Mangkuk tandas?

Tahu mangkuk tandas cangkung?
Saya penggemar mangkuk tandas cangkung..(tergelak)

Bagi saya, mangkuk tandas duduk kurang selesa mengenangkan air yang terpercik semula lalu terkena anggota badan yang suci lagi bersih.


Tapi bukan cerita mangkuk tandas fokus utama kali ini. Cuma berkaitan mangkuk tandas cangkung yang saya gunakan tempoh hari. Cerita ini berlaku di kolej kediaman saya di Universiti Malaya. Perkongsian hidup berasrama bersama pelbagai kaum memang banyak cabarannya.Penggemar-penggemar tisu sebagai bahan istinjak sangat ramai. Hingga tandas2 ini tersumbat dibuatnya..


Pernah sekali tekejar-kejar saya setelah menerima panggilan alam dan terus saya menyahutnya. Sampai di tandas, saya segera masuk dan menarik butang flush.. Tanpa disangka,segala khazanah-khazanah keluar bersama air tersebut dan bertakung. Agak bernasib baik,khazanah-khazanah itu tidak jatuh melimpah keluar. Kalau tidak, terpaksa saya menahan geli membersihkan kotoran degil tersebut dengan 'DAia', lupakan yang lain..


Xtergambar perasaan saya pada masa tu.. Geli gelaman pun ada..Jijik, kotornya.. Eieeeewww


Sebenarnya begitulah jijiknya bila mazmumah keluar dari diri kita.. Mazmumah atau sifat tekeji dalam diri kita ini bila ia keluar sangat2 rosak dan merosakkan. Bagi orang-orang yang mensucikan diri fizikal dan rohani, sifat2 ini lah yang mahu dihapus musnah.. Bagi mereka yang telah suci hatinya, jijiknya mereka melihat mazmumah ini sama macam jijiknya saya melihat najis2 tadi.. malah mungkin lebih jijik lagi..


Dan bagi mereka,najis tadi tidaklah sejijik mana.. Malah mereka merasakan diri mereka lebih hina dari najis tadi.. Ulama-ulama' besar dan ahli-ahli sufi terdahulu, ada yang jadi tukang cuci tandas di malam hari semata-mata nak mendapatkan rasa hina sebagai hamba Allah. Bukan senang nak dapatkan rasa hamba ini..

"Siapalh aku di sisiNYA, terkadang lebih hina dari najis.."


Peringatan:-

Menghina diri di hadapan Allah adalah jalan sufi. Dalam erti kata merasakan diri ini hina. Merasakan lebih baik dari mengucapkan.. Kerana rasa itu dari hati dan tuhan mengetahui apa yang ada dalam hati kamu.

Bagaimanapun, menghina diri di hadapan manusia adalah satu kesalahan.Kerana kita sama-sama mahkhluk, sama sahaja di hadapan tuhan. Yang membezakan kita di sisinya adalah nilaian iman dan taqwa..

Sekian, wallahuaklam..

Selamat hari lahir yg ke 50 Umi

Umi..
Terkenang Aman zaman sekolah dulu,
Banyaknya air mata Umi tumpah,
Kerana kenakalan dan ketelanjuran Aman.

Umi..
Pernah sekali Umi suruh aman buat sesuatu,
Aman bertangguh, dan kemudian Aman lupa,
Umi buat sendiri kerja itu dan tak pula Umi marah..
Tapi Aman tahu kesedihan hati Umi macam mana..

Pernah juga Aman tinggi suara dengan Umi,
Menyuarakan suatu ketidakpuashatian,
Aman xberniat nak tinggi suara Umi!
Aman kecewa sangat dengan sikap Aman..
Umi sendiri banyak tegur Aman supaya kawal marah,
Umi tabah dan sabar dalam mendidik anak Umi yang jahat ni.

Umi..
Kalau dikira,
Aman bukanlah anak yang baik,
Aman berkira dalam membuat tugasan yang diberikan,
Aman malas, Aman keras kepala,Aman kuat melawan..
Ikut ISO RasulAllah, Aman memang anak derhaka..
Anak derhaka neraka tempatnya..
Maafkan Aman..hhu..

Tapi aman janji Umi,
Semakin Aman dewasa ini,
Aman cuba berubah sedikit demi sedikit,
Meninggalkan sikap silam yang tidak matang,
Aman mahu jadi anak yang paling taat,
Paling mengembirakan Umi dan Abah,
Aman tak mahu lagi jadi anak derhaka..

Aman ingat lagi waktu kecil dulu,
Kita duduk di pinggir pintu rumah,
Bersama sebuah buku bertajuk si Tanggang,
Umi bacakan kisah itu siap dengan gaya-gaya Umi tersendiri.
Sampai kemuncak cerita, Umi menangis..
Aman tak mengerti kenapa Umi menangis..
Aman cuma ikut menangis, Aman sedih lihat Umi sedih..

Dan kini,
Aman sudah di alam remaja,
Menuju alam dewasa..
Aman faham sekarang perasaan ibu,
Ibu mana yang mahu anaknya jadi si Tanggang?
Yang mudah lupa daratan, malu untuk mengaku
Si perempuan comot,miskin papa di depannya itu ibunya.
Apabila sudah kaya dan beristeri cantik..

Cukuplah cerita Al-Qamah jadi pengajaran buat Aman,
Esok lusa Aman akan berkeluarga juga,
Aman akan carikan Umi bakal menantu yang solehah,
memenuhi ISO umi abah, tidak perlu cantik rupawan,
cukuplah sederhana fizikalnya, asalkan baik akhlaknya,
Agar esok bila Aman buat salah, atau Aman tersilap langkah,
Ada insan yang dapat menegur Aman lagi..


Umi..
Semoga Allah merahmati kamu..
Atas jasa umi kepada kami semua..
Tolong doakan kami jadi anak-anak yg soleh solehah,
Agar kami semua jadi saham umi abah di sana..

Selamat hari lahir ummi..
Kini genap usia umi 50 tahun..
Maafkan Aman sebab lambat wish..

Aman terpaksa akhiri nota ini. Air mata Aman semakin pesat jatuh ke bumi..
Bismillah..
Sudah lama tak menulis kt sini..Nak kata sibuk sangat, tak jugak..
Mungkin tiada kesempatan untuk menulis belog..
Sekadar membaca perkembangan kawan2 di laman lain..

Dari segi kesihatan, alhamdulillah,semakin pulih dari demam panas.
Hmm, macam-macam benda berlaku dalam tempoh yang singkat ni..
Ada yang baik ada yang kurang baik(pada pandangan aku sbg manusia)..
Tapi hakikatnya semuanya baik-baik sebab semuanya kan datang dari tuhan..Yang terjadi itu tetap membawa hikmah, mungkin sbg pengajaran buat hamba-hamba yang semakin leka dan lalai untuk berjuang di jalannya..


Hidup ini tak kan lari dari 4 perkara:
1. Pahala
2. Dosa
3. Nikmat
4. Ujian

Ulasan..

1. Asal buat ibadah,ada gnjaran pahala. Baik betul tuhan kita. Tempuh 5 syarat, terus jadi ibadah (Niat mesti betul,Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat, Perlaksanaan mesti betul, Natijah(kesan) mesti baik, dan Tidak meninggalkan ibadah asas).

Jadi,bila dapat pahala, kenalah bersyukur. Mudah-mudahan dgn syukur tadi,kita direzekikan untuk beribdah lagi pada masa akan datang. Juga selaku hamba yang baik, rasakanlah malu dengan tuhan sebab ibadah2 tadi pun bukan milik kita. Hakikatnya kita beribadah pun dia yang gerakkan. Maka ikut semula resmi padi, semakin kuat beribadah, semakin malu tunduk ke bumi kerana merasakan diri tiada nilaian di sisinya.. Takut-takut ibadah tadi pun tidak diterima. Al-hasilnya, rasa tidak layak tadi menjadikan ibadah yang begini tinggi kualitinya..

Jangan pula tertipu dengan ibadah dengan merasakan diri sudah cukup baik, rasa ibadah kita diterima tuhan.. Ini adalah tipuan paling nyata kepada ahli ibadah. Dari situ juga akan lahir pandangan2 negatif kepada kelompok2 lain.

"Ntah neraka mana lah mat rempit tu lepak2 kt bawah pokok tu. Orang pergi masjid ni"
"Ntah syurga mana la tuhan nak bagi aku atas ibadah2 aku yg banyak ni"


Sedangkan nilaian tuhan itu jauh berbeza dengan nilaian manusia.. Allah melihat apa yang ada dalam hati kamu. Bukan seperti manusia yang melihat luaran. Oleh itu,kejarlah pandangan Allah daripada pandangan manusia. Kerana sekali Allah memandang kita dengan rahmatnya, nescaya selamatlah kita dunia akhirat..insyaAllah



2. Dosa pun sebenarnya dari tuhan.. Sebab itu adanya istilah taubat.. taubat dalam erti kata menyesali perbuatan lampau, berhenti dari melakukan dan berazam utk tidak mngulanginya.. Sebenarnya tuhan telah meminjamkan kita 2 perkara dalam memilih hala tuju kehidupan. Itulah dia usaha ikhtiar.. Usaha diertikan memilih manakala ikhtiar itu azam untuk melakukan..

Katakanlah Ahmad berusaha(memilih) perkara yang baik, dan berikhtiar(berazam utk lakukan) melaksanakan perkara kebaikan itu, dan ditakdirkan tuhan perkara kebaikan itu berlaku, maka dapatlah Ahmad ganjaran pahala.

Katakanlah Ahmad berusaha(memilih) perkara yang baik juga, dan berikhtiar(berazam utk lakukan) melaksanakan perkara kebaikan itu, dan ditakdirkan tuhan perkara kebaikan itu tidak berlaku, maka Ahmad tetap dinilai oleh tuhan atas usaha ikhtiarnya ke arah kebaikan. Tetap ada ganjarannya. Cuma kebaikan itu tidak berlaku atas kehendak tuhan(Qada' dan Qadarnya). Kita mampu merancang, tuhan yang menentukan.

Sekiranya pula Ahmad berusaha(memilih) menjauhi perkara maksiat, dan berikhtiar(berazam utk lakukan) menjauhi perkara maksiat itu, dan ditakdirkan tuhan perkara maksiat itu tidak berlaku, maka dapatlah Ahmad ganjaran pahala.

Sebaliknya jika Ahmad berusaha(memilih) menjauhi perkara maksiat, dan berikhtiar(berazam utk lakukan) menjauhi perkara maksiat itu, dan ditakdirkan tuhan perkara maksiat itu tetap berlaku, maka Ahmad tetap dinilai oleh tuhan atas usaha ikhtiarnya ke arah kebaikan. Tetap ada ganjarannya. Cuma maksiat itu berlaku atas kehendak tuhan(Qada' dan Qadarnya). Maka Ahmad wajiblah bertaubat atas ketelanjurannya itu. Dari segi redha, Ahmad kena redha yang maksiat itu xlari dari qada' qadar tuhan, tetapi dia tak boleh redha dengan perbuatan dosa tersebut. Dosa tersebut wajib ditaubatkan..


Ketahuilah wahai saudaraku, Sebenarnya tuhan lebih menyukai hambanya yang merintih dan bertaubat meminta ampun lebih dari kalimah tasbih para wali Allah.. Ayuh jangan bertangguh lagi. Bertaubatlah sekarang sebelum terlewat.

Dari penerangan tentang dosa dia atas, mampukah anda menjawab sekiranya soalan di bawah ini diajukan pada kamu??


Hidup ini ditentukan atau menentukan?
jika menentukan apa yang kita tentukan?
jika benar kehidupan kita ditentukan oleh luh mahfuz
kenapa kite terus berusaha bermatian mengecapi duniawi??
Jika benar Segala sesuatu sebelum kite buat,sudah ditentukan Iradah Tuhan..
...Rukun Iman ke 6 Jelas mengatakan: Qada N Qadar yakni Baik Buruk Dari Allah Semata,
Jika benar kenapa manusia berdosa??



Hakikatnya,berusaha berikhtiar itu adalah wajib dari sudut syariat buat setiap muaalaf.. Wajiblah kita berusaha sebelum bertawakal kepadaNYA. Bagaimanapun usaha ikhtiar kita tadi sgt terbatas..Berdoa adalah senjata paling ampuh,semoga kita terus dilindunginya dari segala kemaksiatan dan dimurahkan rezeki dengan ibadah..



3 dan 4. Nikmat dan Ujian

Nikmat dan ujian tak putus2 hadir dalam kehidupan. Dapat nikmat syukur, dapat ujian bersabar. 2S ni, syukur dan sabar memang sedap disebut, nak dilaksanakan belum tentu lagi. Sebabnya tuhan sendiri mengatakan sangat sedikit hamba-hambaku yang bersyukur. Bersyukur dalam menerima nikmat pun dah susah, apetah lagi syukur kita menerima ujian.
2S ini adalah sifat mahmudah, anugerah kpd hamba2 Allah yang tekun bermujahadah(melawan hawa nafsu). Juga sifat2 ini lahir dari orang yang berjaya dalam solatnya. Solat kita confirm sentiasa gagal kan.. Ayuh perbaiki solat dari awal, semoga kita direzekikan dgn sifat2 mahmudah ini tadi, agar kita jadi kelompok yan berjaya.



p/s:- Akhir sekali pulang ke solat juga. Sebab solat itu tiang agama, ibu sgl ibadah. Waktu dibangkitkan esok, solat yang mula2 akan ditnya..Kalo solat dah fail, yang lain fail lah.. Ayuh belajar pertajamkan rasa hina dalam solat, belajar beradab dalam berhadapan sang pencipta, yg maha berkuasa dan mampu buat apa sahaja pada diri ini..

KITA BUKAN SIAPA2...XLAMA KITA DI ALAM INI.. wallahuaklam..

se-Nota

1. Hari ni atok akan pergi mahkamah untuk bicara kes kemalangan dia setahun yang lalu.. Keadaan atok nampaknya kurang stabil dengan daya ingatan dan pendengaran yang semakin lemah.. Mudah-mudahan tuhan menangkan hambanya yang ditindas.. Amin..

2. Ikut hati,nak je aku balik untuk teman atok ke mahkamah. Sebab atok perlukan sokongan moral dari cucunya.. Mungkin kehadiran aku di sana nanti mampu ransangkan semula daya ingatan atok agar mudah memberi keterangan di mahkamah nanti..

3. Keadaan aku tak stabil sekarang ni..serba-serbi.. kewangan, pengurusan masa, ibadah, perhubungan.. segala-galanya lah.. Ujian untuk kembali kepada NYA.. mujur ada keluarga yang bahagia.. hujung minggu ni insyaAllah pulang ke desa halaman mencari ketenangan..

4. Alhamdulillah, dengan kawan-kawan masih mampu mengukir senyuman dan berjenaka di kala kepala berat dengan permasalahan.. Semoga mereka gembira dengan layanan dari aku..

5. Kesihatan sedikit terganggu.. Tiada momentum!


Luahan:-

1. susah betul org lemah jiwa ni, senang sangat terguris...
2. Hairan sebab selalu berurusan dengan insan-insan yang degil, keras kepala dan tinggi egonya.. Agaknya aku lebih teruk dari dieorang kut.. Tuhan refleks kan bayangan diri pada orang lain.. Ayuh muhasabah..