(T_T)

Petang-petang hari berlalu dengan suram..Tak lagi indah dan ceria dengan aktiviti kegemaranku yang terpaksa dilupakan atas alasan itu..Alasan yang kukuh, lantas meninggalkan jejak kesedihan, kesesalan, terpendam jauh, tersembunyi di dalam diri..




Dan sudah lama aku tidak meluangkan masa untuk diri, bertafakur, menghitung-hitung semula hari-hari yang berlalu..Semakin ku hitung, bertambah-tambah kesedihan itu hadir.. Mengenangkan diri sudah jauh berubah, rakan-rakan yang bermacam ragam, kisah-kisah pahit bersama teman dan bekas-bekas temanku, malah pelbagai lagi..




Entahlah, terkadang aku bersyukur jadi diri ku yang sekarang, mudah melupakan sesuatu yang sudah berlalu, mungkin juga lari dari kesedihan-kesedihan yang bakal meganggu aktiviti harianku, sekadar berlakon ceria dengan persekitaran walaupun sering kali gagal..




Aku adalah aku.. Aku manusia biasa, punyai banyak kelemahan dan kekurangan.. Dan pastinya aku miliki ragamku sendiri, namun tidak pernah aku katakan mustahil untuk satu perubahan demi kebahgiaan orang lain dan ku pinta manusia di sekeliling ku begitu lah jua keadaannya.




Hidup memaksa kita untuk berubah, dan terkadang terpaksa melupakan diri kita sendiri demi kebahgian pihak lain..Rumitnya kehidupan ini, penuh dengan pengorbanan, pengorbanan yang sukar sebagai latihan mengentalkan jiwa demi kebahgian yang sebenar-benar dan abadi di sana nanti..




Sudah pasti sebenar-benar kehidupan itu di negeri akhirat yang kekal abadi. Negeri yang tiada penghujungnya.. Bersiap sedialah semua..


p/s:

1. Terima kasih tuhan mengizinkan aku merasa sedikit kesakitan dan kesukaran orang-orang yang cacat anggota lahirnya..
2. Belajarlah melupakan kesalahan orang lain dan mulakan semula langkah baru.. Bina keharmonian dan kesejahteraan..
3. Hiduplah dalam tanggungjawab yang menggunung ini dengan tabah dan gembira. Amanah menjadikan hidup ini bermakna..
4. Apa yang berlalu biarlah berlalu, untuk kita terus belajar dan berubah..





Banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu difikirkan dan dilaksanakan.. Harus lebih gigih.. Moga ketemu lagi..

-Terasing-
....1 pg....

2 komen:

DAUD said...

semoga kau terus tabah

syahman said...

t.kasih daud

Post a Comment

Terima kasih diatas kesudian anda untuk memberi pendapat. Salam ukhwah.