam kesamaran itu, M bangkit menuju ke bilik air, mengambil wudu' dan berhajat menyambung Terawikh 8 rakaatnya untuk dijadikan 20 rakaat. Di bawah satu bumbung yang lutcahaya, dimana cahaya bulan yang suram menerjah masuk ke dalam rumah, M membentangkan tikar sejadah dan menunaikan hajatnya itu.
Sekitar 12.15 pagi, berlaku beberapa keanehan, cahaya bulan menjadi tersangat terang seolah-olah cahaya itu datangnya dari Si Purnama (Mana ada purnama pada penghujung bulan ya, malam 25 Ramadhan). Seterusnya M mendengar ayam sahut menyahut berkokok, sepertinya satu kumpulan 'koir' ayam sedang mempersembahkan bakat mereka. Suasana yang berubah dalam sekelip mata itu cukup untuk menakutkan si M yang terus melipatkan sejadah, berbaring semula di atas katil, dan terus terlena dengan sedikit ketakutan dan beberapa tanda tanya.
Keesokan paginya, M menjalani ibadah puasa Ramadhannya seperti biasa. Peristiwa pelik semalam tidak langsung diceritakan pada sesiapa..Mungkin kerana tidak mahu digelar "si Penakut" barangkali..
Ramadhan terus berlalu. Syawal pun tiba. Program ziarah menziarahi yang menjadi amalan umat Islam pada lebaran EidulFitri berjalan dengan rancaknya. Keluarga M yang tidak terkecuali, telah diziarahi oleh Mak Cik Maimunah dan keluarga. Rupanya, Mak Cik Maimunah turut membawa seorang jirannya, lelaki 30-an berbangsa BABA NYONYA yang baru memeluk Islam pada penghujung Ramadhan itu. M menggunakan peluang sebaiknya bertanya mengenai peristiwa dan sebab penukaran agama yang berlaku pada diri "Salleh".
Salleh tidak malu atau kekok untuk berkongsi cerita. Katanya, pada malam 25 Ramadhan, sekitar 12 pagi ke atas, beliau pergi ke bilik air rumahnya untuk membuang air, dan membersihkan diri sebelum tidur. Dan SUBHANALLAH, didapati air dalam kolam bilik airnya telah beku menjadi ais yang sangat keras. Rupanya, dogeng yang beliau dengar daripada kawan-kawan sepermainan ketika mereka bersekolah rendah mengenai malam Lailatul Qadar berlaku di depan matanya. Salleh dahulunya memang berkawan rapat dengan kanak-kanak Melayu, malah turut pergi mengaji Al-Quran bersama mereka walaupun belum bergelar muslim. Dan peristiwa itu menjadi satu Hidayah dan pembuka jalan kepada Salleh untuk menerima Islam. ALHAMDULILLAH..
Terkejut mendengar cerita Salleh, M hanya berdiam diri. Dia hanya mampu bersyukur kerana dipertemukan dengan malam istimewa itu, malam yang nilainya sama seperti 1000 bulan. Tetapi sayangnya, dia tidak direzekikan untuk beramal pada malam itu. M tahu, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, semoga M terus berusaha untuk berjumpa dengan Lailatul Qadar lagi..
p/s= Kejarlah lailatulQadar di 10 malam terakhir. Moga direzekikan..
"Reverse order"
entri ini ditulis..
04.00pg
bersahur dengan amannya seorang diri..Peh, macho nyer..
alhamdulillah..
03.40pg
Pulang ke bilik semula. Pinjam Rm10 kawan. Rehat, tarik nafas cukup-cukup.
Berjalan semula ke kolej 12
03.20pg
Sampai depan mesin ATM Bank Islam.
Tertera " maaf, mesin dalam pembaikan"
03.00pg
'kruk kruk kruk'
"aduh! perutku berkoroncong. dewan makan dah tutup pula.pergi cari cafe yang buka lah"
menyalin pakaian tidur. kemudian berjalan kaki menuju ke cafe kolej 12, kolej yang paling hampir dengan kolej kediamanku. Sampai-sampai sahaja, check dompet dahulu, satu petua bijak untuk anda sebelum membeli sesuatu..
Alamak! Astaghfirullahalazim, ada Rm 1 sahaja. Nak beli nasi pun tak cukup.
Mujur kolej 12 ada menyediakan kemudahan mesin ATM
02.00 pg
'man! bangun man! sahur kat dewan makan'
'hmmm,kau pergi sahur dulu lah'
pagi 4 Ramadhan..
Newton 2nd Law
Gear 5!
Patuk Ayam!
Inilah antara istilah-istilah 'famous' yang biasa saya gunakan untuk menyapa mereka yang laju solatnya. Di bilik, kawan-kawan lebih memilih untuk bersembahyang sendiri daripada berjemaah.Kata mereka, lebih mudah dan cepat, dan ada juga memberi alasan tikar sejadah tidak cukup.
Mujur di bilik saya tikar sejadah cukup. Jadi ada alasanlah untuk kami belajar untuk mula bersolat jemaah di bilik. Alhamdulillah.. MasyaAllah, sudah lari tajuk pula.. Baiklah.. Straight to the point, hukum Newton ke dua menyatakan :-
F = ma
dimana
F= Force (daya)
m= mass (jisim)
a= acceleration (pecutan)
Bayangkan anda seorang muslim, diwajibkan untuk bersolat lima waktu. Agak-agak andalah, solat manakah yang perlukan daya, F yang paling banyak? Secara peribadinya, saya katakan solat Subuh. Sebabnya perlu bangun awal pagi dan terpaksa berwudu' dengan air yang sangat sejuk. Maka tak hairanlah ramai yang tinggal solat subuh. Paling tidak pun terlajak subuhnya, 'Subuh Gajah'.
Baiklah, tinggalkan persoalan tadi, sekarang kita cuba cari perbezaan antara solat bersendirian dengan solat berjemaah menggunakan persamaan Newton ke-2. Sebagai contohnya, saya hendak bersolat Zohor. Jika saya solat bersendirian,maka pecutan solat saya adalah :-
a= F/m = (daya yang diperlukan untuk solat Zohor)/(jisim saya)
Sebaliknya, jika saya bersembahyang berjemaah, dan saya menjadi imam, maka saya menggunakan daya yang sama(daya yang diperlukan untuk solat Zohor) tetapi menanggung JISIM YANG LEBIH. Dan logiknya, pecutan solat saya akan berkurangan,begitu juga dengan makmum lain. Maka kualiti sembahyang yang terhasil lebih baik..
Jadi, bagus ke tak bagus sembahyang berjemaah ni? Anda pasti ada jawapannya...
Maka, terselamatlah kita daripada solat 'CEPAT Ekspress', 'Gear 5' dan 'Patuk Ayam' tadi.
p/s-Jap, betul ke? Ada je imam yang sembahyang laju sampai makmum sendiri tak terkejar. Macam mana tu??
Pedoman diri
Pasti diuji,
Tanda tuhan kasihkan kita,
Supaya kita kembali kepadanya,
Bukan menjauhinya.
Teruskan bersabar,
Wahai diri,
Wahai sahabat-sahabatku,
Kita serupa,
Ada masalah yang tersendiri,
Carilah penyelesaian yang terbaik,
Rujuklah sumber yang betul,
Agar tiada permusuhan,
Kedamaian berputik semula..
Ingatlah,
Setiap ujian yang tuhan beri,
Adalah bersesuaian dengan iman kita,
Tiada sebab untuk kita hilang punca,
Kerana kita masih ada DIA,
Bermunajatlah, berceritalah, meluahkan dalam doa,
Kerana doa itu senjata mukmin..
Biarkan tangisanmu menjadi terapi,
menyaksikan satu luahan dari hati,
kepada tuhan yang maha mengetahui..
p/s-
Sahabat,
Selagi nyawa dikandung badan,
Selagi itu kita saling melengkapi,
Kegembiraanmu kegembiraanku,
Juga sebaliknya,
Masalah kita jadi perkongsian,
Supaya mudah diselesaikan..
Tuhan,
bantulah hambamu yang lemah ini..
Kongsikan ISLAM kita
Beliau telah menganut Islam selama 13 tahun selepas mendapat hidayah melalui jalan perkahwinan. Dan pada hari ini, beliau bergiat aktif memperjuangkan, dan membetulkan
persepsi Islam dari pandangan masyarakat bukan Islam.
Dalam syarahannya, beliau menyingkap semula sejarah mengenai Islam yang datang ke Tanah Melayu melalui Kaum Arab, Cina dan India dan hasilnya hingga hari ini kaum manakah yang majoritinya adalah Islam? Adakah kaum ini berkongsi islamnya?
seperti kaum yang membawa islam ke Tanah Melayu.. Saya pasti anda ada jawapannya..
Seterusnya, Bro Shah berkongsi sedikit pengalamannya setelah bergelar seorang muslim. Sesudah mengucapkan syahadah,beliau dapat merasakan satu perasaan yang
bercampur baur ; gembira, terharu, sebak dan sebagainya. Beliau amat bersyukur.
Dalam masa yang sama, beliau tidak menafikan wujudnya satu perasaan yang mungkin boleh dikatakan marah bercampur geram.Beliau marah kerana bukan ' kaum majoritinya Islam ' yang membawa dan memperkenalkan Islam kepadanya, sebaliknya diperkenalkan oleh seorang mualaf berbangsa India.
Kepincangan apakah ini?
" Tuan dan Puan, andai saya mati dalam keadaan kafir pada hari ini, akan saya saman tuan dan puan dihadapan tuhan nanti.. Biar tuan puan saya heret sekali ke
neraka Allah bersama-sama! "
Tegas dan kerasnya suara beliau. Terpancar kekesalan pada wajahnya..
" Namun, bersyukurlah. Saya sekarang sudah Islam. InsyaAllah saya akan mati dalam Islam. Cuma, tuan puan fikirkanlah, ada ramai lagi orang bukan Islam di luar sana seperti saya dahulu "
------ --------- ------
" Apakah hukum berdakwah? "
" wajib! "
bergema dewan motivasi dengan kelantangan suara peserta menjawab persoalan yang diajukan
Bro Shah Kirit, speaker pertama kursus..
" Kalau wajib, kenapa masih lagi meninggalkan? Apakah hukumnya meninggalkan dakwah? "
" Haram, berdosa.. "
Itulah dua persoalan utama yang diajukan kepada kami. Alhamdulillah, kami mempunyai jawapan kepada persoalan yang diajukan, menandakan kami sudah tahu, tetapi masih lagi tidak melakukan dakwah. Memang benar, ber'slogan' mari berdakwah itu lebih mudah dari melakukan dakwah itu sendiri. Ayuh, berhenti dari beralasan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..
Ingatlah..
Berkongsi ISLAM dengan semua orang itu adalah tanggungjawab kami, tanggungjawab kamu, kamu dan kamu juga. Jadi..
katakanlah Dakwah itu tanggungjawab SAYA!..
" Dakwah itu tanggungjawab siapa?? "
" Tanggungjawab saya! "
bagus, Alhamdulillah..
p/s- sesi pertama kursus seminar antara agama (8-9 Ogos 2009) anjuran PERKIM UKM dan Islamic Information & Services (ISS)
Kuda tua
Maka, pembaca yang budiman, sila tafsirkan gambar ini sendiri..

kenapa??
perlu juga penerangan dari saya?
Baiklah..ceritanya begini, Itu 'kuda' tunggangan saya, namanya SA.
SA dan saya sebaya kerana kami lahir pada tahun yang sama, 1988.
Kehadiran SA dalam hidup saya cukup memberi impak yang besar,
sangat memudahkan saya dalam pelbagai urusan.
SA hanya bernilai 6K sewaktu di ambil dari sebuah kedai di Melaka 2 tahun yang lalu.
Cukup murahkan!! Sebab itu SA mampu dibeli dengan tunai.
"Membeli dengan tunai!! "
Inilah fokus utama saya. Saya yakin para pembaca tahu apa itu RIBA' dan sudah sedia
maklum akan kewujudan kaedah jual beli secara riba' ini yang 'totally' bertentangan dengan
apa yang digariskan oleh agama kita. Lewat ini, kebanyakan orang Islam lebih memilih untuk bergelumang dalam sistem jual beli tersebut.
Kerana, saya akui juga akan perubahan zaman dan
keterpaksaan ramai orang kita membeli, mempunyai atau memiliki kereta dengan cara
pembelian riba' ini. Khususnya mereka yang sukakan kemewahan, pastinya kaedah tersebut menjadi pilihan.
Cuma, nasihat saya, selagi mampu di elakkan, berusahalah.. Sekarang sudah ada kaedah pembelian yang diperkenalkan oleh Bank Islam. Mungkin harga kereta jadi sedikit lebih mahal. Jadi, tepuk dada tanya iman.Atau jika boleh, meminjamlah dari 'bank keluarga'. Esok lusa bayar semula. Pinjam dari AH-LOng jangan yer!!
Alhamdulillah, mungkin sesuatu yang baik untuk dikongsikan,SA dan 7 adik beradik angkatnya di rumah semuanya dibeli secara tunai. InsyaALLah, jika kebaikan yang kita cari, pasti ALLAH permudahkan..
Kini..
Setelah lebih setahun menggunakan, saya tahu yang saya semakin sayangkan SA.
p/s- Dah ada satu saman speed trap SA buat. Apelah SA nie, itulah,tak patuhi had laju lagi..
Gelora hatiku
suka diam membisu
kerana tidak pandai berbicara
sering juga menjadi mangsa keadaan
pernah terjadi orang lain melakukan kesalahan,
aku pula yang dipersalahkan
teruknya aku dahulu..
namun..
konsep sabar & redha lebih praktikal pada masa itu
kini aku..
sudah berani membela diri
bijak mempertahankan hak yang tak sudah
pandai membidas, petah berhujah
cepat marah, kurang sabar
asalnya..
aku gembira dengan perubahan itu
namun semua itu tidak bererti lagi
apabila suburnya sifat mazmumah dalam diri
marah itu kan satu mazmumah
........ ........... ........
aku mahu jadi seorang yang pendiam,
tetapi berprinsip teguh
bukan seorang yang rajin berbicara
tetapi tidak berprinsip
sepertimana diriku sekarang..
aku rela menjadi gila
daripada kekal waras
jika kewarasan itu tidak menghalangku
daripada melakukan yang dimurkai sang pencipta
........ ........... ........
aku sering bertanya
patutkah aku terus kekal hanyut bersama kebanyakan remaja sekarang?
mereka leka dengan keseronokan dan kelalaian
sedangkan kita tahu, kitalah pemimpin di masa hadapan
setidaknya pemimpin diri sendiri..
patutnya lengkapkan ilmu di dada dari sekarang..
nak belajar ilmu perkahwinan di usia sekarang pun boleh
takkan dah dekat nak kahwin baru nak cari ilmu..
Bodohnya orang kita, semua benda nak last minute..
Patutlah tak kekal harmoni rumah tangga..
Ilmu tak cukup (khususnya ilmu agama)
Pernah kutemui kelompok yang malu berbicara tentang agama..
mungkin tanggapannya agama itu mengkolotkan fikiran
patutlah dia tidak malu membicarakan kemaksiatan..
kerana kemaksiatan itu kemodenan..
"rilek la..usia masih muda.. 50-50, dunia mahu,akhirat pun mahu jua"
bisikan syaitan sampai ke hati..
"aah, masih muda remaja lagi aku. esok dah tua taubatlah"
hey!! sempat ke?? buatnya mati muda.. Mati accident ke..
itu belum lagi diajak pergi menambah ilmu agama
kolotkah golongan yang cintakan agamanya??
kan ISLAM itu CARA HIDUP
'jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini'
'beramallah seolah-olah kamu akan mati esok hari, berkerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi'
slogan hanya tinggal slogan
'Ya Allah, kami hambamu inginkan kebaikan.. Bantulah kami, tunjukkan kami jalan yang lurus sebagaimana jalan para rasul dan para nabi..Berilah hidayah dan petunjukmu selalu. Moga kami terselamat dari kerosakan dan terselamat dari merosakkan orang lain'
p/s-sarat,serabut,berat,bercampur baur.. maaf, entri random..
Pelbagai.. Coret-coret perkongsian
Semalam, surat tunjuk sebab dah dihantar ke pejabat tersebut oleh seorang rakanku, dan dipendekkan cerita, ada pula kakitangan pejabat yang mengatakan cara yang kami lakukan tidak betul dan diminta menyertai seminar yang lain pada minggu berikutnya (wah!! banyak cantik! kau suruh kami buat surat, kemudian cakap cara kami tak betul pulak?).
Mujur hari ini, aku sedikit bertegas dan Alhamdulillah, rundinganku dengan kakitangan yang berkenaan berhasil dan kami tidak perlu menghadiri sesi yang lain. Aku puji juga la cara kakitangan tu berunding, lembut, profesional dan penuh hikmah. Aku ni yang agak kasar sebenarnya(mungkin tegas kut).
Sebenarnya, aku sedikit kecewa juga, kerana kepelbagaian 'mazhab' yang berlaku. Sesetengah keputusan yang dibuat oleh individu tertentu (bukan pihak tertentu) cukup memberi tekanan kepada kami kerana ianya bersifat berat sebelah dan dibuat tanpa memikirkan keadaan pihak yang lain. Begitu juga yang berlaku dalam satu perkara yang lain. Mungkin pelajar UM sendiri faham apa yang aku maksudkan. Bagaimanapun, cara kita menghadapi situasi berkenaan yang sebenarnya patut diutamakan. Aku masih berpegang kuat pada bait mutiara dari mulut ibuku ini.
"Sesuatu masalah yang datang mesti ada jalan penyelesaiannya. Selesaikan dengan hikmah. Jika melibatkan dua pihak, cari titik pertemuan antara kedua-dua pihak. Jangan biarkan masalah yang kecil menghancurkan talian persaudaraan yang lebih besar nilainya. Begitulah esok yang perlu di aplikasikan dalam rumah tangga. Ingat! hidup di dunia ini bukan untuk mencari musuh, tetapi mencari taulan"
Bernasnya pandangan 'orang lama', kan mereka lebih awal makan garam daripada kita.
Sememangnya pada semester ini, banyak perkara perlu dibuat dan disiapkan dalam tempoh yang singkat. Sibuk! tekanan! Dan menjadi sebab diri ini belajar untuk menghargai nikmat masa yang ada. Cuba lihat gambar di bawah, senyuman pun hilang (muka ketat). Masalah dunia..hehe
Latihan industri yang bakal dijalani ini mudah-mudahan memberi banyak pendedahan kepada bidang yang kami ceburi, malah memberi ruang untuk kami berkomunikasi dan bercampur dengan golongan-golongan pesakit darah tinggi disebabkan awalnya mereka makan garam dari kami.
APA-APApun, kena fokus dulu dengan semester ini; kami disajikan dengan subjek-subjek teras bidang Mekanikal. Juga projek Capstone, iaitu satu projek inovasi yang kami perlu hasilkan. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusanku dan kawan-kawan pada semester ini. Amin.
p/s-Tamat satu luahan pesakit jiwa..
Kejohanan
Kelebihan ini kugunakan sebaik mungkin dalam menghalang kelincahan penyerang lawan. Satu kekasaran sengaja ku adakan bagi mengelakkan berlakunya kebocoran gawang dalam keadaan ketidaksempurnaanku. Maklumlah, 'kaki gajah' ku tidak sekuat dahulu lagi.
" Main macam F**K! ", pantas sekali dia menghukum tindakan aku.
" Mulut tu jaga yer! Dah lama ke duduk sini ", darah mudaku mula meluap.
Sejurus kemudian, aku dikeluarkan dan digantikan oleh rakan sepasukanku. Risau juga mereka andai ada tindakan susulan daripadaku yang bakal mengundang padah. Terus aku meninggalkan bangku simpanan dan duduk di luar jaring gelanggang.
Mood hilang...
Itulah sedikit dari kisah semi finalku. Kami menang dengan jaringan 4-1.
Final, kami merangkul naib johan dengan kekalahan 1-0 akibat panalti yang tidak diundang. Syukur AlhamduliLLah
p/s- Kita marah orang mengherdik kita kan.. Sedangkan sebelum ni dah ramai orang jadi mangsa herdikan kita.. Muhasabah semula.. Ampunkan kesilapan dan kesalahan di atas kelemahanku wahai tuhan..
MonoLog Sempoi
aku batuk (bukan H1N1)
Buku lali sebelah kanan bengkak (kaki gajah)
Seliuh main futsal semalam.. *adess*
Bahu kanan dislocated lagi semalam bila instant movement dilakukan
*Dieorang lah nie suruh aku jadi keeper*
Eh! kejap! kenapa pula cerita semua nie kat aku??
Saja..
Nak bagitau kau..
Manusia memang lemah
Jadi, Jangan sombong!!!
p/s- hari esok(sabtu) jadi bidan terjun; ganti seseorang untuk main dalam kosmo game.. hmm,bengkak2 kaki pun nak main lagi.. moga dipermudahkan..
Nasihat abang
setiap rezeki yang kamu perolehi telah ditetapkan.. itulah yang terbaik..
Jangan sekali kamu takut akan kesusahan, kehilangan dan kejatuhan..
Dan jangan juga hasad dengan kelebihan yang ada pada orang lain..
Kerana DIA adil dalam memberi nikmat kepada hamba-hambanya..
Bersandarlah dengan tuhanmu.. Meminta tolonglah kepadanya..
DIA suka mendengar hambanya meminta-minta.. Juga mengkabulkan..
Adikku,bersederhanalah dalam kehidupan..Buangkan kemewahan yang ada
jika ia, membawa kepada pembaziran, kelekaan, dan menyemai mazmumah..
Wahai adikku, ketahuilah juga, dunia ini penuh pancaroba..
Manusia leka mengejar dunia.. Akhirat tergadai begitu sahaja..
Kejarlah keduanya..Biar kamu maju dunia, maju akhirat lebih-lebih lagi "
" Terima kasih abang, akan ku usahakan..InsyaALLAh! ", detik hati kecilku..
hidup bukan untuk bersenang lenang..
seringkali dihimpit ujian dan cabaran..
dapat ditempuh dengan baik, Alhamdulillah..
yang tidak baik, post mortem perlu dilakukan..
kelalaian yang sudah sebati dengan diri,
menjadikan terus khayal dengan dunia,
lupa akan kematian, kubur dan akhirat..
Masa..
bukan semakin panjang..
tetapi semakin singkat..
Kerana ia terus berlalu..
tidak berhenti..
peluang yang tuhan beri..
gunalah sebaiknya..
agar tidak menyesal kemudian hari..
Orang tua
Wanita tadi lantas bersedih. Lalu Rasulullah menyatakan sebenarnya memang wanita tua tidak akan masuk syurga dalam ketuaannya. Tidak ada seorang pun yang akan masuk ke dalam syurga melainkan apabila ia telah dimudakan semula.
Wanita tua tadi lantas gembira dengan keterangan Baginda SAW.
Nabi SAW bergurau dalam keadaan penuh berhikmah. Gurauan Baginda juga bukan perkara kosong dan sia-sia, malahan ia menjadi suatu basyirah atau berita gembira walaupun penyampaiannya dalam bentuk gurauan.
p/s- Rindunya aku pada atok nenek.. sayangnya mereka padaku tak pernah berkurang walau makin dimamah usia.. Ya Allah tempatkanlah mereka di kalangan kekasih-kekasihmu dan kurniakan mereka darjat yang tinggi di sisimu.. Semoga ditempatkan mereka di dalam syurga bersama-sama para muttaqin..amin..
Hikayat hawa =>
kereta dia accident tengah hari tadi,bergesel dengan kereta lain..
calar dan bengkok sikit la..
dia pinjamkan kereta tu kat 'makwe'nya..
katanya, berlaku kerana kesilapan makwe dia..
lambat bagi signal dan tukar lorong serta merta..
then... sreeeeettttttttt....
bergesel..
kereta lain tu calar sikit je..
nasib baik kereta tu terus pergi macam tu je..
Komen ak..
"ape nak buat,benda dah nak jadi"
Celah kawan aku..
dia setuju dengan aku..
bukan accident tu yang dia kisahkan..
cuma dia terkilan makwe dia tak minta maaf pun..
setelah ditanya, baru la nak mintak maaf..
Hmm,orang bercinta nie memang sensitif yer..
Apa nak buat,sabarlah kawanku..
Nanti tegur makwe tu baik-baik yer..
Biasalah, orang perempuan..
p/s-
Aku tak nafikan, pemandu perempuan memang BERBAHAYA..
tapi bukan semua la..
kaum perempuan, jangan marah ar..hehe
p/s 2- sempena peristiwa bersejarah ini, sedikit coretan..
ISraK miKraj-->memperingati semula peristiwa yang telah menguji iman para sahabat; ada yang berjaya dan ada yang gagal. Hanya mereka yang direzekikan sahaja yang diberi keyakinan seperti Abu Bakar yang begitu tinggi keyakinannya..Mujur kita tak dilahirkan pada zaman itu, entah-entah kerana peristiwa ini, kita sendiri tersaring dan menjadi penentang kepada nabi.. nauzubillah..semoga kita diberi keyakinan seperti Abu Bakar dan dikurniakan tuhan rasa cinta yang mendalam kepada Muhammad Al-amin..InsyaAllah
Di manakah manusia itu sebelum ia dilahirkan??
Untuk apa pula manusia dimatikan??
Tepat jawapannya, maka tepatlah matlamat hidup yang dipilihnya..
Salah jawapannya, salahlah matlamat hidup yang ditujunya..
ha alif ta ya-ha alif ta ya
kereta jela remuk..orangnya selamat..
alhamdulillah..
hati-hatilah yer..muak juga cakap benda yang sama..
DUA sifir jalan raya..sama ada
1-kita langgar orang
atau
2-orang langgar kita
jadi..
sebelum keluar rumah,amalkanlah baca doa
1-Subhanallazi sakhorolana hazha wama kunnalahu mukrinina wainna ila rabbina lamungkolibun..
(Maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah,kami akan kembali)
dan
2-Bismillahi tawakkaltu ’alalloohi laa haula walaa quwwata illa billah..
(Dengan menyebut Allah, aku menyerahkan diriku pada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan selain dengan Allah saja)Sunah berjuang
menanggung derita menungkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid memburu syahid
dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi ALLAH dan rasulnya
berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang, tegar silih berganti
inilah sunah ORANG BERJUANG
malamnya bagai rahib perintis sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat meluah tenaga
berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih
berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerana kebenaran
antara 2 pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang
Dunia laksana anak gadis
"Sesungguhnya dunia adalah manis menghijau (senang hati melihatnya). Bahawasanya ALLAH memilih kamu untuk menguasainya, maka DIA sentiasa memerhatikan apa yang kamu lakukan"(riwayat Muslim)
Dalam keadaan demikian, Allah mahu manusia menguruskan dan mentadbir dunia dengan adil dan jujur. Tanpa khianat dan tanpa kepentingan apa-apa selain kerana ALLAh semata-mata. Ertinya ALLAh mahu manusia diuji, siapa yang dapat mengalahkan nafsunya daripada terpesona dengan dunia, untuk mengikut kehendak-kehendak ALLAh SWT. Inilah ujian iman dan taqwa. Siapa yang kuat iman dan taqwanya dapatlah ia mengutamakan ALLAH dari nafsunya. Sebaliknya siapa yang lemah iman dan tiada taqwa nescaya dia tidak dapat lepas daripada kongkongan nafsunya. Nescaya ia akan khianat dan merangkul dunia hanya untuk dirinya.
Perbandingan dunia ini umpama anak gadis yang cantik. Setiap mata tertarik dan hati ingin menawan dan memilikinya. Kemudian si gadis diserah oleh penjaganya kepada kita untuk dipelihara. Agar diselamatkan daripada godaan atau gangguan orang luar. Supaya anak gadis hidup dalam keadaan terkawal, selamat dan berbahagia.Urusan ini tidaklah susah sekiranya hati kita tidak inginkan si gadis.Tetapi disebabkan kita sendiri mempunyai keinginan yang kuat untuk memilikinya, maka hal ini menjadi satu ujian besar buat kita. Bukan susah untuk menjaga agar tiada orang lain 'potong line', tetapi yang lebih susah lagi ialah bagaimana hendak menjaga diri supaya jujur dan adil serta tidak khianat terhadap gadis itu. Supaya si gadis selamat daripada kerosakan yang kita sendiri lakukan sedangkan kita sendiri yang diamanahkan untuk menjaganya.
Biasanya yang paling baik dapat kita buat ialah kita pinang si gadis untuk diri kita. Maknanya kita dapat memilikinya secara suci dan terhormat. Tetapi umumnya yang berlaku ialah, 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Sebelum orang lain merosakkan si gadis, kita sendiri yang telah melakukan dengan cara yang sungguh memalukan.
Demikianlah halnya kita dengan dunia ini. ALLAH SWT mengamanahkan kepada kita sesuatu yang sangat kita cintai. Harta, pangkat,wang,rumah besar,kesihatan,kepandaian,kemudahan hidup dan serba-serbi lagi. ALLAH mahu kita tadbir dunia ini mengikut hukum ALLAH,dan menggunakan dunia untuk kepentingan agama ALLAH dan untuk keselamatan di akhirat, tanpa mengabaikan keperluan duniawi itu sendiri.Tetapi nafsu kita mahu agar segala amanah itu menjadi milik peribadi dan untuk keseronokan duniawi. Maka bertembunglah dua kemahuan dalam diri setiap individu. Dan hasilnya, hampir semua orang tewas kepada nafsu. Kehendak nafsu diikuti, sehingga kehendak dan amanah ALLAH dikhianati. Masing-masing membolot dunia untuk perut dan isi poket sendiri. Apabila kecintaan pada dunia diperturutkan semahu-mahunya, maka terjadilah perebutan,gaduh,krisis,peperangan,penindasan, penipuan dan lain-lain lagi. Maka dunia tidak aman lagi dan kerosakan demi kerosakan terus berlaku.
Inilah maksud firman ALLAH:
" Telah berlaku kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan perbuatan tangan manusia,supaya ALLAH merasakan kepada mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) " ( Ar-Rum:41 )
Wahai manusia, ketahuilah dunia ini sementara, Akhirat itu kekal abadi. MAka jadikanlah hidup didunia untuk mencari keredhaan ILAHI. Yakni bukan untuk mengumpul dunia dan berbangga-bangga dengannya. Firman ALLAH yang bermaksud:-
" Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah AKU" ( Az Zaariyat:56 )
Sama-samalah kita muhasabah diri, berusaha untuk menjadi manusia yang mentadbir dunia@anak gadis dengan amanah, moga ia menjadi faktor keselamatan kita di akhirat kelak. InsyaALLAH.
Madah-sifat terpuji
Apabila kasih sayang itu lahir dari iman,
ia akan kekal,
Apabila kasih sayang itu kerana keduniaan,
ia tidak akan kekal,
boleh jadi ia disudahi dengan permusuhan.
2
Di antara sifat orang mukmin itu,
bersyukur dengan nikmat,
memadai apa yang ada,
sabar dengan penderitaan,
redha dengan ketentuan,
menderita dengan dosa.
3
Lupakan nikmat dunia yang sudah luput,
Jangan susah hati dengan nikmat yg belum ada,
gunakan nikmat dunia di tangan anda untuk kebajikan,
agar hati tenang.
4
Kaya hati lebih baik daripada kaya harta,
kerana kaya hati membawa ketenangan,
kaya harta membawa keresahan,
cuma ia memberi kemudahan hidup.
5
Bersedekah dengan senyum lebih baik,
daripada bersedekah dengan harta,
kerana bersedekah dengan senyum,
manusia tidak merasa terhutang budi,
juga tidak terhina.
6
Orang mukmin tidak terlonjak-lonjak dengan nikmat,
tidak menderita jiwanya dengan kesusahan,
tidak hilang pertimbangannya dengan lawan,
sentiasa senang,tenang dan dalam kebenaran.
7
Lupakan saja amal bakti kita kepada tuhan,
dan budi baik kita pada manusia,
kerana semuanya itu kepunyaan ALLAH,
yang hanya disalurkan kepada kita.
Tugas kita, SYUKURlah kepada ALLAH banyak-banyak,
kerana rahmat dan nikmat itu disalurkan pada kita.
8
Bersyukurlah kepada Allah atas kebaikan yang diberiNYA,
bersedihlah dengan dosa,
bertenanglah dengan kesusahan,
dan ingatlah ALLAH setiap masa
9
Pandanglah sambil berfikir,
ia akan menghasilkan pengajaran,
hubungkanlah hati dengan ALLAH,
nescaya ia jadi teguh.
10
Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air,
tapi lembah yang rendah boleh menakung air,
Ia membawa erti orang yang meninggi diri
tidak boleh mengambil hati orang lain.
sebaliknya orang merendah diri
dapat memikat hati orang.
11
Di antara tranda orang bertaqwa itu ialah
orang yang cinta padanya, cinta sangat,
manakala orang yang benci padanya,benci sangat.
Dan ujiannya pun banyak sangat.
12
Merintihlah atas dosa,
kerana itu lebih baik daripada
bertasbih kepada ALLAH.
13
Hormatilah orang tua,
Kasihanilah kanak-kanak,
bersimpatilah kepada binatang,
banyakkan memberi maaf kepada isteri,
bertolak ansurlah pada perkara-perkara yang dibenarkan,
merendah dirilah dalam pergaulan,
kerana ini semua,
di antara sifat-sifat orang mukmin.
14
Di antara cara-cara menghubungkan dan membaiki hati
dengan seseorang itu ialah,
pujilah ia selalu di belakangnya,
berilah hadiah kepadanya,
ziarahlah selalu ke rumahnya,
berilah salam apabila bertemu dengannya,
dan doakan ia.
15
Baik sangka dan tawakal kepada ALLAH
menenangkan jiwa,
berakhlak luhur disenangi oleh ALLAH dan manusia,
mengikut nafsu menjadikan fikiran tidak menentu,
jiwa menderita selalu.
16
Di antara syarat-syarat untuk menjadi orang yang bertaqwa:
yakin,ada ilmu dan beramal dengannya,istiqamah beramal,
mujahadah dengan nafsu, ada mursyid yang memimpin
sekalipun ia seorang yang alim, dan berdoa kepada Allah
minta hidayah dan taufiq-NYA
17
Bersegeralah membuat kebaikan,
tapi bukan dengan gopoh-gapah,
jauhilah kejahatan,
tapi bukan membiarkannya,
dan bersabarlah dengan ujian,
tapi bukan pula pasif (beku).
18
Apabila hidayah dan taufiq
diperolehi oleh seseorang,
akan tepatlah semua tindakannya.
19
Apabila terasa diAwasi oleh tuhan,
merasa berdosa setiap waktu,
jiwa menderita dengan dosa,
rasa syukur dengan nikmat-NYA,
rasa kurang beramal,
rasa hina diri dengan tuhan,
itulah tandanya kita memiliki sifat HAMBA..
Malam Jumaat itu..
NEW TEXT DOCUMENT- NOTEPAD
Jari-jemariku mula mejalankan tugasnya..
KAWAN BAIK
Di bangku persekolahan lagi,aku sudah memiliki kawan baik.
Dahulunya,sewaktu darjah 1, begitu intimnya dengan seorang rakan kelasku; Berkulit hitam manis, petah berkata-kata, Shahrul namanya. Kami sering bermain dan belajar bersama.
'Ummi'ku, guru Sains darjah Lima juga menyedari kebahagian yang aku miliki ketika itu; kebahagian memiliki seorang KAWAN BAIK. Sering juga aku menceritakan perihal Shahrul kepada Ummi. Namun,kesibukan Ummi sebagai seorang guru memberi sedikit kesan.
Respon Ummi, "Asik-asik Shahrul, asik-asik Shahrul, dah la, tak payah lagi kawan dengan dia"
Mungkin Ummi terlalu muak mendengar 'Shahrul! Shahrul! Shahrul!' dari bibirku. Aku faham Ummi tidak bermaksud untuk berkata begitu. Kesannya selepas itu, aku memberitahu Shahrul tentang 'ketidakrestuan' ibuku terhadap perhubungan suci kami. Darjah dua, shahrul pergi meninggalkanku kerna berpindah sekolah. Maka tamatlah episod 'my first KAWAN BAIK'
kawan baik silih berganti..
Selepas Shahrul pergi, aku tidak mempunyai kawan baik. Satu tempoh yang agak lama. Sehinggalah aku menjejakkan kaki di sekolah menengah. Sek.Men.Sains Muzaffar Syah Melaka.
Sepanjang pengajian di sana, aku mendapat seseorang yang dapat menjadi pengganti Shahrul. Cukuplah aku menggelarnya Z, seorang yang periang, ceria, dan peramah. Antara faktor aku rapat dengan Z kerana cara berfikir kami yang sama. Minat tidak sama, die sukakan badminton, aku dengan dunia bola sepakku. Pernah sekali aku, Z dan 3 orang kawan lain mandi kolam takungan hujan bersama-sama. Waktu itu aku di tingkatan 3.Malangnya, perbuatan kami dapat dihidu oleh BUDAK LESEN. Beberapa nama telah dipanggil, dan aku orang terakhir dipanggil.Berkumpullah kami dalam sebuah bilik. Aku bersyukur kerana Z tidak berada dalam bilik itu.
Apabila aku diminta untuk 'memetik' nama-nama 'suspek' yang tercicir, lantas perkataan ' tiada ' meluncur keluar dari bibirku. Mungkin itu satu usahaku untuk menyelamatkan Z, KAWAN BAIKku. Kami dipersalahkan kerana mandi sebelum mereka(budak lesen) mandi di kolam itu. Ibarat rakyat yang terlebih dahulu sebelum raja mencemar duli. Dan hadiahnya, pukulan bertubi-tubi di badan dan diakhiri dengan satu penumbuk kasih sayang di perut yang membuatkan aku berguling kesenakkan seketika. Alhamdulillah, ketika kami sedang dipukul, Z sedang nyenyak tidur di katilnya. Syukur pada tuhan.
Tak berniat nak tulis panjang,mata mula kuyu,mengantuk menguasai diri. Cukuplah 2 sahaja. Dipendekkan cerita. Kini..
Z menyambung pengajiannya di UPNM dalam bidang kejuruteraan elektrik. Maka sekali lagi perpisahan berlaku. Kekangan-kekangan masa juga kesibukanmenjadikan kami semakin JAUH, JAUH dan JAUH. Selamat tinggal Shahrul, Z, moga kamu berjaya dalam bidang yang diceburi.
InsyaALLAH, selepas ini, dapat KAWAN BAIk yang kekal pula..AMin..
T.a.M.a.T....
Tanpa disedari, air mata mengalir di pipiku apabila membaca kembali apa yang telah dituliskan di atas. SEDIHkah? Yang peliknya, mulut ternganga luas beberapa kali ketika membaca semula entri di atas. Oh, air mata mengantuk rupanya. Selamat malam dunia..2.30 pg..
BISMIKALLAH HUMMA AHYA WA AMUT......
Jangan mudah JEmu-kisah teladan
Pemuda tadi ada menceritakan hal ini kepada kawannya.
' Kalau begitulah hajatmu ditolak, mengapa kau terus meminta?', respon kawannya.
' Hanya dialah tuhan yang esa, kemana lagikah harus ku pinta?' , ujar beliau
Masa terus berlalu. Selama 30 tahun beliau mengalami perkara yang sama. Selepas 30 tahun, pemuda tadi direzekikan untuk mengerjakan haji. Semasa berwukuf di padang arafah, beliau berdoa lagi. Dan kali ini doanya dimakbulkan tuhan. Lantas beliau berbisik,
' Mengapa sekian lama aku meminta baru kali ini kau makbulkan wahai tuhanku '
Lalu terdengar lagi suara dari langit mengatakan sesungguhnya Allah suka mendengar suaranya memintakan hajat yang sama berulang-ulang kali.
p/s-
1
Suara itu adalah suara malaikat yea.Jangan sekali-kali menyatakan itu suara tuhan. Ingat tuhan tidak menyerupai hambanya yang lemah. Dia maha berkata dan berkata NYA tidak seperti kata, tidak bersuara,tidak berlafaz, tidak berhuruf..Sama-sama kita pelihara akidah kita..
2
Allah pasti memakbulkan hajat hambanya. Janganlah sekali-kali JEMU meminta. Allah berfirman ” ud'uuni istajib lakum ” yang bermaksud ” mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan “
Madah buatmu Wanita
Bunga selalunya cantik tapi mudah layu.
Tunggul kayu tidak menarik,tapi tahan lama.
Begitulah kebaikan,
selalunya tidak dapat berterusan,
tetapi kejahatan itu selalunya berlarutan.
2
Seseorang wanita yang sudah berumur,
tapi belum bersuami,
akan dapat sakit hina diri (inferiority complex).
3
Di dunia hari ini hakikatnya wanitalah ketua negara,
para menteri,pegawai dan pemerintah.
Mereka menggunakan kuasa dan jawatan suami
untuk salurkan cita-cita mereka.
Ibarat wayang kulit,isteri jadi dalang.
Suami adalah patung-patung wayang kulit
yang digerakkan oleh dalang.
4
Pandangan mata seorang wanita,
lebih tajam dari dan merbahaya,
daripada tembusan panah yang berbisa.
Oleh itu awaslah agar jangan kita kena panahan matanya.
5
Manusia yang selalu berubah ialah kaum wanita.
Sebab jiwanya lemah, fikirannya cetek.
sebab itulah sikapnya selalu mengecewakan kita.
Kecuali perempuan yang beriman.
6
Sebab perempuan,
negara boleh jatuh ke tangan musuh,
bangsa boleh terhina,
raja-raja lupa dan lalai,
negarawan-negarawan rosak,
ahli-ahli perniagaan selalu menipu,
pasukan keselamatan khianat,
pemuda-pemuda khayal.
7
Jarang berhimpun pada seseorang wanita itu
sifat-sifat cantik, cerdik, berani, setia, dan terdidik.
8
Keindahan beristeri itu akan terasa selalu kalau ia
ditinggal-tinggalkan. Sebab kasih akan berbunga kembali.
9
Cerewet seorang isteri itu boleh mempercepatkan
kepala suaminya beruban
10
Antara watak wanita itu ialah,
menangis, simpati, merajuk,
mudah lupa kebaikan orang,menunjuk-nunjuk,
sabar, pemurah,
mudah hilang pertimbangan,
pemalu, penakut,
dan suka kepada pakaian lebih dari suka
kepada makan dan minum.
Petikan dari:-
'REnuNgan Untuk Mengubah SikAP'
Ustaz Ashaari Muhammad
Penekanan!
A:Mat, jom solat sama-sama
B:jalan dulu..ak sembahyang la nanti
ganjaran-ganjaran yang biasa disebut
A:Mat, ko boleh dapat 27 kali ganda ganjaran pahala berbanding solat sorang2 weh
B:Owh yeke..hmmm
Begitulah situasi yang kerap berlaku. Juga fadilat-fadilat solat yang sering diperkatakan.Namun,solat bersendirian tetap menjadi pilihan hati. Mudah-mudahan,entri ini dapat membuka fikiran kita semua.
Ketahuilah..
'maka neraka wil bagi mereka yang lalai dalam solat mereka (surah al-ma'uun,5-6)'
Satu neraka untuk mereka yang lalai dalam solat. Kalau lalai dah dapat neraka,tak sembahyang lagi la kan..Maka,hendak ditekankan disini akan kepentingan khusyuk dalam solat. Seorang ulama' menafsirkan akan selemah-lemah khusyuk itu dengan mengikuti(memahami,menteliti) maksud bacaan.Namun,itu juga sukar buat kita kan..
Jadi..
Kenapa mesti solat berjemaah?
'Sesungguhnya,berjemaah itu rahmat,berpecah itu azab'
Dengan berjemaah,akan turun rahmat tuhan. Kita sedia maklum,sunnah terbesar nabi kan berjemaah. Maka, dengan terlaksananya solat berjemaah,semoga dengan rahmat tuhan tadi,solat kita yang macam kain buruk(yang tak khusyuk) itu tuhan terima..amin..
p/s-
1- Siapa yang yakin solat dia tuhan terima? bererti dia yakin yang solat dia khusyuk. Kalau ada,baik muhasabah diri semula. Jangan sampai kita cakap kita dah sembahyang,tapi tuhan kata kita tak sembahyang sebab sembahyang kita tak diterima.
2- Solat berjemaah nie,kalau buat teratur,akan nampak kekuatan orang islam. Saf kena rapat,lurus,malah gerakan mesti la teratur. Kalau apa yang aku belajar dulu,lepas dengar sebutan 'bar' (daripada kalimah allahuakbar),barulah sama-sama lakukan gerakan,baru cantik dan teratur gerakan kita..sedangkan tarian orang boleh buat teratur,inikan solat kita..betul kan..
persediaan
Dan....
Akhir-akhir ini,atok sering mengadu lemah-lemah badan. Kakinya tidak lagi sekuat dahulu. Dia lebih banyak berbaring dan tidur di katilnya.Untuk melakukan kerja-kerja seperti dahulu, jauh sekali.Kalau dahulu, dia begitu tegap,masih lagi memotong getah walaupun sudah berusia 84 tahun.
Namun...
Kemalangan itu mengubah segala-galanya. Itulah takdir tuhan. Mujur atok panjang umur. Kini, tugasnya menjadi tugas ku(kecuali potong getah). Inilah peluangku membalas jasa atok menjagaku sewaktu kecil.
Kadang-kadang...
Di ajaknya aku keluar ke kedai untuk menikmati secawan teh tarik.
Sekali-sekala...
Kami ke kebun yang sudah lama ditinggalkan. Terpamer kekesalan di wajah atok melihat rumput yang tumbuh dengan banyaknya.Apekan daya,diri sudah tidak mampu lagi.
Persediaan??
Begitulah lumrah alam, yang indah akan musnah, yang mekar akan layu, yang hidup pasti mati..
Yang pasti...
Akan kupenuhi segala permintaan atok.Mana tahu, itu permintaan terakhirnya kan..
P/s- Kita yang muda ni pun boleh pergi bila-bila masa. Bersedialah. SeImbangkan dunia dan akhirat kita. Moga berjaya dunia akhirat..amin..
Ashobru junnatun
Nailah Al-Farafishah-Cinta Seorang Isteri
Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.
Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.
Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.
Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.
Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.
Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah mengahntar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.
Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.
Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggarperjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".
Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?". Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".
Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nialah banyak mengubah sajah dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.
( di ambil dari http://hantaranhati.blogspot.com/ ..terima kasih)
saiyidul ayyam-->Khutbah
Berikut adalah perkara-perkara yang disampaikan..
-> sembahyang itu tiang agama, tanpa tiang,runtuhlah agama
-> sembahyang hendaklah dilakukan sebaik mungkin. Disempurnakan pada awal waktu
-> golongan yang cuai adalah mereka yang melambatkan-lambatkan sembahyang, seolah-olah ada perkara yang lebih penting dari solat.
Sedangkan seorang sahabat pernah berkata :-
'ketika azan dilaungkan, kuperhatikan semua pasar-pasar ditutup, berduyun-duyunlah umat islam ke masjid untuk mendirikan solat. Sesungguhnya mereka inilah orang yang dijanjikan kebahagian dan kejayaan'
p/s- Agak menyentuh lah..Kerana selama ini pun,kita selalu melambatkan sembahyang. Sebagai seorang mahasiswa, banyak masa ditumpukan untuk pelajaran. Kadang-kadang,solat dilaksanakan betul-betul dihujung waktu. Bayangkanlah,kita belajar 'bagai nak rak'; semata-mata untuk menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan.. Tetapi,lupakah kita bahawa KEJAYAAN itu datangnya dari ALLAH..
Patutkah tuhan mengurniakan kejayaan kepada hambanya yang derhaka dan mencuaikannya???
بسم الله الرحمن الرحيم
1- { َقَاَل مُوْسى مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِيْنَ } [ يونس 81 ]
Nabi Musa berkata : Apa yang kamu bawa ialah sihir. Sesungguhnya Allah akan membinasakannya. Sesungguhnya Allah tiada memperbaiki pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan(Yunus-81).
2- { وَقُلْ جآءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْباَطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوْقاً * وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ ماَ هُوَ شِفآءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَلاَ يَزِيْدُ الظَّالِمِيْنَ إِلاَّ خَسَارًا }
[ الإسراء 81-82 ]
Katakanlah : Telah datang kebenaran (Islam) dan telah lenyap yang batil ( kekufuran). Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. Kami turunkan di dalam Al-Quran sesuatu yang menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman, tetapi yang demikian tiada menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.(alIsrak-81-82)
Baca 10 kali setiap:
1- Selepas Maghrib
2- Selepas Subuh
3- Sebelum tidur
ADAB MENGUAP


1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah
Aduhai...sedih rasanya bila nampak orang sembahyang depan kita dengan cara yang tidak betul...nak-nak kawan sendiri...Ramai dari kita ni tak menjaga sujud..Rukun sujud ada 7..mesti tetap di atas permukaan ketika sujud...Iaitu dahi,2 tapak tangan,2 lutut dan 2 lipatan jari(*yang ni banyak orang cuai*)..Lipatkanlah jari tu..jangan pacak sahaja atau langsung tak pacak...pemalasnya,ikhlas ke tak solat tu??? Ketahuilah,esok perkara pertama yang akan disoal adalah sembahyang kamu...Jadi,perbaikilah sembahyang kamu, dan sembahyanglah dengan betul sebelum kamu disembahyangkan kelak...sama-samalah kita memperbaikinya...
Renungkanlah!
2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?
3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?
4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.
5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.
6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.
7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. :)
8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.
9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.
10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.
11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.
**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**
Si dia...
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta Allah
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan
menyintai ku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta.
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya
kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia.
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya.
Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya.
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang
Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik
keluarga.
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana.
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
mejadi penyebab bertambah rindunya.
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya.
Tolong pesan padanya, aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya.
Tolong pesan padanya, aku membiarkan
YangEsa menjaga dirinya.
Tolong khabarkan pada si dia, aku
tidak mahu melekakan dia.
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku.
Tolong sampaikan pada si dia, aku
mendambakan cinta suci yang terjaga.
Tolong sampaikan pada si dia, cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia.
Moga pesananku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia.
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari nanti.
Ketahuilah:-
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah
bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya
dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai..
Cantiknya wanita
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita",
kata ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti"
kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata
"Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya
"Ayah, mengapa ibu suka menangis?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan"
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia berdoa kepada Tuhan, memohon jawapan,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup
kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali
datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti
hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk
melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang
suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi
suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini
adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang
dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."
Sedarilah akan kecantikan wanita yang azali..
bukan pada kecantikan luaran semata-mata.
Selamilah hati wanita.. dan ingat lah...
Setiap wanita itu cantik.
biasa ke luar biasa? di mana kamu??
Biasa
Ramai dari kita yang sembahyang. Yang biasa, kita sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih “better late than never” menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba Allah, tapi tak rasa mcm hamba malah berlagak macam tuhan.
Luar biasa
Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang. Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .
Sedekah
Biasa
Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil media, sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh Tuhan.
Luar biasa
Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan Tuhan.Berjaga malam
Biasa
Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia atau layan VCD cerita jiwang. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.
Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.
Kerja
Biasa
Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, walhal Tuhan punya kuasa.
Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa
Blog Archive
-
▼
2009
(64)
-
►
July
(14)
- Pelbagai.. Coret-coret perkongsian
- Kejohanan
- MonoLog Sempoi
- Nasihat abang
- Muhasabah.. hidup bukan untuk bersenang lenang.. s...
- Orang tua
- Hikayat hawa =>
- Untuk apa manusia dilahirkan ke dunia ini? Di man...
- ha alif ta ya-ha alif ta ya
- Sunah berjuang
- Dunia laksana anak gadis
- Madah-sifat terpuji
- Malam Jumaat itu..
-
►
July
(14)
Biography
Belog-belog Menarik
-
5 SYARAT IBADAH12 hours ago
-
Isu Kalimah Allah bertiup sepoi dibumi UTM13 hours ago
-
Seruan Sebelum Bertindak Diam1 day ago
-
-
-
-
2010 : Berubah Untuk Mengubah5 days ago
-
Monolog1 week ago
-
-
HUKUM MENGAMBIL ANAK ANGKAT4 weeks ago
-
Pearl5 weeks ago
-
Catatan sebelum berangkat...1 month ago
Akrab persahabatan
-
Album NOTA CINTA dah release!!!1 day ago
-
-
Sesungguhnya telah terang..1 week ago
-
The profound limitation of the humand mind1 month ago
Engine network..
-
-
-
Photo4 days ago
-
-
politically, i'm a malaysian.(Part 1)2 months ago
-
selamat hari raya.... maaf zahir & batin yer!3 months ago
-
Last Notes..4 months ago
-
Structural Dynamic Response to Excitations5 months ago






