Pendapat anda?

Berdiri lama berbual dengan kawan yang berasal dari Somalia. Mengeletar tempurung lutut yang dah longgar ni.

Siapa kawan Somalia tu?

Ibrahim, pelajar ekonomi, tahun kedua pengajian, berusia 22 tahun..

Apa sebenarnya yang diluahkan si Ibrahim ni?

Oh, perihal keadaan masyarakat minoriti yang bermukim di Malaysia ni demi menggengam segulung sijil ijazah sarjana muda.

Kenapa? Apa yang berlaku?

Katanya, mereka tidak dilayan mesra oleh masyarakat setempat. Tidak diberi peluang mendekati dan memahami budaya masyarakat dan bergaul bersama kita. Seringkali melihat 'muka-muka tidak mesra' masyarakat setempat terhadap mereka. Apa salah mereka?


Allah, sensitif pulak mamat tu..


Tak de, bukan dia saja berpandangan begitu. Hampir ke semua pelajar antarabangsa menyifatkan pelajar-pelajar tempatan kita ini berat mulut untuk menyapa mereka, bertanya khabar, sekalipun memberi salam sesama muslim walaupun rakan sekelas.

Masalah besar ke benda ni?

Sudah tentu. Tanggapan negatif sesama mereka terhadap kita semakin lama semakin menebal. Ada antara mereka bila di tanya sama ada mahu menyambung pengajian peringkat sarjana di sini; jawapan yang negatif akan kita dapat. Menandakan mereka serik untuk terus berada dalam budaya tidak sihat ini. Ada antara mereka turut mempertikaikan perhubungan antara kaum di Malaysia ini. Terlalu bersifat perkauman sedangkan kita seagama.


Mungkin itu sekadar pendapat 'liar' mereka sahaja..


Kadangkala ada baiknya kita ambil pandangan orang sebagai satu perkara yang positif dalam membaiki kelemahan kita. Bukan duit kita yang dia mahu. Hanya sedikit kemesraan dan kemanisan senyuman dalam pergaulan cukup untuk mengubah persepsi mereka. Jangan sampai kita sendiri terasa jika esok direzekikan berada di negara orang atas urusan tertentu. Hiburkanlah orang lain dengan kemanisan senyuman dan tutur kata sopan, nescaya tuhan akan hiburkan kamu dengan sesuatu yg lebih bernilai lagi.

Apa komen Ibrahim lagi?

Dia puji la sebab masih ada lagi orang yang ramah macam aku ni. Cehh..Hehe..Sebenarnya semua ni adalah masalah sikap,masalah mentaliti kita. Harus mula ubah dari peringkat diri, baru bawa ke keluarga dan seterusnya pada masyarakat. Jom la kita ramaikan kelompok mesra rakyat ni..hhe..



" Tetamu yang datang membawa sejuta rahmat,dan perginya tetamu membawa penghapusan dosa yang banyak "

3s

Andainya Aku Pergi Dulu Sebelummu
Janganlah Kau Bersedih Hati
Andainya Aku Tiada Lagi Di Sisimu
Janganlah Kau Memencil Diri
Bayangkanlah Masa-masa Bahagia
Semasa Engkau dan Aku
Bermesra Di Langit Biru
Di Waktu Kasih Berpadu

Andainya Engkau Pergi Dulu Sebelumku
Mestikah Aku Hidup Melara
Andainya Engkau Tiada Lagi Di Sisiku
Mestikah Aku Kecewa

ku Percaya Kau Selalu Di Sisiku
Walaupun Jasadmu Tiada
Walau Di Mana Kau Berada
Kasihku Takkan Berubah

Di Pohon Cemara ku Ukirkan Kata Cinta
Bulan Tersenyum dan Bersinar
Berguguran Daun Jatuh Lembut Ke Rambutmu
Meraikan Suasana Indah
Di Sini ku Berjanji Disaksi Rembulan
Andainya ku Pergi Dulu
Jikalau ku Pergi Dulu
ku Nantimu Di Pintu Syurga


Indah rasanya bait-bait lagu di atas..Walaupun hidup ini tak lah rasanya seindah bait-bait lagu tu.. hm..Kini yang berat terasa ringan semula. Bahu yang memikul mula terasa lenguh dan sakitnya..


Terima kasih buat kawan2 yang sudi mendengar dan menasihatkan..Sememangnya diri ini serba kekurangan dan penuh dgn permasalahan jua..


Apa ertinya persahabatan jika tidak menghulurkan bantuan di saat sukarmu kawan.. Sekalipun kepentingan diri ini dikorbankan..


Sudah sampai saatnya (3s).. Izinkan angin membawa daunan kering ini pergi.. Satu sahaja permintaanku, sila jaga diri..


p/s: Moga pemergiaan ini bersama bebanan2 yang meganggu selama ini..Ya Allah, kurniakan padanya kebahagian di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat..Amin..

Tazkirah utk saya..anda pun boleh juga..

Sabda nabi, bagi orang yang celaka itu 3 alamat:
1. Makan makanan dari sumber yang haram
2. Menjauhkan diri dari orang alim (tidak mahu menuntut ilmu)
3. Suka sembahyang seorang diri..


Kata seorang ulama' besar:
"Perjuangan ibarat berjalan di atas batu kerikir yang tajam, kaki pasti terluka.. Itulah onak duri perjuangan kerana kesusahan dan kesakitan adalah syllabus utama perjuangan"


Muliakanlah orang yang memuliakan tuhan...


Seafdal-afdal ahli syurga itu ialah orang yang a'lim..


Jangan bercerita tentang diri,kelebihan diri dan memuji diri kerana ia adalah perbuatan orang yang kurang akalnya..


Sesiapa yang memuliakan seseorang kerana hartanya, nescaya hilanglah 2/3 agamanya..Banyak tuh..hhu..


Berpegang dan bergantunglah pada Allah, bukan pada manusia..


Jangan jemu memohon pada Allah kerana Allah tetap akan mengabuli doa hambanya..


Dampingilah orang-orang yang mampu mensyafaatkan kamu di akhirat kelak..



Sekadar itu dahulu.. Wallahuaklam..

Sekejap saja

Sekejap saja??
Ape yang sekejap?

Sekejap saja semunya berubah..
Dulu tegap, gagah perkasa tubuhnya..
Kini ok la juga, cuma tak seperti dulu..
Tangan kanannya longlai sedikit,
Mujur sudah boleh digerakkan..

Alhamdulillah, berjaya juga pembedahan saraf tu..


Terkejut......

Siapa mamat ni? tibe-tibe berhentikan motor depan aku,lantas menghalang laluan ke kereta kuda ku, SA.. "Eh, ko rupenya J***d" , agak terkejut melihatnya sudah boleh menunggang motosikal semula. Kelihatan parut panjang di mukanya kesan dari pembedahan bagi membuang darah beku di kepala ketika koma 3 hari di hospital 5 bulan yang lalu. Sebelah tulang pipinya bukan tulang biasa lagi, sudah digantikan dengan besi..

Wajahnya kurus cengkung, tak seperti dulu yang jauh berisi dan tembam..Begitu juga susuk tubuhnya sekurus aku, tak tergambar lagi dengan kata-kata. Hati hanya mampu menangis, mengingati saat2 bersama setahun dua yang lalu.

5 bulan lepas, J***d mengalami kemalangan jalan raya apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar kereta yang masuk ke simpang kanan tanpa memberi lampu isyarat di Banting Selangor. Bukan salah dia untuk semua itu berlaku. Mungkin suratan telah menentukan..

Hanya satu kemalangan itu mengubah segalanya.. Walaubagaimanapun, kau tetap macam dulu J***d, ceria sahaja, mampu bergurau dengan kami. Tapi tuhan tahu J***d, jauh di lubuk hati kau, tersimpan kesedihan dan kekesalan. Aku bangga dengan kau, moga Allah sahaja menggantikan kehilangan kau itu dengan kebahgiaan yang abadi di sana nanti..

Mahu jadi setabah kau sahabat!

InsyaAllah semester depan, J***d masuk belajar semula. Dia cume kehilangan satu semester sahajalah kalau begitu. Alhamdulillah, ketabahan ko mempercepatkan proses pemulihan ko Bro.. Tahniah..syukur pada tuhan.. =)

p/s:- Segalanya boleh berubah.. Tunang aku sekarang ni kuat selera makan, memang berubah lah.. Hey, jaga kesihatan lah..

Bikin kontroversi aja.. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, MELODI..

Masalah

Kalau nak cerita pasal masalah, semua orang ada masalah..

Rasa terbeban sangat apabila dilanda masalah..

Masalahnya, bila kita tak kenal masalah, bertambah banyaklah masalah..

Kerana masalah itu sendiri dipandang sebagai masalah..

Cuba positifkan masalah anda dengan menerimanya sebagai anugerah..

Anugerah dari yang menciptakan kepada yang diciptakan..

Semua masalah pastinya datang dari tuhan itu memanglah satu ujian..

Ujian tanda kasih sayang tuhan kepada makhluknya..

Lalu tempuhilah ia dengan berhemah..

Supaya kita tidak terus lemah..

Maka berhentilah memandang masalah sebagai masalah..

Pandanglah masalah sebagai anugerah..



p/s-Jangan buang masa lah...

3S

~(^V^)~

YE LAH!
Benar sekali...

Hari ni saya belajar sesuatu lagi..
Kita manusia tak lepas daripada kelemahan..
Semalam orang mungkin berkata A dengan kita,
Tiba-tiba hari ni bertukar B pula..

Tak mengapa..
Saya faham sahaja..
Saya kadang-kadang begitu juga..
Selalu lupa dengan perkara yang dah diucapkan..

Jadi untuk apa perlu menyalahkan,
Kalau diri kita sendiri banyak kurangnya,
Terimalah seadanya..
Jika hari ini kamu minta B,
insyaAllah saya berikan B..

p/s:-Cuba berikan yang terbaik..
Baru bertatih untuk melaksanakan..
Kalimah-kalimah yang pernah kamu ajarkan dulu..
"Erti hidup untuk memberi"


-Take care-

Ujian itu kasih sayang tuhan

Wahai tuhan, padamu sahaja tempat aku meminta tolong..
Segala puji buat engkau, tuhan semesta alam..
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


Malam ni sekali lagi mata ini tak mahu lena. Seperti semalam juga. Cuma bezanya semalam memikirkan keadaan sahabat yang sedang berjuang membela nasib diri dan keluarga di atas penganiyaan yang terjadi nun jauh di perantauan sana. Diri hanya mampu berdoa. Tiada lagi sumbangan yang mampu saya hulurkan..Kesalnya..


Juga semalam tidak lena memikirkan keadaan teman yang bakal berjuang pada sehelai kertas sebentar sahaja lagi demi masa depan, agama dan tanggungjawabnya kepada banyak pihak..Apa jua sumbangan yang mampu saya hulurkan? Hanya bekal doa dan sedikit kata-kata semangat sahaja dapat kukirimkan. Semoga sebentar lagi anda dapat lakukan dengan sebaiknya.Chaiyokss!


Malam ini...
Saya tercari-cari jawapan kepada satu persoalan. Benarkah perasaan itu satu ilusi? Apakah kaitannya jika saya katakan perasaan itu adalah sesuatu yang ada di dalam hati, sukar untuk dibicarakan dan perasaan itu juga merupakan roh iaitu hati yang berperanan untuk merasa..


Hati ini adalah pusat kawalan manusia dimana mampu berperanan dalam 3 bentuk. Bila merasa seperti sedih dan gembira misalnya, hati ini dipanggil roh. Bila berkehendak,meransang atau inginkan sesuatu samaada positif atau negatif, baik atau buruk dipanggil nafsu. Dan di waktu ia berfikir, menilai, memerhati dan menyelidik maka ia dipanggil akal.


Kalau begitu huraiannya, maka nafsu, roh dan akal ini adalah satu. Itulah dia hati..

Sabda nabi yang bermaksud:-
' Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia. kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati(roh)'
Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir.


Bila hendak dibicarakan tentang perasaan atau roh ini,sudah pastilah ia panjang lebar. Nama dan bentuk roh, Sifat-sifat roh, Mata hati, Makanan dan hiburan roh, dan banyak lagi. Sudah pasti kaitannya nanti akan membawa kepada ilmu rohani atau tasawuf atau ilmu hakikat. Nak bicarakan lebih-lebih di sini, saya bukanlah ahlinya. Maaf sangat-sangat. Hanya berkongsi sedikit ilmu dari seorang ulama' besar.Cuma yang menjadi fokus utama saya adalah perkara di bawah ini.


Sebenarnya pada hemat saya, saya yakin pastinya cara manusia mentafsirkan sesuatu adalah berbeza berdasarkan ilmu masing2. Dan tidak pula perlunya sebarang paksaan dalam menerima buah fikiran yang tertentu; dalam erti kata yang lainnya, tiada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah. Selagi natijahnya membawa kita kepada tuhan, sudah pasti ia adalah perkara kebaikan. Saya amat bertuah lewat ini dapat berjumpa dengan orang yang hebat-hebat di laman maya ini (internet).


Ada di kalangan mereka ini sudah direzekikan berjumpa kekasih Allah. Ada yang dapat berjumpa RasulAllah secara yaqazah(jaga), ada yang dapat berjumpa secara mimpi dan mereka sangat-sangatlah beruntung. Sesuai sangat dengan ujian-ujian dan liku-liku kehidupan yang mereka lalui. Sangat-sangat terbeban jika saya berada di tempat mereka. Lihatlah, susahnya kehidupan mereka mampu mentarbiyah mereka menjadi insan2 yang cekal, yakin pada ketentuan tuhan, sabar dan redha menghadapi segalanya. Allah memberikan mereka hiburan yang sebenar, hiburan sejati, dan semakin mereka melaluinya, semakin mereka rapat kepada pencipta, Rabbul 'Izzati..


Amat tersentuh saya membaca petikan di bawah ini (ada pada nota di fb saya)..

Seringkali, apa yang manusia mau ialah didikan melalui manusia yang lain seperti dari para tuan guru, ustaz, alim ulama dan sebagainya. Kebanyakan manusia memang tidak menginginkan sama sekali untuk mendapatkan didikan langsung dari Allah SWT seperti ini karena tidak dapat bersabar dan redha menghadapinya.



Ingatlah, seandainya manusia tidak berhasil dididik secara langsung dari Allah SWT, maka janganlah diharapkan ia berjaya untuk menerima didikan dari manusia yang lain. Sebab itu kita melihat betapa kuatnya ujian yang menimpa para nabi dan rasul, karena sebenarnya itulah didikan secara langsung dari Allah SWT kepada mereka.



Oleh karena itulah tidak heran bagaimana kuatnya iman para nabi dan rasusl semuanya. Sebab mereka menerima didikan atau pimpinan secara langsung dari Allah SWT.



Jauh berbeda dengan keadaan kita yang justru tidak senang apabila menerima ujian dari Allah SWT sedangkan itu merupakan didikan secara langsung dari Allah SWT. Sedangkan seandainya kita berhasil menghadapi itu semua, maka kita akan termasuk dalam golongan “Bi ghairi hisab” di akhirat kelak.



Justeru itu, laluilah kehidupan anda setabahnya. Terimalah kehidupan di dunia ini bukan untuk bersenang lenang, tenang tanpa ujian. Jika Allah menyayangi hambanya, pasti di ujinya hambanya agar kembali kepadanya. Kerana kita tidak akan tahu sama ada kita sudah beriman selagi kita tidak di uji. Dan ketahuilah ujian tuhan itu sentiasa bersesuaian dengan kemampuan hambanya. Oleh itu tiada erti putus asa dalam kehidupan..


Sebagai penutupnya, saya tampalkan juga madah ini. Agar jadi tatapan dan pedoman bersama.. Biar berulang kali dibaca, usah jemu dengan kebaikan..


"Orang kata.. Hati seseorang itu ibarat balang kaca. Jika ia terhempas dan pecah, namun di tampal se...mula, retaknya tetap jelas kelihatan.. begitu jua hati...sekali ia jatuh luluh, kesannya..diri sendiri yang tahu.....BETUL KE....??"

-Dari quote seorang teman FB yg difowardkan kepada ana-

Itulah ibaratnya kata orang.. Tapi kata ahli ibadah mungkin perlu kita jengah di mana nilainya hati.. Dan jika hati itu terlalu teguh, terlalu kukuh, mana mungkin datangnya rasa hamba, insan-insan seperti kita semua juga..?

Di sinilah terbuktinya para Rasul & Nabi diuji hati-hati mereka.. Dan jalan terbaik adalah dengan merasakan kesusahan, kepayahan, kekecewaan, keperitan, kesakitan dan pelbagai duka yang disiram ke dalam hati..

Namun, dari jiwa yang beriman di situlah lahirnya rasa kehambaan, rasa betapa terdesaknya mengharapkan bantuan, rasa betapa kerdilnya diri.. Maka semakin bernilailah hati seorang hamba itu kerana pengharapannya yg tak putus kepada Allahu Rabbi..

Biarlah retak seribu..
Biarlah berkecai ibarat balang kaca yang terhempas..
Biarlah berulang kali bertubi dihenyak..

Dari itulah kita sedar bahawa kita adalah hambaNya.. DIA lah jua yang berhak menguji sesama kita..

Hati kan bersinar semula apabila kita rasa begitu hampir denganNya.. Begitu mesra dengan RasulNya..

Tidakkah ada 'k e m a n i s a n' dan 'h i k m a h'nya dari hati yang berkecai itu..?

Wallahua'lam..