Perangkap Wang Segera

Bismillah..

Wang segera ini istilah saya..bukan macam mee segera yg sedap dimakan hingga menjilat jari, ia adalah keadaan yang sebenarnya nikmat disusuli oleh azab..nikmatnya ketika dapat duit disaat benar2 memerlukan disusuli oleh azab akibat tidak mampu bayar semula kerana faedahnya begitu tinggi..

Ceritanya bermula disini, ketika itu saya isteri dan anak dalam perjalanan menuju ke pantai untuk berehlah, saya terperasan akan papan tanda kecil yg diikat pada kebanyakan tiang elektrik..

"PINJAMAN WANG SEGERA. 3-9% BAYAR BULAN"

Wah, menarik ni..faedah baru 3%(kalau dpt rendah).. kalau pinjam bank pun mau 5% lebih..Har, siapa kata begitu..salah tu..5% faedah bank adalah tahunan manakala 3% pinjaman ini adalah bulanan dan menjadi 36% untuk 12bulan iaitu setahun..Dahsyat..berapa kali ganda tu?

Persoalannya kenapa mereka masih mahu meminjam lg sedang mereka tahu bahana mengundang? kerana mereka tak layak buat pinjaman bank dan tak mahu meminjam dari org lain..Mungkin ini sahaja cara mereka boleh menyelesaikan hutang fikir mereka..

Hutang yg diselesaikan dengan hutang adalah hutang kuasa dua. Bilamana kuasa dua ini menjadi tiga, empat dan seterusnya infiniti,sehingga tak terdaya empunya badan hendak bayar, ketika itulah mereka ini memilih cara popular untuk menyelesaikannya iaitu?

BUNUH @ DIBUNUH

Lari, menyorok, tukar identiti..Tidak mahu dicekup peminjam..nahas nanti..fuuuu...tertekannya jiwa...aaaahhhhhh!!!!

"Dah lebih 3 kes da", sampuk isteri saya mematikan lamunan..Apa yg 3 kes tu saya tertanya-tanya. Rupanya kes yang sama dan popular di wad medikal isteri saya bertugas bilamana RACUN PARAKUAT iaitu sejenis racun rumpai yg kuat ditelan oleh mereka yg sudah buntu ini..

Kesannya dalam masa 3 hari cukup untuk mereka pergi menuju ilahi.Hanya mereka yg sempat diberikan rawatan awal iaitu minum air arang atau karbon untuk meneutralkan racun tadi shj mampu diselamatkan. Bagaimanapun majoritinya tidak selepas racun dikesan sudah ada dlm air kencing. Innalillahiwainnailaihi rajiun..
Maka tamatlah kisah didunia dan dipersoalkan tindakannya di alam kubur..

Wajarkah kisah ini berlaku pada diri kita? keluarga kita? masyarakat kita?
Apakah ada jalan keluar kepada permasalahan ini?Salahkah kita berhutang? Habis macam mana lagi nak buat ni???

Cegah dulu sebelum merebak. Puncanya kerana institusi kewangan diri kita sudah runtuh.. runtuhnya kerana apa? kerana nafsu dan kemahuan yg melampawi kemampuan. kerana apa? kerana cinta dunianya kuat dan institusi kerohanian kita lemah. kerana apa? kerana solat kita tak sempurna..Kerana solat yg sempurna mampu mencegah perkara yg mungkar, sia-sia dan merosakkan.

Percaya atau tidak? Tepuk dada tanya iman. Sekian..

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih diatas kesudian anda untuk memberi pendapat. Salam ukhwah.