Ya Allah ..Ya Tuhanku..ku ingin tahu..
Mengapa Kau benarkan hal-hal yg aku rasa tidak adil terjadi pd ku didunia ini?

Mengapa aku harus memberikan pipi yg kanan jika sepatutnya pipi yg kiri ditampar ?

Mengapa aku harus mencintai musuhku?

Mengapa sepertinya aku harus selalu mengalah walau dirugikan?

Mengapa aku harus bersabar atas banyak perkara yg tidak menyenangkan?

Tolonglah ya Allah, fahamilah aku biar aku mengerti, krn aku merasa sangat penat utk menanggung semua ini...

‎​Jawaban dari Allah :

HambaKu tersayang :

Tidakkah kau sedari bhw mataKu selalu tertuju padamu?

AKU tahu saat kau diperlakukan tidak adil...

AKU melihat waktu air matamu, mengalir menahan perasaan benci yg tak terucapkan...

AKU bahkan ikut merasakan kepedihan hatimu diwaktu kau dikecewakan,

Tapi tahukah bahwa AKU mengasihimu?
Waktu AKU melihat kau memaafkan orang lain yg menyakitimu & bukannya membalas keburukan mereka?
Dan melihatmu bersabar atas sikap jahat yg mereka lakukan terhadapmu membuatKu sangat marah...

AKU benarkan semua itu terjadi supaya kau terlatih, makin hari makin sempurna....

Pada waktu AKU akan menggantikan semuanya & memberikanmu dengan keberkahan berlipat ganda...

AKU akan membukakan bagimu pintu-pintu rezeki dan kebahagiaan, di mana tak ada seorang pun boleh menutupnya.

Dan AKU akan memberikan padamu kesempatan-kesempatan emas di mana tak seorang pun boleh mengambilnya.

Dan AKU telah melihat betapa jahatnya perbuatan mereka & akan membuat perhitungan dengan mereka yg tak dapat kaubayangkan.

Jadi, hambaKu janganlah kau berpikir bhw AKU mengabaikanmu, krn sesungguhnya mataKu ada di segala tempat, mengawasi orang jahat & orang baik..

Dan Aku Amat Sangat Sayang kepada semua hamba-hambaKu...
Karena hal yang tidak boleh aku lakukan adalah "Berhenti mencintaimu"...

Ceritera

Selepas Isya' ,aku termenung jauh.

Memikirkan masa depanku yang tidak menentu.
Sudahlah tidak bekerjaya, hidup susah, malah dipandang rendah masyarakat.

Perbelanjaan rumah, persekolahan anak-anakku dan makan minum kami semua harus ditanggung.. Kusutnya fikiranku..

Bukannya aku tidak mencuba, sudah banyak kali aku mencuba.
Dari satu syarikat ke satu syarikat aku mohon, namun belum ada rezeki jua.


Yang pasti esok aku akan keluar mencari lagi, mana tahu ada rezeki pula.
Hari sudah lewat malam. Aku terlena keletihan...


Kisah 1:

"Abang,bangun, bangun bang.. hari ni kan abang beritahu nak keluar cari kerja lagi. Cubalah ye bang. Mana tahu ada kebaikan hari ni. Semoga niat abang nak cari rezeki halal dalam menanggung nafkah kita sekeluarga kerana Allah ni, tuhan permudahkan urusan abang nanti"


Suara lembut Maznah, isteri tercintaku tadi mengejutkan aku dari tidur.
Lantas bergegas daku ke bilik air, bersuci dan berwudu' lantas mengerjakan solat Subuh berjemaah bersama Maznah.Selepas solat, aku bersiap untuk keluar mencari pekerjaan seperti biasa.

Sempat isteriku menyediakan sarapan dan menjemput daku menikmatinya dahulu. Sekadar biskut lemak bersama air kosong. Terima kasih tuhan, susah2 aku masih dapat bersarapan lagi. Maznah tak putus2 memberikan daku kata-kata ransangan. Terima kasih isteriku, pintaku hanya doamu sebagai bekal. Semoga suamimu ini beroleh pekerjaan.

>>>>>>>>>10jam kemudian<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Hampa.. Perkataan itu sahaja sudah megambarkan situasi yang berlaku. Berat langkahku menuju kerumah.Rasa bersalah yang teramat kepada isteri dan anak-anakku menghantui benakku. Wahai tuhan, beratnya ujianmu ini.. Permudahkanlah daku dalam melaksanakan tanggungjawabku selaku suami dan bapa.

Kepulanganku disambut dengan senyuman isteri tercintaku. Maznah sudah mejangka situasi yang berlaku. Setibanya aku di pintu pagar rumah, Maznah menyambar tanganku dan mengucupnya.

"Abang penat ye.. Sian Abang.. Sekejap ye, Maznah ke dapur ambilkan air"

Beberapa saat kemudian Maznah tiba dengan segelas air lantas diberikan padaku. Sambil mengurut dan mengusap belakang badanku, kami berbual dan berbincang dengan aman tanpa sedikit pun Maznah bertanya tentang pekerjaan ku itu menandakan betapa memahaminya dia dengan situasi yang kuhadapi. Maznah memberikan kata-kata semangat padaku agar tidak berputus asa.

Alhamdulillah, segala yang menghantui benakku tadi telah lenyap..Ku tatapi wajahnya dalam-dalam lantas ku kucup pipinya.

"Terima kasih sayang kerana memahami. Esok InsyaAllah abang cuba lagi ye. Mana tahu ada rezeki pula"

Kemudian kami anak beranak makan malam bersama. Walaupun lauk tidaklah mewah, dan makanan tidak mencukupi, aku masih merasakan wujudnya kebahagiaan kerana dapat bersama anak-anak dan isteriku ini.. Selepas makan, ak terlena kepenatan, meninggalkan isteriku yang begitu tekun membantu anak-anak meyiapkan kerja sekolah..



Kisah 2:


"Abang,bangun!! bangun bang.. hari ni kan abang beritahu nak keluar cari kerja lagi. Pergilah"

Suara lembut Maznah, isteri tercintaku tadi mengejutkan aku dari tidur. Lantas bergegas daku ke bilik air, bersuci dan berwudu' lantas mengerjakan solat Subuh. Selepas solat, aku bersiap untuk keluar mencari pekerjaan seperti biasa. Kuperhatikan isteriku sedang lena tidur, kuhampirnya dan mengucup pipinya lalu berbisik.

"Abang pergi dulu ya"

>>>>>>>>>10jam kemudian<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Hampa.. Perkataan itu sahaja sudah megambarkan situasi yang berlaku. Berat langkahku menuju kerumah.Rasa bersalah yang teramat kepada isteri dan anak-anakku menghantui benakku. Wahai tuhan, beratnya ujianmu ini.. Permudahkanlah daku dalam melaksanakan tanggungjawabku selaku suami dan bapa.

Kepulanganku disambut dengan senyuman isteri tercintaku. Setibanya aku di pintu pagar rumah, Maznah mengajukan soalan padaku.

"Macam mana bang, dapat kerja tak?"

Aku hanya berdiam. Berubah wajah isteriku, lantas dia mula berceramah dan menyuarakan komen-komennya. Mungkin dia sangat risau.

"Sampai bila mesti hidup macam ni Abang??"

Perlahan aku melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan isteriku yang masih tercegat berdiri di depan pintu. Tidak sedikit pun aku memarahinya.


Seperti biasa, kami anak beranak makan malam bersama. Walaupun lauk tidaklah mewah, dan makanan tidak mencukupi, aku masih merasakan wujudnya kebahagiaan kerana dapat bersama anak-anak dan isteriku ini.. Selepas makan, ak terbaring kepenatan, meninggalkan isteriku yang begitu tekun membantu anak-anak meyiapkan kerja sekolah..Berat di kepalaku belum hilang lagi. Rasa bersalahku pada mereka masih menghantui diriku. Aku jadi takut..

Takut!.. Takut untuk menghampakan mereka lagi.. Kadang-kadang aku rasa tidak mampu untuk keluar mencari pekerjaan lagi.Entahlah

" Maafkan abang sayang! "



P/s: Sekadar situasi yang direka.. Namun ada pengajaran yang tersirat dan tersurat... to be continue....