Nota buat Mak ndak

Buat mak dara ku yang dikasihi selalu, ku susun nota-nota ini buat tatapanmu, moga ianya menjadi satu nostalgia indah kita bersama. Usia yang baru menghampiri 5 bulan ini tidak mengizinkan lagi daku meluahkan padamu dengan kata-kata. Moga nota-nota ini jadi peganti kata-kata itu..


Detik 4 pagi 8 September, Jumaat

Sejurus sahaja aku terjaga dari lenaku, ku perhatikan kamu begitu asyik sekali menyiapkan pekakas-pekakas perantauan di sisi ku.. Sudah tidak sabarkah kamu untuk meninggalkan aku yang masih memerlukan belaian lembut jari-jemari kamu??

Segera aku mengeluarkan lagu-lagu indah bagi menarik perhatian kamu. Namun kesibukan kamu yang teramat mengecewakan aku.. Namun syukur juga, sekitar jam 5 pagi, kamu sempat menghabiskan sedikit masa yang berbaki untuk bermain dengan ku.. Ciuman dan belaian lembut yang diberikan tanda kasihmu cukup untuk membuatkan aku terharu. Namun tangisanku pada pagi itu pada sangkaanmu hanyalah tangisan biasa seorang baby yang perlukan susu kerana kehausan dan kelaparan. Tidak mengapalah =)

Kini kamu sudah selamat sampai ke perantau. Nampaknya hari lebaran pada tahun ini tak dapatlah kita menyambutnya bersama kan.. InsyaAllah, tahun depan yer.. Aku menantikan detik itu! Semoga kita panjang umur dalam rahmatnya..

Sedikit pesanan buat kamu mak saudaraku,

1. Kepulangan haruslah dengan azam baru..
2. Berusaha ke arah kejayaan dan kegemilangan!
3. Semoga terus gigih dalam apa jua bidang..
4. JAGA KESIHATAN!
5. Apa-apa yang dirasakan patut (baby xdapat pikir sgt)

Salam rindu dari saya..
nurien meow meow
-Nurien Batrissia-

2 komen:

Anonymous said...

hai nurien!!!! pandainyaaaa... =D
hmm..'belaian lembut' itu harus ditukar..

jge diri nurien meow meow

man said...

tangan lembut wanita kan bisa menggoncang dunia

Post a Comment

Terima kasih diatas kesudian anda untuk memberi pendapat. Salam ukhwah.