Mari Bantu Pesakit Kanser

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara..Ikuti kisah seorang saudara saya di bawah ini..



"beliau berusia 24 tahun, juga pernah menjadi seorang pelajar seperti kita,
menuntut selama beberapa tahun di Mesir atas usahanya sendiri, tanpa tanggungan dari sesiapa...

Hakikatnya beliau seorang pesakit kanser tulang yang telah didiagnose sejak berusia 16tahun lagi.
Telah kehilangan ibu dan bapa sebelum itu lagi. Dan semenjak itu beliau hanya bertabah mengharungi sakit kansernya tanpa rawatan yang sewajarnya kerana ketiadaan wang dan pendapatan yang cukup untuk menampung kos rawatan.. Dan disebabkan itulah, maka kaki kanannya telahpun terpaksa dipotong beberapa tahun yg lalu hingga paras lutut. Hanya bergantung pd wheelchair kini (itupun kini sudah rosak dan berbahaya untuk terus digunakan). Namun, seperti yang anda juga tahu, KANSER tidak mungkin sekadar berdiam diri. Sekalipun dengan segunung ketabahan yang beliau miliki, penderitaan tetap berjalan siang dan malam, malah tanpa belas dan ihsan manusia-manusia berharta yang sewajarnya membantu sesama sendiri... sy pasti itu lebih perit.

Mungkin anda tertanya, di mana saudara mara? Mungkin jawapan 'sedangkan adik-adiknya terpaksa ditempatkan di asrama pusat kebajikan masyarakat' cukup untuk menutup cerita mengenai saudara sedarah...

Sesungguhnya terlalu banyak ujian dan dugaan yg telah beliau tempuhi sepanjang hidupnya yang xmampu sy ceritakan di sini. Cukuplah Allah shj yang mengetahui dan mengganjari kesabarannya atas setiap detik tersebut.."

Cuma sy pohon secebis bantuan atas rasa cinta dan kasih sebagai saudara seISLAM dari kawan-kawan yg membaca belog ini untuk membolehkan beliau menerima rawatan kemoterapi (dan apa2 yang sewajarnya), mudah2an mengurangkan sakit yang dideritai...

Biarpun sedikit, sumbangan ANDA amatlah dihargai
insyaAllah nilainya besar di sisi ALLAH TA'ALA



Sebarang sumbangan yg ingin dihulurkan, boleh dihantar ke akaun sy
Mohd Syahman Hj Mohd Ruslan
BIMB
Acc : 04-024-02-070935-7
perlu tuliskan : DANA IKHLAS


Setiap sumbangan dan keprihatinan ANDA sy ucapkan ribuan terima kasih
terima kasih juga sudi luangkan masa membaca...

Semoga ALLAH memberkati pertolongan kalian semua...AMIN =)
Jazakamulullah Khairan Katheeran



"Barangsiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali lipat amalnya. Dan barangsiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikitpun tidak akan dirugikan (dizalimi)"
[al-An'am:160]




p/s: Sebarang pertanyaan & kemusykilan boleh diajukan kepada penulis. Sila emailkan ke sayhaman_smp@yahoo.com.. terima kasih..



0 komen:

Post a Comment

Terima kasih diatas kesudian anda untuk memberi pendapat. Salam ukhwah.