Perangkap Wang Segera

Bismillah..

Wang segera ini istilah saya..bukan macam mee segera yg sedap dimakan hingga menjilat jari, ia adalah keadaan yang sebenarnya nikmat disusuli oleh azab..nikmatnya ketika dapat duit disaat benar2 memerlukan disusuli oleh azab akibat tidak mampu bayar semula kerana faedahnya begitu tinggi..

Ceritanya bermula disini, ketika itu saya isteri dan anak dalam perjalanan menuju ke pantai untuk berehlah, saya terperasan akan papan tanda kecil yg diikat pada kebanyakan tiang elektrik..

"PINJAMAN WANG SEGERA. 3-9% BAYAR BULAN"

Wah, menarik ni..faedah baru 3%(kalau dpt rendah).. kalau pinjam bank pun mau 5% lebih..Har, siapa kata begitu..salah tu..5% faedah bank adalah tahunan manakala 3% pinjaman ini adalah bulanan dan menjadi 36% untuk 12bulan iaitu setahun..Dahsyat..berapa kali ganda tu?

Persoalannya kenapa mereka masih mahu meminjam lg sedang mereka tahu bahana mengundang? kerana mereka tak layak buat pinjaman bank dan tak mahu meminjam dari org lain..Mungkin ini sahaja cara mereka boleh menyelesaikan hutang fikir mereka..

Hutang yg diselesaikan dengan hutang adalah hutang kuasa dua. Bilamana kuasa dua ini menjadi tiga, empat dan seterusnya infiniti,sehingga tak terdaya empunya badan hendak bayar, ketika itulah mereka ini memilih cara popular untuk menyelesaikannya iaitu?

BUNUH @ DIBUNUH

Lari, menyorok, tukar identiti..Tidak mahu dicekup peminjam..nahas nanti..fuuuu...tertekannya jiwa...aaaahhhhhh!!!!

"Dah lebih 3 kes da", sampuk isteri saya mematikan lamunan..Apa yg 3 kes tu saya tertanya-tanya. Rupanya kes yang sama dan popular di wad medikal isteri saya bertugas bilamana RACUN PARAKUAT iaitu sejenis racun rumpai yg kuat ditelan oleh mereka yg sudah buntu ini..

Kesannya dalam masa 3 hari cukup untuk mereka pergi menuju ilahi.Hanya mereka yg sempat diberikan rawatan awal iaitu minum air arang atau karbon untuk meneutralkan racun tadi shj mampu diselamatkan. Bagaimanapun majoritinya tidak selepas racun dikesan sudah ada dlm air kencing. Innalillahiwainnailaihi rajiun..
Maka tamatlah kisah didunia dan dipersoalkan tindakannya di alam kubur..

Wajarkah kisah ini berlaku pada diri kita? keluarga kita? masyarakat kita?
Apakah ada jalan keluar kepada permasalahan ini?Salahkah kita berhutang? Habis macam mana lagi nak buat ni???

Cegah dulu sebelum merebak. Puncanya kerana institusi kewangan diri kita sudah runtuh.. runtuhnya kerana apa? kerana nafsu dan kemahuan yg melampawi kemampuan. kerana apa? kerana cinta dunianya kuat dan institusi kerohanian kita lemah. kerana apa? kerana solat kita tak sempurna..Kerana solat yg sempurna mampu mencegah perkara yg mungkar, sia-sia dan merosakkan.

Percaya atau tidak? Tepuk dada tanya iman. Sekian..

Dahulukan Yang Patut

"Patutnya dahulukan yang patut didahulukan..berpatut-patutlah"

Petikan kata dari seorang kawan sekerja yg memang terkenal dengan lidah terbelitnya..hhe..

Eh!! menarik juga kalau dikupas topik ini kn..Mendahulukan apa yg patut..Lihat situasi2 di bawah..

Situasi 1:-
Seorang pekerja yg sibuk dgn kerjanya sehingga tak sempat makan,lebih malang lagi tak sempat solat..atau solat hujung2 waktu akibat bertangguh..

Situasi 2:-
Seorang isteri yang leka melayan anaknya sehingga suami pulang ke rumah terasa hampa tidak disambut..diberikan segelas air jauh sekali..

Situasi 3:-
Seorang isteri yg keluar rumah tanpa minta izin suami sekalipun untuk pergi kerja..Tidak salam dan cium tangan suami sekalipun tahu suami akan mengizinkan

Situasi 4:-
Seorang anak lelaki yg sudah berumahtangga mendahulukan isteri lebih daripada ibunya sendiri dalam banyak perkara..

Cukup kut 4 situasi ini dulu..Situasi pertama,sibuknya kerja sampai tak sempat macam2..Solat itu amanah kita dgn tuhan..kerja pula amanah pd manusia..bila lebihkan selain dari tuhan, seolah-olah kita lupa smua yg ad pd kita smuanya pinjamn dan rezeki drnya..jd jgn la marah kalo trasa rzeki sempit..rasa tertekan,rasa tak cukup rehat,dan mcm2 lg perasaan negatif sbbnya tu juga adalah rezeki tuhan..kalau dahulukan tuhan,jaga yg fardhu,tambah dgn yg sunat, insyaAllah ad je jalan kluar Allah tunjukkan..

Situasi kedua ni sering berlaku..bukan pd situasi ini sahaja, malah banyak lagi..Wahai isteri2 di luar sana, dahulukn suami kamu lebih dr yg lain..lebih dr diri kamu, lebih dr anak2..kerana tugas hakiki kamu adalah melayan suami..tugas menjaga rumah, jaga anak2,sediakan makan minum smuanya tugas suami..isteri hanya membantu..akan tetapi org prmpuan cenderung melebihkan anak dr suami..Situasi 3 lebih kepada persoalan adab..bukan susah mana pun nak buat..

Situasi ke 4 ni sangat kritikal..lagipun telah terbukti dalam sejarah AlQamah anak derhaka tidak kan berjaya..Ibu perlu didahulukan oleh suami lebih dr isteri..isteri pula perlu faham konsep ini,usah dipertikaikan kalau suami melebihkan ibunya..bagi isteri pula terbalik; suami perlu diutamakan lebih dr ibunya..

Pendek cerita,kalau kita mampu mendahulukan perkara yg sepatutnya didahulukan,inshaAllah kejayaan ada dlm tangan kita. Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi..Selamat beramal

Aku..Adalah.. ABAH

Bismillah~
Salam pembuka bicara,
Gelanggang Saprofit Kota
Lama tidak bersua,
Entri baru kini bermula.

Rindu~
Satu ungkapan yg jelas.. Jelas menggambarkan betapa kuatnya perasaan itu setelah sekian lama gelanggang ini terbiar.

Dulu pelajar kampus kini jurutera kapal perang,
Dulu bujang teruna sudah jadi suami orang.

Alhamdulillah kami dikurniakan seorang cahaya mata yang sempurna. Nama diberi Nur Nawrah Sakinah bermaksud cahaya sekuntum bunga yang menenangkan. Anakanda Nawrah kini menjangkau usia 6 bulan.

Aku... Adalah... ABAH
Abah kepada seorang anak kecil yang tidak berdosa,
Abah kepada seorang anak kecil yang bebas dari belenggu masalah dunia
Anak kecil yang baru tahu tertawa tapi tidak mengerti apa-apa

Nur Nawrah Sakinah,
Dengar sini abah bicara,
Bila besar nanti jadi anak solehah,
Jaga solat jaga puasa,jaga aurat jaga pergaulan,
Taat Allah cinta rasul,
Sayang Umi Sayang Abah,

WekkkkkWekkkkkkwekkkkkkwekkkkkk

Tengok tu, pandai anak abah respon.

SUSU TIME~