Bismillah..
Sudah lama tak menulis kt sini..Nak kata sibuk sangat, tak jugak..
Mungkin tiada kesempatan untuk menulis belog..
Sekadar membaca perkembangan kawan2 di laman lain..
Dari segi kesihatan, alhamdulillah,semakin pulih dari demam panas.
Hmm, macam-macam benda berlaku dalam tempoh yang singkat ni..
Ada yang baik ada yang kurang baik(pada pandangan aku sbg manusia)..
Tapi hakikatnya semuanya baik-baik sebab semuanya kan datang dari tuhan..Yang terjadi itu tetap membawa hikmah, mungkin sbg pengajaran buat hamba-hamba yang semakin leka dan lalai untuk berjuang di jalannya..
Hidup ini tak kan lari dari 4 perkara:
1. Pahala
2. Dosa
3. Nikmat
4. Ujian
Ulasan..
1. Asal buat ibadah,ada gnjaran pahala. Baik betul tuhan kita. Tempuh 5 syarat, terus jadi ibadah (Niat mesti betul,Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat, Perlaksanaan mesti betul, Natijah(kesan) mesti baik, dan Tidak meninggalkan ibadah asas).
Jadi,bila dapat pahala, kenalah bersyukur. Mudah-mudahan dgn syukur tadi,kita direzekikan untuk beribdah lagi pada masa akan datang. Juga selaku hamba yang baik, rasakanlah malu dengan tuhan sebab ibadah2 tadi pun bukan milik kita. Hakikatnya kita beribadah pun dia yang gerakkan. Maka ikut semula resmi padi, semakin kuat beribadah, semakin malu tunduk ke bumi kerana merasakan diri tiada nilaian di sisinya.. Takut-takut ibadah tadi pun tidak diterima. Al-hasilnya, rasa tidak layak tadi menjadikan ibadah yang begini tinggi kualitinya..
Jangan pula tertipu dengan ibadah dengan merasakan diri sudah cukup baik, rasa ibadah kita diterima tuhan.. Ini adalah tipuan paling nyata kepada ahli ibadah. Dari situ juga akan lahir pandangan2 negatif kepada kelompok2 lain.
"Ntah neraka mana lah mat rempit tu lepak2 kt bawah pokok tu. Orang pergi masjid ni"
"Ntah syurga mana la tuhan nak bagi aku atas ibadah2 aku yg banyak ni"
Sedangkan nilaian tuhan itu jauh berbeza dengan nilaian manusia.. Allah melihat apa yang ada dalam hati kamu. Bukan seperti manusia yang melihat luaran. Oleh itu,kejarlah pandangan Allah daripada pandangan manusia. Kerana sekali Allah memandang kita dengan rahmatnya, nescaya selamatlah kita dunia akhirat..insyaAllah
2. Dosa pun sebenarnya dari tuhan.. Sebab itu adanya istilah taubat.. taubat dalam erti kata menyesali perbuatan lampau, berhenti dari melakukan dan berazam utk tidak mngulanginya.. Sebenarnya tuhan telah meminjamkan kita 2 perkara dalam memilih hala tuju kehidupan. Itulah dia usaha ikhtiar.. Usaha diertikan memilih manakala ikhtiar itu azam untuk melakukan..
Katakanlah Ahmad berusaha(memilih) perkara yang baik, dan berikhtiar(berazam utk lakukan) melaksanakan perkara kebaikan itu, dan ditakdirkan tuhan perkara kebaikan itu berlaku, maka dapatlah Ahmad ganjaran pahala.
Katakanlah Ahmad berusaha(memilih) perkara yang baik juga, dan berikhtiar(berazam utk lakukan) melaksanakan perkara kebaikan itu, dan ditakdirkan tuhan perkara kebaikan itu tidak berlaku, maka Ahmad tetap dinilai oleh tuhan atas usaha ikhtiarnya ke arah kebaikan. Tetap ada ganjarannya. Cuma kebaikan itu tidak berlaku atas kehendak tuhan(Qada' dan Qadarnya). Kita mampu merancang, tuhan yang menentukan.
Sekiranya pula Ahmad berusaha(memilih) menjauhi perkara maksiat, dan berikhtiar(berazam utk lakukan) menjauhi perkara maksiat itu, dan ditakdirkan tuhan perkara maksiat itu tidak berlaku, maka dapatlah Ahmad ganjaran pahala.
Sebaliknya jika Ahmad berusaha(memilih) menjauhi perkara maksiat, dan berikhtiar(berazam utk lakukan) menjauhi perkara maksiat itu, dan ditakdirkan tuhan perkara maksiat itu tetap berlaku, maka Ahmad tetap dinilai oleh tuhan atas usaha ikhtiarnya ke arah kebaikan. Tetap ada ganjarannya. Cuma maksiat itu berlaku atas kehendak tuhan(Qada' dan Qadarnya). Maka Ahmad wajiblah bertaubat atas ketelanjurannya itu. Dari segi redha, Ahmad kena redha yang maksiat itu xlari dari qada' qadar tuhan, tetapi dia tak boleh redha dengan perbuatan dosa tersebut. Dosa tersebut wajib ditaubatkan..
Ketahuilah wahai saudaraku, Sebenarnya tuhan lebih menyukai hambanya yang merintih dan bertaubat meminta ampun lebih dari kalimah tasbih para wali Allah.. Ayuh jangan bertangguh lagi. Bertaubatlah sekarang sebelum terlewat.
Dari penerangan tentang dosa dia atas, mampukah anda menjawab sekiranya soalan di bawah ini diajukan pada kamu??
Hidup ini ditentukan atau menentukan?
jika menentukan apa yang kita tentukan?
jika benar kehidupan kita ditentukan oleh luh mahfuz
kenapa kite terus berusaha bermatian mengecapi duniawi??
Jika benar Segala sesuatu sebelum kite buat,sudah ditentukan Iradah Tuhan..
...Rukun Iman ke 6 Jelas mengatakan: Qada N Qadar yakni Baik Buruk Dari Allah Semata,
Jika benar kenapa manusia berdosa??
Hakikatnya,berusaha berikhtiar itu adalah wajib dari sudut syariat buat setiap muaalaf.. Wajiblah kita berusaha sebelum bertawakal kepadaNYA. Bagaimanapun usaha ikhtiar kita tadi sgt terbatas..Berdoa adalah senjata paling ampuh,semoga kita terus dilindunginya dari segala kemaksiatan dan dimurahkan rezeki dengan ibadah..
3 dan 4. Nikmat dan Ujian
Nikmat dan ujian tak putus2 hadir dalam kehidupan. Dapat nikmat syukur, dapat ujian bersabar. 2S ni, syukur dan sabar memang sedap disebut, nak dilaksanakan belum tentu lagi. Sebabnya tuhan sendiri mengatakan sangat sedikit hamba-hambaku yang bersyukur. Bersyukur dalam menerima nikmat pun dah susah, apetah lagi syukur kita menerima ujian.
2S ini adalah sifat mahmudah, anugerah kpd hamba2 Allah yang tekun bermujahadah(melawan hawa nafsu). Juga sifat2 ini lahir dari orang yang berjaya dalam solatnya. Solat kita confirm sentiasa gagal kan.. Ayuh perbaiki solat dari awal, semoga kita direzekikan dgn sifat2 mahmudah ini tadi, agar kita jadi kelompok yan berjaya.
p/s:- Akhir sekali pulang ke solat juga. Sebab solat itu tiang agama, ibu sgl ibadah. Waktu dibangkitkan esok, solat yang mula2 akan ditnya..Kalo solat dah fail, yang lain fail lah.. Ayuh belajar pertajamkan rasa hina dalam solat, belajar beradab dalam berhadapan sang pencipta, yg maha berkuasa dan mampu buat apa sahaja pada diri ini..
KITA BUKAN SIAPA2...XLAMA KITA DI ALAM INI.. wallahuaklam..