suara abang


adikku,
suara ini suara bisikan,
tidak bisa kedengaran olehmu..


adik,
hari ini kita sengketa lagi,
seperti biasa aku datang memujuk kamu..
dan dihujung bicaraku,
senyuman kamu terukir semula,
pengubat segala tangisan yang dahulu..


adik,
aku bukanlah abang yang baik,
yang dapat bersamamu setiap saat,
mendengar luahan dan kisah hidupmu,
juga tak pandai,
memenuhi keperluan jiwamu..


adik,
andai sampai jua detik itu,
dimana aku sudah jemu memujuk kamu,
apakah silaturrahim ini akan berakhir?
kamu tahu bukan?
tuhan murka akan hambanya yang bersengketa!


adik,
bersedialah,
andai sampai saat malang itu,
kamu datanglah memujuk aku,
kerana aku tetap abang,
tidak mahu kehilangan adik,
seperti kamu....


p/s- percubaan menulis puisi..boleh tahan ek tahap 'kemengarutan'..nice try.. =) ahaha...

adik-adikku, insyaAllah boleh!

4 komen:

DAUD said...

mantap...
5 bintang aku bagi,

man said...

5 aje? bagi la lebih

Anonymous said...

puisi terindah...
sy suka penulisan kamu =)

SyAhmaN said...

Adik,
Tahukah kamu bezanya dulu dan sekarang?

Dahulu kamu suka aku datang menziarahi rumahmu,
Kamu izinkan ak meneliti dan mentelaah isi rumahmu,
Mengikuti perkembangan-perkembangan dirimu..
Kamu juga yang menjemput abang datang ke rumah selalu..
Menikmati kehidupan perkongsian bersama..

Dan dahulu juga kamu suka abang mengambil berat tentang kamu,
kamu tak suka dibelai dan dimanjakan,
Kerana kamu seorang yang cekal dan tabah,
Juga kamu sangat tak kisah keadaan abang yang suka berkongsi.
Jauh berbeza dari kamu yang suka berahsia.

Sekarang...

Semuanya sudah banyak berubah,
kamu mungkin rasa terganggu kehadiran abang,
kamu mungkin rasa abang mengongkongmu,
men'spy' kamu..

Dan kamu jadi semakin manja,
Semakin lemah dengan ujian-ujian kehidupan,
Abang risau ke mana perginya ketabahan dan kecekalan kamu yang dahulu,

Pernah sekali kamu minta abang mempercayai kamu,
Kamu kata kamu boleh jaga diri,
kamu rimas dengan abang yang busy body ni..
Pernah juga kamu meluahkan tentang diri abang,
Kata kamu, abang tak pandai jaga rahsia..
Abang xmengerti.. Hanya mampu diam diri..

Tapi xmengapalah,
Abang sekarang percayakan adik abang.
Kan adik abang sudah besar,
Semoga adik abang diselamatkan,
dari dunia luar yang bermcam ragamnya,
berhati-hatilah selalu wahai adikku..

Tak perlulah abang datang lagi rumah kamu kan..
Agar kehidupan seharian kamu xterganggu lagi..
Abang doakan adik abang cekal dan tabah semula..
Macam dulu-dulu..

Abang tahu kamu perlukan ruang untuk diri kamu,
Tak perlulah abang risau lagi..
Abang nak pergi jauh..
Jauh sangat-sangat..

Kalau boleh,
Sebelum abang pergi,
Abang nak adik abang ni tahu,
Yang kamu sekarang semakin dewasa..
Tahniah adikku..
Alhamdulillah

Post a Comment

Terima kasih diatas kesudian anda untuk memberi pendapat. Salam ukhwah.