Aku dah berTunang =)






Alhamdulillah..moga berpanjangan...insyaAllah!

?

Benarkah hidup ini penuh dengan tanda soal?
Tunggu! jangan jawab dahulu...

Pernahkah anda menaiki lif dalam keadaan zip seluar tidak bertutup dan hanya menyedarinya selepas anda keluar dari lif di tingkat destinasi anda?
(tak senonoh punya soalan)

Kisah ini merupakan pengalaman misteri aku yang hingga kini aku belum dapat jawapannya..

Al-kisah...
Hujung bulan Jun yang lalu, atok(rujuk gambar di bawah) terpaksa di tahan wad setelah mengalami kemalangan kecil, dilanggar kereta di hadapan masjid sebelum sempat azan zuhur berkumandang ke udara di kala orang kampung berpusu-pusu menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Bagaimanapun, keadaan atok tidaklah seteruk motosikalnya. Atok hanya mengalami luka-luka kecil selain tulang jari telunjuk kanannya patah serta putus jari kelinking kaki kanannya. Setinggi-tinggi penghargaan ke atas kebaikan pemandu kereta yang melanggar atok tadi kerana sudi menghantar atok ke hospital bagi mendapatkan rawatan sedangkan isterinya yang turut berada dalam kereta tersebut sedang sarat mengandung.

Ketika kejadian, aku masih bercuti di Terengganu dan bakal mengambil bas pulang ke Melaka di malam harinya. Setibanya di Melaka pada keesokan pagi, Aku terus menjejaki atok di Hospital Melaka. Melihat keadaan atok yang separa sedar akibat pengaruh dadah yang kuat, terasa sebak dan hampir sahaja aku menitiskan air mata.

Setelah menelefon keluarga dan berbincang, Aku berhasrat untuk pulang dahulu ke rumah untuk berehat sebelum datang semula ke hospital untuk bertugas menjaga atok di malam harinya. Ketibaan aku di hospital pada petang harinya disambut atok dengan wajah yang ceria. Atok sempat bergurau dan tertawa. Mungkin pengaruh dadah tadi menyebabkan dia tidak merasa sebarang kesakitan.

Alhamdulillah, keizinan yang kau berikan padaku ini wahai tuhan akan aku gunakan sebaiknya untuk berbakti pada orang tua ku ini. Atok pula bagai cacing kepanasan pada malam tersebut akibat kesan dadah yang semakin hilang menyebabkan atok terpaksa menahan kesakitan yang teramat. Aku terpaksa meminta jururawat memberikan sedikit suntikan bunuh sakit ( painkiller =) ) bagi meredakan kesakitan yang ditanggungnya supaya atok boleh tidur dengan lena. Malam berlalu dengan lambatnya, maklumlah, mampu tidur-tidur ayam sahaja di atas kerusi malas hospital..

Keesokan paginya, aku mandi dan menyalin pakaianku kepada sehelai kemeja pemberian 'buah hati'ku (cewahhh) . Setelah menunaikan kewajipan solat, aku duduk di sisi atok bagi menyediakan segala keperluannya. Jam 8 pagi, para doktor telah sampai untuk melakukan pemeriksaan dan memberikan rawatan. Kesempatan yang ada aku gunakan untuk turun ke kantin tingkat bawah untuk bersarapan pagi.

*Segala yang misteri bermula di sini

Di dalam lif yang sedang turun ke tingkat bawah, aku ditemani seorang abang petugas hospital yang kerap memandang aku dengan pandangan yang tajam. Mungkin sedikit rakus. Aku sempat membalas pandangannya (berani jgk aku kan) sebelum dia melakukan pandangan lirikan atau 'scan' dari seliparku naik ke seluar hinggalah ke kemejaku sebelum membuat beberapa gelengan kepala seakan-akan kesal akan sesuatu. Dalam kepala aku, bermacam persoalan timbul..

"apehal la mamat nie ek, Gay ke?"
" zip seluar aku tak tutup ke? "
" kemeja aku ada sumthing wrong ke? "

dan bermacam lagi persoalan..tak senang berjalan aku memikirkannya..

selepas daripada kejadian lif tadi, aku tak ada pula berjumpa dengan abang petugas tersebut lagi. Entah wujud entah tidak. Pukul 8 pagi kut? Mana ada hantu? kalau hantu pun, dia nak kesalkan apa?? haih! poning den...

yang pasti, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..sekadar berkongsi menceriakan blog. aku semakin malas menulis..hhu...


Umur dah 85 tahun. Rambut masih hitam. Atok sape nie? Atok saya lar =)

Jahitan


Aku berpendapat hanya mereka yang lembut tangan mampu menghasilkan jahitan yang cantik dan tinggi nilai seninya.. Gambar di atas adalah antara hasil jahitan rakan-rakan yang aku rasa sudah sudah cukup hebat kerana aku sendiri taklah pandai menjahit sebenarnya. Terima kasih menghasilkan sesuatu yang baik untuk aku.. yesss! sapu tangan baru...