Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman
Lagu ini kedengaran enak di telinga.. Bagaikan memahami suasana dan kondisi yang sedang menguasai diri aku.. Alhamdulillah, sejuta rahmat dari tuhan untuk hamba-hambanya pada hari yang berkat ini, penghulu hari, saiyidul-ayyam..
Hari ini khutbah berkisar tentang kawalan anak-anak remaja di musim cuti sekolah. Bagaimana pentingnya peranan ibu bapa memantau dan memerhatikan anak-anak, pengisian masa mereka dan didikan-didikan sebagai pengganti segala masa-masa yang sudah ketika mereka sibuk di musim persekolahan yang lepas..
Ibu bapa sepatutnya memahami cabaran-cabaran yang sedang melanda anak-anak mereka. Kisah-kisah sekeliling seperti anak-anak seawal usia 10 tahun sudah terjebak dengan sexs dan perihal mudahnya bahan-bahan lucah didapati sangat-sangat membuka mata kita.. Sangat-sangat memberi iktibar pada kita.. Kelak kita juga akan bergelar ibu bapa..
Mungkin benar kata orang tua-tua, melentur buluh biar dari rebungnya.. Kerana rebung itu adalah permulaan,diertikan kanak-kanak itu adalah peringkat asas, tapak dan pasak.. Bila diberikan permulaan yang baik, sekalipun rosak dipertengahan, masih mampu dididik lagi oleh kerana asas kebaikan sudah ada dalam diri. Kita tak mampu menjanjikan sepanjang kehidupan kita tak kan ada sejarah hitam atau salah laku mahupun kesilapan berlaku dalam diri kita. Oleh kerana yang berkuasa itu Allah, dan kita manusia ini sangat lemah, sangat-sangat pasti kesalahan dan kesilapan ini berlaku kerana kita tak dijanjikan ma'sum oleh tuhan seperti nabi..
Yang pentingnya, dalam kehidupan kita, sentiasalah kembali pada jalan yang sebenar semula.. Andai terpesong atau tersasar, patah semula.. Taubat dan teruskan perjalanan.. Bukan ke tuhan sukakan hambanya yang rajin bertaubat dan sesungguhnya pintu keampunan tuhan tersangat-sangat luas.. baik sangkalah dengan tuhan, nescaya tuhan akan menerima kamu dengan rahmatnya..
Wallahuaklam..
p/s: Kehidupan kian hari kian mencabar.. Sibuk-sibukkan membaiki diri. Berhenti memerhatikan kesilapan orang lain.. Ampun maaf..
skip to main |
skip to sidebar
Wahai tuhan, jauhkanku dari ilmumu yang tidak memberi manfaat padaku dan kurniakan aku dari ilmumu yang mana dapat aku beramal dengannya agar tidaklah ia menghijabku di depanmu kelak..
Ruangan Iklan
Kitmir yang mulia
Kolam Persahabatan
Teman Seperjuangan
Belog-belog Menarik
-
-
-
Bawal Instant Shawl8 years ago
-
-
IKHLAS11 years ago
-
-
Apa khabar blog ku?14 years ago
-
Don't compare your life with others14 years ago
-
-
-
-
Akrab persahabatan
-
paediatric here i am8 years ago
-
هيا نتعلم باللغة العربية ! :)11 years ago
-
UjianMu Sentiasa Untukku ^_^12 years ago
-
Menghargai keUNIKan12 years ago
-
Engine network..
-
How Can You Hack Roblox Gamepasses3 years ago
-
-
Rap Hari Derbi9 years ago
-
Putu Mayam11 years ago
-
-
-
Ruangan Bicara
abah&ummi
kuabadikan IA
di dalam laman ini,
sebagai tanda terima kasihku
di atas pengorbanan kalian selama ini..
moga kekal bahagia, hidup dirahmati tuhan..
teruslah mendoakan,
agar..
anakanda,
menjadi insan berguna,
berjaya dunia akhirat..
Amin Ya Rabbi
di dalam laman ini,
sebagai tanda terima kasihku
di atas pengorbanan kalian selama ini..
moga kekal bahagia, hidup dirahmati tuhan..
teruslah mendoakan,
agar..
anakanda,
menjadi insan berguna,
berjaya dunia akhirat..
Amin Ya Rabbi
koleksi inspirasi


2 komen:
alhamdulillah....mudah2an~~~
mantop entry abe me kito ni...hehee
knp chatbox da ilang...huhu
Post a Comment
Terima kasih diatas kesudian anda untuk memberi pendapat. Salam ukhwah.