Ya Allah ..Ya Tuhanku..ku ingin tahu..
Mengapa Kau benarkan hal-hal yg aku rasa tidak adil terjadi pd ku didunia ini?

Mengapa aku harus memberikan pipi yg kanan jika sepatutnya pipi yg kiri ditampar ?

Mengapa aku harus mencintai musuhku?

Mengapa sepertinya aku harus selalu mengalah walau dirugikan?

Mengapa aku harus bersabar atas banyak perkara yg tidak menyenangkan?

Tolonglah ya Allah, fahamilah aku biar aku mengerti, krn aku merasa sangat penat utk menanggung semua ini...

‎​Jawaban dari Allah :

HambaKu tersayang :

Tidakkah kau sedari bhw mataKu selalu tertuju padamu?

AKU tahu saat kau diperlakukan tidak adil...

AKU melihat waktu air matamu, mengalir menahan perasaan benci yg tak terucapkan...

AKU bahkan ikut merasakan kepedihan hatimu diwaktu kau dikecewakan,

Tapi tahukah bahwa AKU mengasihimu?
Waktu AKU melihat kau memaafkan orang lain yg menyakitimu & bukannya membalas keburukan mereka?
Dan melihatmu bersabar atas sikap jahat yg mereka lakukan terhadapmu membuatKu sangat marah...

AKU benarkan semua itu terjadi supaya kau terlatih, makin hari makin sempurna....

Pada waktu AKU akan menggantikan semuanya & memberikanmu dengan keberkahan berlipat ganda...

AKU akan membukakan bagimu pintu-pintu rezeki dan kebahagiaan, di mana tak ada seorang pun boleh menutupnya.

Dan AKU akan memberikan padamu kesempatan-kesempatan emas di mana tak seorang pun boleh mengambilnya.

Dan AKU telah melihat betapa jahatnya perbuatan mereka & akan membuat perhitungan dengan mereka yg tak dapat kaubayangkan.

Jadi, hambaKu janganlah kau berpikir bhw AKU mengabaikanmu, krn sesungguhnya mataKu ada di segala tempat, mengawasi orang jahat & orang baik..

Dan Aku Amat Sangat Sayang kepada semua hamba-hambaKu...
Karena hal yang tidak boleh aku lakukan adalah "Berhenti mencintaimu"...

Ceritera

Selepas Isya' ,aku termenung jauh.

Memikirkan masa depanku yang tidak menentu.
Sudahlah tidak bekerjaya, hidup susah, malah dipandang rendah masyarakat.

Perbelanjaan rumah, persekolahan anak-anakku dan makan minum kami semua harus ditanggung.. Kusutnya fikiranku..

Bukannya aku tidak mencuba, sudah banyak kali aku mencuba.
Dari satu syarikat ke satu syarikat aku mohon, namun belum ada rezeki jua.


Yang pasti esok aku akan keluar mencari lagi, mana tahu ada rezeki pula.
Hari sudah lewat malam. Aku terlena keletihan...


Kisah 1:

"Abang,bangun, bangun bang.. hari ni kan abang beritahu nak keluar cari kerja lagi. Cubalah ye bang. Mana tahu ada kebaikan hari ni. Semoga niat abang nak cari rezeki halal dalam menanggung nafkah kita sekeluarga kerana Allah ni, tuhan permudahkan urusan abang nanti"


Suara lembut Maznah, isteri tercintaku tadi mengejutkan aku dari tidur.
Lantas bergegas daku ke bilik air, bersuci dan berwudu' lantas mengerjakan solat Subuh berjemaah bersama Maznah.Selepas solat, aku bersiap untuk keluar mencari pekerjaan seperti biasa.

Sempat isteriku menyediakan sarapan dan menjemput daku menikmatinya dahulu. Sekadar biskut lemak bersama air kosong. Terima kasih tuhan, susah2 aku masih dapat bersarapan lagi. Maznah tak putus2 memberikan daku kata-kata ransangan. Terima kasih isteriku, pintaku hanya doamu sebagai bekal. Semoga suamimu ini beroleh pekerjaan.

>>>>>>>>>10jam kemudian<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Hampa.. Perkataan itu sahaja sudah megambarkan situasi yang berlaku. Berat langkahku menuju kerumah.Rasa bersalah yang teramat kepada isteri dan anak-anakku menghantui benakku. Wahai tuhan, beratnya ujianmu ini.. Permudahkanlah daku dalam melaksanakan tanggungjawabku selaku suami dan bapa.

Kepulanganku disambut dengan senyuman isteri tercintaku. Maznah sudah mejangka situasi yang berlaku. Setibanya aku di pintu pagar rumah, Maznah menyambar tanganku dan mengucupnya.

"Abang penat ye.. Sian Abang.. Sekejap ye, Maznah ke dapur ambilkan air"

Beberapa saat kemudian Maznah tiba dengan segelas air lantas diberikan padaku. Sambil mengurut dan mengusap belakang badanku, kami berbual dan berbincang dengan aman tanpa sedikit pun Maznah bertanya tentang pekerjaan ku itu menandakan betapa memahaminya dia dengan situasi yang kuhadapi. Maznah memberikan kata-kata semangat padaku agar tidak berputus asa.

Alhamdulillah, segala yang menghantui benakku tadi telah lenyap..Ku tatapi wajahnya dalam-dalam lantas ku kucup pipinya.

"Terima kasih sayang kerana memahami. Esok InsyaAllah abang cuba lagi ye. Mana tahu ada rezeki pula"

Kemudian kami anak beranak makan malam bersama. Walaupun lauk tidaklah mewah, dan makanan tidak mencukupi, aku masih merasakan wujudnya kebahagiaan kerana dapat bersama anak-anak dan isteriku ini.. Selepas makan, ak terlena kepenatan, meninggalkan isteriku yang begitu tekun membantu anak-anak meyiapkan kerja sekolah..



Kisah 2:


"Abang,bangun!! bangun bang.. hari ni kan abang beritahu nak keluar cari kerja lagi. Pergilah"

Suara lembut Maznah, isteri tercintaku tadi mengejutkan aku dari tidur. Lantas bergegas daku ke bilik air, bersuci dan berwudu' lantas mengerjakan solat Subuh. Selepas solat, aku bersiap untuk keluar mencari pekerjaan seperti biasa. Kuperhatikan isteriku sedang lena tidur, kuhampirnya dan mengucup pipinya lalu berbisik.

"Abang pergi dulu ya"

>>>>>>>>>10jam kemudian<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Hampa.. Perkataan itu sahaja sudah megambarkan situasi yang berlaku. Berat langkahku menuju kerumah.Rasa bersalah yang teramat kepada isteri dan anak-anakku menghantui benakku. Wahai tuhan, beratnya ujianmu ini.. Permudahkanlah daku dalam melaksanakan tanggungjawabku selaku suami dan bapa.

Kepulanganku disambut dengan senyuman isteri tercintaku. Setibanya aku di pintu pagar rumah, Maznah mengajukan soalan padaku.

"Macam mana bang, dapat kerja tak?"

Aku hanya berdiam. Berubah wajah isteriku, lantas dia mula berceramah dan menyuarakan komen-komennya. Mungkin dia sangat risau.

"Sampai bila mesti hidup macam ni Abang??"

Perlahan aku melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan isteriku yang masih tercegat berdiri di depan pintu. Tidak sedikit pun aku memarahinya.


Seperti biasa, kami anak beranak makan malam bersama. Walaupun lauk tidaklah mewah, dan makanan tidak mencukupi, aku masih merasakan wujudnya kebahagiaan kerana dapat bersama anak-anak dan isteriku ini.. Selepas makan, ak terbaring kepenatan, meninggalkan isteriku yang begitu tekun membantu anak-anak meyiapkan kerja sekolah..Berat di kepalaku belum hilang lagi. Rasa bersalahku pada mereka masih menghantui diriku. Aku jadi takut..

Takut!.. Takut untuk menghampakan mereka lagi.. Kadang-kadang aku rasa tidak mampu untuk keluar mencari pekerjaan lagi.Entahlah

" Maafkan abang sayang! "



P/s: Sekadar situasi yang direka.. Namun ada pengajaran yang tersirat dan tersurat... to be continue....

Keadaan dan suasana...

Biarlah belog ini berterusan xberupdate.. InsyaAllah sampai masanya, ada rezeki akan terisi jua..



P/s:- Nampaknya masej dalam entri2 lama masih releven dan berguna lagi. bagus juga belum ada entri baru.. Sekurang-kurangnya ada masa utk ulangkaji dan memikirkan semula... Wallahuaklam..

Bagero!!

Aku dapat 1 miscall n ak call balik tp xberangkat...

A:alo ?
B:Nape mc? nk ape?
A:syahman rite ?
B:Yup..sape ni?
A:oh .iera .
B:??
A:umo brape ?
B:50..Iera mna lak ni? Ad ape mc td?
A:Ha ?yeye la tu .ckp la btol2

3jam berlalu...

B:Kalo ko boleh terus terang,kan senang keje
A:ish !smbong beb


Aku call 3 kali dan tak berangkat...


B:Apesal? Takut? Elok2 ckit bhasa 2 nk ckp org lain sombong..
A:lah ?da ckup Elok da ayat tu .nk mcm mane lg an .aku iera ,nk crik knalan bru ?salah ke ?lau kau da kawin ke tunang org ke .ckp je la ?kite ni sdare islam jugak .pum nak bertengkar ?
B:Niat dah betul..tp cara xkena..Sygnya..k,sori..
A:dah tu ?nk cre mcm mane lg ??cre kau lyn aku pum tk btol.grr~dunt blame another people .but blame it on ur self
B:Haha..emo..Buuu...
A:Huh ?sape plak yg emo .tkda mase .
B:Jap..cmne ko tau nama ak?
A:ad bdak jual no kau .
B:Bagusla..ko beli brp hinggit?
A:8.8O .hrge biase laa
B:Ok fine..skrg ni ak serius..sape yg bg no ak? N boley x awk pliss tlg prknlkn dr..blaja or keje.. Org mne,nama penuh n etc
A:btol le .ad bdk jual .huh .blaja lg,org mlake je .
B:2je ko nk knlkn dr..xikhlas lngsung..
A:Astaga .dah tu ?kau tnye tu je kan ?ok ar .umo ak bru 16 ,stay mlake .nur athirah .dah ?bzday aku 3 nov .nk lg ?
B:ak 23 tahun
A:oh .yke ?btol ?
B:Ye..Awk blaja kt skolh mne? Xleh gtaw k dpt no ni dr siapa?
A:malim .hrmm ,btol ar tu org ckp td .memg bdk yg jual .wtpe tpu .
B:Nape takut angkat call td?
A:hahaa .ape takut .hp ni hang ar .speker rsak .
B:Hmm,mcm2..
A:lah .tk cye gak ?cium dlu bru nk pcye ?
B:Cmnie la, Jmpe ak kt M.Tanah esok..Ad brani?
A:amboi .m.tnah .tkda jauh lg ?ad tmpt baik ke ?
B:Ad
A:projek baik ?
A:Nk gado ke ape
B:Byk bunyi r ko ni..jmpe la dl..


2jam berlalu........


B:Tau pn senyap..Buruk nasib ko kalo ak dpt jmpe..


B:1st ak xknl ko.. Xkisah la ko sape pn.. Ke-2, pndai ko ceramah psl islam ea..ps2 ajak cium n bnde2 kotor.. ke-3, point org jual no tu mmg kurg bijak.. Ksimpulnnya,ko mmg krng bijak..Brhentila wat keje bodoh ni..ko carik musuh dgn org je..lps ni jgn msj lg..



p/s: Dah baca? Fikirlah sendiri...

Kejadian Pecah Kereta

3 Februari, KUANTAN, 11 pagi..

Betul kata peribahasa, air yang tenang jangan disangka tiada buaya..
Saya hampir-hampir mengalami melepetaka besar apabila kereta saga milik saya dipecahkan orang dan hampir dilarikan. Kejadian ini benar-benar memberi satu trauma+kesedaran pada saya untuk sentiasa berhati-hati pada masa akan datang..

Mujurlah saya dapat menangkap 'pencuri' bertuah tersebut


Gambar A: Cubaan melarikan kereta..


Gambar B: Terkejut perbuatannya disedari


Gambar C: Pura-pura tidak bersalah


Gambar D: Berjaya diberkas.. HAhA
Hari ini hari Jumaat. Jumaat ke-4 dalam semester akhirku di U.Malaya ini..dan hati kecil ini berkata, mungkin ini hari bersejarah buat diri ini..

Bangkit dari tidur dengan menahan kesakitan teramat pd kedua-dua belah temperung lutut ini.. Kepala berdenyut pantas.. Entah lah..

Dan hari ini aku berusaha keras memaafkan semua org, melupakan silap2 org lain.. Dan alhamdulillah, sekurang2nya seorang dari shbtku mudah2an dpt tidur dgn aman dan bangun semula dlm keadaan lega tanpa ada perselisihan denganku.. Syukurlah dia bangun dari tidur dgn sihat, tidak senasib sepertiku..

Hari ini terasa kosong.. cuma berlakon ceria shj di depan semua org..

Jarang rasanya aku menulis entri berbentuk diari sebegini. Cuma, andainya ini adalah entri terakhir dariku, kusiapkan kamu no keramatku mudah2an ia membantu kamu dlm menunaikan amanah bagi pihakku..

Tak bercadang nak menulis pun.. Bahasa pun tidak teratur.. mzb utk sgla salah silap.. Ada rezeki bertemu kita kembali..wslm wbt..

(T_T)

Petang-petang hari berlalu dengan suram..Tak lagi indah dan ceria dengan aktiviti kegemaranku yang terpaksa dilupakan atas alasan itu..Alasan yang kukuh, lantas meninggalkan jejak kesedihan, kesesalan, terpendam jauh, tersembunyi di dalam diri..




Dan sudah lama aku tidak meluangkan masa untuk diri, bertafakur, menghitung-hitung semula hari-hari yang berlalu..Semakin ku hitung, bertambah-tambah kesedihan itu hadir.. Mengenangkan diri sudah jauh berubah, rakan-rakan yang bermacam ragam, kisah-kisah pahit bersama teman dan bekas-bekas temanku, malah pelbagai lagi..




Entahlah, terkadang aku bersyukur jadi diri ku yang sekarang, mudah melupakan sesuatu yang sudah berlalu, mungkin juga lari dari kesedihan-kesedihan yang bakal meganggu aktiviti harianku, sekadar berlakon ceria dengan persekitaran walaupun sering kali gagal..




Aku adalah aku.. Aku manusia biasa, punyai banyak kelemahan dan kekurangan.. Dan pastinya aku miliki ragamku sendiri, namun tidak pernah aku katakan mustahil untuk satu perubahan demi kebahgiaan orang lain dan ku pinta manusia di sekeliling ku begitu lah jua keadaannya.




Hidup memaksa kita untuk berubah, dan terkadang terpaksa melupakan diri kita sendiri demi kebahgian pihak lain..Rumitnya kehidupan ini, penuh dengan pengorbanan, pengorbanan yang sukar sebagai latihan mengentalkan jiwa demi kebahgian yang sebenar-benar dan abadi di sana nanti..




Sudah pasti sebenar-benar kehidupan itu di negeri akhirat yang kekal abadi. Negeri yang tiada penghujungnya.. Bersiap sedialah semua..


p/s:

1. Terima kasih tuhan mengizinkan aku merasa sedikit kesakitan dan kesukaran orang-orang yang cacat anggota lahirnya..
2. Belajarlah melupakan kesalahan orang lain dan mulakan semula langkah baru.. Bina keharmonian dan kesejahteraan..
3. Hiduplah dalam tanggungjawab yang menggunung ini dengan tabah dan gembira. Amanah menjadikan hidup ini bermakna..
4. Apa yang berlalu biarlah berlalu, untuk kita terus belajar dan berubah..





Banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu difikirkan dan dilaksanakan.. Harus lebih gigih.. Moga ketemu lagi..

-Terasing-
....1 pg....