Mari Bantu Pesakit Kanser

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara..Ikuti kisah seorang saudara saya di bawah ini..



"beliau berusia 24 tahun, juga pernah menjadi seorang pelajar seperti kita,
menuntut selama beberapa tahun di Mesir atas usahanya sendiri, tanpa tanggungan dari sesiapa...

Hakikatnya beliau seorang pesakit kanser tulang yang telah didiagnose sejak berusia 16tahun lagi.
Telah kehilangan ibu dan bapa sebelum itu lagi. Dan semenjak itu beliau hanya bertabah mengharungi sakit kansernya tanpa rawatan yang sewajarnya kerana ketiadaan wang dan pendapatan yang cukup untuk menampung kos rawatan.. Dan disebabkan itulah, maka kaki kanannya telahpun terpaksa dipotong beberapa tahun yg lalu hingga paras lutut. Hanya bergantung pd wheelchair kini (itupun kini sudah rosak dan berbahaya untuk terus digunakan). Namun, seperti yang anda juga tahu, KANSER tidak mungkin sekadar berdiam diri. Sekalipun dengan segunung ketabahan yang beliau miliki, penderitaan tetap berjalan siang dan malam, malah tanpa belas dan ihsan manusia-manusia berharta yang sewajarnya membantu sesama sendiri... sy pasti itu lebih perit.

Mungkin anda tertanya, di mana saudara mara? Mungkin jawapan 'sedangkan adik-adiknya terpaksa ditempatkan di asrama pusat kebajikan masyarakat' cukup untuk menutup cerita mengenai saudara sedarah...

Sesungguhnya terlalu banyak ujian dan dugaan yg telah beliau tempuhi sepanjang hidupnya yang xmampu sy ceritakan di sini. Cukuplah Allah shj yang mengetahui dan mengganjari kesabarannya atas setiap detik tersebut.."

Cuma sy pohon secebis bantuan atas rasa cinta dan kasih sebagai saudara seISLAM dari kawan-kawan yg membaca belog ini untuk membolehkan beliau menerima rawatan kemoterapi (dan apa2 yang sewajarnya), mudah2an mengurangkan sakit yang dideritai...

Biarpun sedikit, sumbangan ANDA amatlah dihargai
insyaAllah nilainya besar di sisi ALLAH TA'ALA



Sebarang sumbangan yg ingin dihulurkan, boleh dihantar ke akaun sy
Mohd Syahman Hj Mohd Ruslan
BIMB
Acc : 04-024-02-070935-7
perlu tuliskan : DANA IKHLAS


Setiap sumbangan dan keprihatinan ANDA sy ucapkan ribuan terima kasih
terima kasih juga sudi luangkan masa membaca...

Semoga ALLAH memberkati pertolongan kalian semua...AMIN =)
Jazakamulullah Khairan Katheeran



"Barangsiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali lipat amalnya. Dan barangsiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikitpun tidak akan dirugikan (dizalimi)"
[al-An'am:160]




p/s: Sebarang pertanyaan & kemusykilan boleh diajukan kepada penulis. Sila emailkan ke sayhaman_smp@yahoo.com.. terima kasih..



Kenapa bersedih?

Betul ke semua yang terjadi itu besar hikmahnya?


Bukan ke tuhan jadikan setiap sesuatu itu semuanya baik-baik belaka?


Tidak ke kita ini terlalu lemah untuk mengetahui hikmah kejadian tuhan?


Inikan tarbiyah dari tuhan. Tuhan nak bagi pahala free kat kita.. Bukan begitu?


Adakalanya nikmat tuhan bagi dah terlalu banyak. Boleh tak kita relakan sedikit sahaja dari nikmat-nikmat itu untuk dikorbankan?


Rasanya ujian-ujian ini semua adalah kasih sayang tuhan. Pendapat anda?


p/s:-
Mungkin kita patut sedar diri juga. Kehidupan ini untuk dinikmati, bukan dimiliki kerana ia pinjaman tuhan. Nikmati dengan betul dan syukur dengan segala pemberian tuhan. Sabar untuk setiap ujian yang melanda. Kerana kita tetap hamba. Usah berwatakkan tuhan, hendak itu dan ini. Redha kanlah setiap kejadian sekalipun ia pahit buat nafsu.. Mudah-mudahan jadi tarbiyah dan didikan buat diri yang banyak kurangnya..

Cabaran masa kini

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri


Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman


Lagu ini kedengaran enak di telinga.. Bagaikan memahami suasana dan kondisi yang sedang menguasai diri aku.. Alhamdulillah, sejuta rahmat dari tuhan untuk hamba-hambanya pada hari yang berkat ini, penghulu hari, saiyidul-ayyam..

Hari ini khutbah berkisar tentang kawalan anak-anak remaja di musim cuti sekolah. Bagaimana pentingnya peranan ibu bapa memantau dan memerhatikan anak-anak, pengisian masa mereka dan didikan-didikan sebagai pengganti segala masa-masa yang sudah ketika mereka sibuk di musim persekolahan yang lepas..

Ibu bapa sepatutnya memahami cabaran-cabaran yang sedang melanda anak-anak mereka. Kisah-kisah sekeliling seperti anak-anak seawal usia 10 tahun sudah terjebak dengan sexs dan perihal mudahnya bahan-bahan lucah didapati sangat-sangat membuka mata kita.. Sangat-sangat memberi iktibar pada kita.. Kelak kita juga akan bergelar ibu bapa..

Mungkin benar kata orang tua-tua, melentur buluh biar dari rebungnya.. Kerana rebung itu adalah permulaan,diertikan kanak-kanak itu adalah peringkat asas, tapak dan pasak.. Bila diberikan permulaan yang baik, sekalipun rosak dipertengahan, masih mampu dididik lagi oleh kerana asas kebaikan sudah ada dalam diri. Kita tak mampu menjanjikan sepanjang kehidupan kita tak kan ada sejarah hitam atau salah laku mahupun kesilapan berlaku dalam diri kita. Oleh kerana yang berkuasa itu Allah, dan kita manusia ini sangat lemah, sangat-sangat pasti kesalahan dan kesilapan ini berlaku kerana kita tak dijanjikan ma'sum oleh tuhan seperti nabi..

Yang pentingnya, dalam kehidupan kita, sentiasalah kembali pada jalan yang sebenar semula.. Andai terpesong atau tersasar, patah semula.. Taubat dan teruskan perjalanan.. Bukan ke tuhan sukakan hambanya yang rajin bertaubat dan sesungguhnya pintu keampunan tuhan tersangat-sangat luas.. baik sangkalah dengan tuhan, nescaya tuhan akan menerima kamu dengan rahmatnya..

Wallahuaklam..


p/s: Kehidupan kian hari kian mencabar.. Sibuk-sibukkan membaiki diri. Berhenti memerhatikan kesilapan orang lain.. Ampun maaf..

Kata Hikmah Orang Soleh III

Saiyidina Usman Ibnu Affan R.A

Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a.. Di antaranya:-

1. Aku mendapat kemanisan beribadah dalam 4 perkara:

-sewaktu menunaikan apa yg difardhukan Allah
-meninggalkan apa yang diharamkan
-ketika menyeru kebaikan
-ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah

2. Katanya lagi: 4 perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:

-bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
-membaca al-quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib
-menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib
-menziarahi orang sakit itu fadhilat,menunaikan wasiat itu wajib

3. Antara tanda-tanda 'arifin itu ialah:

-hatinya beserta takut dan harap
-lidahnya bertahmid dan memuji Allah
-Matanya beserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis
-kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah..

Kata Hikmah Orang Soleh II

1. Khalifah kedua, Saiyidina Umar berpesan:

-Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah

-Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk

-Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah

-Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga mana yang dia suka.

-Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan

-Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan dan kemuliaan

-Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

-Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.



2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku diperintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.


3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidak dapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.


4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.


5. Termaktub dalam sepucuk surat Khalifah Umar kepada Abu Musa Al-Asyaari:

" Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dlm meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan dapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar."

Kata Hikmah Orang Soleh 1

A. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq

Khalifah ur Rasyidin yg pertma dan sahabat utama RasulAllah SAW, beliau pernah meninggalkan pesan:-

1.Siapa yang memasuki kubur dgn tidak membawa bekalan samalah seperti orang yg belayar dgn tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada 5 perkara

-cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa
-dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat
-akhirat itu kegelapan dan penerangnya adalah amal soleh
-kubur itu kegelapan, dan penerangnya adalah kalimah 'la ilaha illallah Muhammadur Rasulallah'
-siratulmustaqim itu kegelapan penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia dibelakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yg dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyerumu supaya memilihnya daripada akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke syurga dan keampunannya.

Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya.
Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluarlah rohnya(roh kemanusiaan).
Siapa yang menyahut seruan syahwat terkeluarlah akalnya.
Siapa yang menyahut seruan anggota terkeluarlah syurganya.
Siapa yang menyahut seruan ALLAH terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Kata beliau lagi:

Terdapat 8 perkara yang menjadi perhiasan kepada 8 perkara:

-menjaga perkara yg haram, perhiasan kepada fakir
-syukur perhiasan kepada nikmat
-sabar perhiasan kepada bala
-tawadhuk perhiasan kepada kemuliaan
-berlemah lembut perhiasan kepada ilmu
-merendah diri perhiasan kepada orang yg bercakap
-meninggalkan riya' perhiasan kepada kebaikan
-khusyuk perhiasan kepada sembahyang

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan

7. Dia berkata kepada para sahabat:

" Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku "

Rancang

Manusia merancang, tuhan menentukan..


Sudah tersedia..

1. 'Lampin bayi' keras dan cantik untuk orang rumah dan bayaran pos ke sana semuanya sekitar RM 20

2. Minyak dan tol balik kampung nanti RM 50

3. Hutang pengajian RM12.. (Kolej aku ni pandai sangat.. Last2 minute buat bayaran tambahan.. Tak pasal2 tak boleh register subjek sem depan mengikut polisi baru tiada hutang dibenarkan..huh TT )

4. Perbelanjaan makan2 sebelum balik..Cukup kut..


Belum ada lagi peruntukan untuk

1. Perbelanjaan ke Terengganu

2. Perbelanjaan baiki kereta





Sebenarnya ada perkara besar yang nak dilakukan di Terengganu nanti.. Hendak membantu pesakit kanser tulang di sana. Perkara pokok ialah meringankan bebanan perbelanjaan kimoterapi pesakit ini.. Harus rancang juga perkara ni betul2..

Bagi sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan bagi meringankan bebanan perbelanjaan pesakit kanser ini, sila maklumkan.. Sedikit pun tak mengapa..Mudah2an dinilai sebagai amal Ikhlas kerana Allah.. Sebarang pertanyaan, boleh emailkan ke sayhaman_smp@yahoo.com..

Sekian dulu..mengisi kekosongan belog sekian lama..